Nuffnang

Saturday, December 31, 2016

Perghhh !!! Kepala kemaluan kehitaman, keluarga tuntut penjelasan


HKL
HKL - Foto sumber internet
KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri menuntut Hospital Kuala Lumpur (HKL)
memberi penjelasan berhubung insiden kepala kemaluan anak lelaki mereka berusia
sembilan tahun  menjadi kehitaman dan rosak selepas rawatan.
Aliakbar Pakker Mohmad, 40, dan Rodziah Abdul Razak, 35, mendakwa kepala
kemaluan anak tunggal mereka menjadi kehitaman selepas beberapa hari menjalani prosedur penyambungan selepas putus akibat terpotong ketika berkhatan di sebuah klinik di Jalan Ipoh 15 Disember lalu.
Menjelaskan lanjut mengenai insiden berkenaan, Aliakbar memaklumkan, pada hari
kejadian dia dan isteri membawa anak mereka ke klinik berkenaan untuk bersunat melalui
 kaedah gunting."Bagaimanapun kami dimaklumkan oleh doktor yang bertanggungjawab menjalankan prosedur sunat itu bahawa keseluruhan kepala kemaluan telah terpotong secara
tidak sengaja.
"Doktor tersebut mengaku bertanggungjawab terhadap insiden tersebut dan memaklumkan
mereka telah mencantumkan sementara kepala kemaluan itu sebelum dibawa ke sebuah
hospital swasta untuk mendapatkan rawatan kecemasan," jelasnya.
Menurutnya, setibanya di hospital swasta berkenaan, mereka kemudiannya diarahkan
ke HKL untuk menjalani pembedahan penyantuman semula susulan ketiadaan pakar.
"Pakar di hospital itu memaklumkan seluruh kepala kemaluan terputus dan menulis surat
rujukan kepada pihak HKL, sebelum anak dirujuk ke bahagian Urologi ,"jelasnya.
Bagaimanapun terang Aliakbar selepas beberapa hari menjalani operasi penyambungan,
seluruh bahagian kepala kemalun yang dicantum menjadi kehitaman pada 27 Disember lalu.
Sementara itu melalui peguam P Uthayakumar berkata, satu surat rasmi telah dihantar
kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain kelmarin bagi mendapatkan
laporan perubatan kanak-kanak tersebut.
"Kami bagaimanapun dimaklumkan oleh setiausaha mereka tidak boleh menemui kami atau
 memberi penjelasan mengenai perkara tersebut hari ini," katanya.
Uthayakumar berkata, insiden yang menimpa kanak-kanak tersebut adalah sesuatu yang
sangat serius dan tidak pernah berlaku yang memerlukan rawatan pakar dengan segera.
"Sekiranya HKL tidak mempunyai kepakaran dan peralatan sesuai untuk menjalankan
prosedur tersebut, mereka sepatutnya mendapatkan bantuan daripada pihak Baitulmal untuk menghantar kanak-kanak tersebut menjalani rawatan di Arab Saudi atau Singapura yang
mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut," katanya.
Sementara itu, ibu kanak-kanak malang tersebut Rodziah berharap masih ada sinar untuk
 anaknya pulih dan normal seperti orang lain.
"Dia satu-satunya anak kami. Saya masih meletakkan segunung harapan agar masih ada
jalan untuk anak saya pulih dan menjadi lelaki normal seperti orang lain," katanya sambil
menyeka air mata.
Rodziah berkata, buat masa sekarang anaknya masih belum mengerti mengenai kejadian
yang menimpa dirinya namun beliau khuatir perkara itu akan menjadikan anaknya trauma
kelak.Dalam pada itu difahamkan Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan satu kenyataan
media sebagai maklum balas insiden berkenaan.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung