Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Friday, March 10, 2017

Dahsyattt !!! Rogol anak tiri ketika hantar ulang kaji pelajaran

Rogol anak tiri ketika hantar ulang kaji pelajaran
Rogol anak tiri ketika hantar ulang kaji pelajaran
Tertuduh (tengah) masih sempat tersenyum ketika gambarnya dirakam media.
KOTA BHARU – Akibat merogol anak tirinya, seorang buruh dihukum penjara 13 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, tadi.
Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman selepas tertuduh yang berusia 37 tahun itu mengaku bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di Ladang Kelapa Sawit Pahi, Kuala Krai, antara jam 10 dan 10.30 malam, 6 Mac tahun lalu.
Nazri dalam keputusannya itu mengarahkan hukuman berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan dua hari selepas kejadian.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam kejadian lalu, mangsa meminta tertuduh menemani dan menghantarnya ke rumah seorang kawan untuk mengulang kaji pelajaran.
Semasa dalam perjalanan, tertuduh memberhentikan motosikal di tengah-tengah ladang dan mengarahkan mangsa turun dari motosikal. Tertuduh kemudian membuka seluar dan membaringkan mangsa ke atas rumput serta merogolnya.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung