Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, June 6, 2017

Perghhh !!! Kawan Tak Guna Berkelahi Di FB



Kawan Tak Guna


Perbualan antara Fatimah dan Ima menerima pelbagai reaksi negatif netizen yang mengecam perbuatan Ima itu.


PETALING JAYA: Kegembiraan seorang bakal ibu untuk menimang cahaya mata sulung selepas menanti lebih tiga tahun bertukar menjadi mimpi ngeri selepas menerima pesanan whatsapp daripada seorang kenalan lamanya.
Wanita yang bernama Fatimah M. Yasin itu dikejutkan dengan kata-kata penghinaan daripada kawannya, Ima yang menegurnya melalui whatsapp pada pukul 2.20 pagi setelah disekat di laman sosial lain.
Perbuatan Ima yang melampau itu seolah-olah tidak menyenangi berita tentang kehamilan Fatimah.
Melalui perbualan mereka, Ima 'berpesan' kepada Fatimah agar tidak lagi mengemaskini apa-apa tips kehamilan di facebook kerana dia geli membacanya.

"Kau baru je lagi mengandung kan? Tak payah update (muat naik), esok lusa gugur buat malu sahaja.
"Ada hati bagi tips hamil, lain la anak dah 10. Ini baru anak sulung selepas tiga tahun pulak. Nampak sangat rahim kau bermasalah," menurut pesanan whatsapp yang dihantar Ima kepada Fatimah.

 
Perbualan penuh mereka dimuat naik oleh Fatimah pada Sabtu lalu menerima pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan rakannya itu berhati busuk kerana tidak senang melihat kebahagiaan orang lain.
Fatimah yang berang dengan perbuatan tidak berhati perut itu tidak membiarkan dirinya terus ditindas sebaliknya membalas secara sinis dengan mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepada wanita itu.
"Kecewanya aku dengan kawan macam kau. Sebab ini la aku block (sekat) kau di instagram, facebook, dan wechat.
"Kau negatif, kau tak pernah doakan aku. Aku mintak izin nak block kau. Ucap siap-siap Selamat Hari Raya," balasnya.
Setakat ini, posting berkenaan sudah dikongsikan sebanyak 10,724 kali dan menerima 14,000 likes dan 4,900 komen.
Pemilik facebook, Liana Idris berkata, perbuatan tersebut menunjukkan rakan Fatimah itu terlalu dengki dengan khabar baik itu.
"Silap doa tu berbalik dekat dia. Allahuakbar. Bertabahlah sis (kakak). Tak rugi pun kalau kita tak ada kawan," tulisnya di ruang komen.


Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung