Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Friday, July 6, 2018

Tragis..11 Orang Sekeluarga Rancang Bunuh Diri Dalam Rakaman CCTV

 CCTV dedah bagaimana 11 sekeluarga rancang gantung diri
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/07/05/17/22/jaring.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  (Ubah saiz teks)
NEW DELHI: 'Tidak ada pengaruh luar' dalam kes 11 anggota keluarga yang ditemui mati di rumah mereka.
Ia dibuktikan melalui rakaman CCTV yang diakses secara eksklusif oleh NDTV dan catatan dalam 11 diari yang ditulis dalam tempoh 11 tahun.
Bukti itu juga menunjukkan keluarga terbabit tidak menjangkakan mereka akan mati, sebaliknya percaya akan 'menjadi lebih kuat' selepas upacara ritual yang aneh.
Rakaman dari kamera dengan pandangan pintu masuk rumah keluarga besar Chundawat di Burari, utara Delhi, menunjukkan seorang wanita dan dua kanak-kanak dari keluarga itu membawa bangku dan wayar yang digunakan untuk menggantung diri beramai-ramai.
Semua ahli keluarga dilihat meninggal dunia sekitar pukul 1 pagi.
Rakaman ini memberi gambaran tentang sebuah keluarga yang secara sukarela mengikut arahan Lalit Chundawat, 45, anak lelaki kepada seorang wanita, yang juga ketua keluarga besar itu, Narayani Devi, 75.
Catatan pada diari itu ditulis olehnya dan menunjukkan bahawa Lalit berhalusinasi tentang bapanya yang sudah mati menasihatinya tentang keselamatan.
Seorang lagi individu yang menulis dalam diari itu adalah anak saudara perempuan Lalit yang berusia 30 tahun, Priyanka.
Nota-nota pada diari itu juga menunjukkan bahawa keluarga ini mungkin menganggap semangat bapa Lalit akan terus menyelamatkan mereka.
Ayat terakhir dalam diari itu yang ditulis pada hari mereka bunuh diri: "...simpan air dalam satu cawan, apabila ia berubah warna, saya akan muncul dan menyelamatkan kamu."
Selepas ritual itu, semua orang membuka ikatan satu sama lain.


Rakaman juga menunjukkan bahawa anak tunggal Lalit, Shivam, 12 dan anak saudaranya, Dhruv, 15, pergi ke sebuah stor perabot di tingkat bawah dan mengambil wayar yang digunakan untuk gantung diri. Mereka diikat oleh ibu bapa mereka.
Keesokan harinya, 10 anggota keluarga Chundawat, termasuk yang masih bersekolah, ditemui tergantung di ruang yang dikenali sebagai 'rumah ngeri'.
Wayar itu digantung di jaring bahagian bumbung yang hanya diketahui oleh orang dalam rumah yang tahu akses ke situ, kata pihak polis.
Mata mereka semua ditutup dan terikat, kecuali isteri Lalit, Teena, yang mungkin mengikat semua yang lain.
Narayani Devi, ditemui mati di lantai, juga akibat gantung diri. Sembilan daripada ahli keluarga itu telah berkongsi lima bangku.
"Ini adalah penghargaan terakhir kepada semangat," kata seorang pegawai polis, menjelaskan bahawa keluarga itu telah didorong oleh arahan Lalit kerana terhutang budi.


Kewangan mereka telah meningkat dan Priyanka telah bertunang selepas lama berjuang untuk mencari pasangan.
Dalam catatan terakhir diari pada 30 Jun (Sabtu), terdapat arahan bertajuk "Bhagwaan ka raasta (jalan menuju tuhan)".
Sembilan orang dikatakan tergantung di jaring dan dua lagi berdekatan kuil di bangku lebih kecil.


Catatan itu menyatakan masa yang tepat untuk perbuatan tertentu seperti - Makanan perlu dipesan pada pukul 10 malam, ibu akan memberi makan roti kepada semua dan 'kriya' (perbuatan akhir) akan dilakukan pada jam 1 pagi.
Wajah, telinga dan mata perlu ditutup dengan pembalut.
Langkah-langkah itu diikuti dengan tepat, menurut garis masa yang disusun oleh polis dengan bantuan catatan diari dan rakaman CCTV.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung