Islam mengatasi segalanya - Khabib
SAN JOSE: Juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov hanya mampu tunggu dan lihat mengenai masa depannya di Ultimate Fighting Championship (UFC).
Ini kerana Suruhanjaya Olahraga Neveda belum lagi menentukan bentuk tindakan bakal dikenakan ke atas ikon sukan tempur campuran (MMA) Dagestan itu.
Apa pun, perkara tersebut tidak menganggu Khabib kerana baginya agama lebih penting berbanding sukan.
Pada Mei lalu, Khabib menolak tawaran kontrak lumayan untuk beraksi di UFC 224 kerana ia bertembung dengan ibadah puasa.
"Bagi saya, agama lebih penting. Kita jangan tinggalkan solat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan.
Khabib berjaya menundukkan McGregor.
"Sepanjang Ramadan saya mahu tumpukan kepada ibadah, itu lebih penting," katanya.Khabib ketika ini memegang rekod 27-0 dalam MMA, satu rekod yang jarang dicipta mana-mana atlet sukan tempur.
Beliau meraih tali pinggang Lightweight selepas mengalahkan Al Iaquinta pada aksi UFC 223 di Brooklyn pada April lalu.
Juara dunia sambo dua kali itu mempertahankan gelarannya selepas menjinakkan Conor McGregor pada aksi UFC 229 di Las Vegas pada Sabtu.
Khabib sudah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata.
Khabib bersama isterinya yang tidak diketahui namanya.
Atlet berusia 30 tahun itu dan pasangannya berkahwin pada 2013,
bermakna mereka meraikan ulang tahun perkahwinan kelima tahun ini.Mereka menyambut kelahiran bayi perempuan pada 1 Jun 2015 dan bayi lelaki, dua tahun kemudian.
Namun tidak dapat dipastikan siapa nama sulung Khabib manakala anak lelakinya hanya dikenali sebagai Mohammed.
Mereka sekeluarga tinggal di Makhachkala di Republik Dagestan.
No comments:
Post a Comment