Nuffnang

Tuesday, December 18, 2018

Kes kematian Adib diklasifikasikan sebagai bunuh



Kes kematian Adib diklasifikasikan sebagai bunuh
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Polis mengklasifikasikan kes kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai kes bunuh.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebelum ini kes kecederaan dialami Allahyarham yang dilapor meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi disiasat sebagai cubaan bunuh.
"Berikutan kecederaan dialami Muhammad Adib  sebelum ini siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Bagaimanapun, kes ini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Muhammad Adib yang parah dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dilapor meninggal dunia 9.41 malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan.
"Dukacita dimaklumkan Pegawai Bomba Muhammad Adib Kassim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam," katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung