Nuffnang

Thursday, January 3, 2019

Terima kasih ALLAH kerana masih diberi peluang


Penyanyi, Elyana

PENYANYI, Elyana, berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana masih diberikan peluang untuk melangkah ke tahun baharu.
Erneelya Elyana Emrizal, 31, menzahirkan kesyukuran itu di akaun Instagramnya, semalam.
Pada masa sama, penyanyi Tak Tercapai Akalmu ini menganggap kenangan pada 2018 dijadikan sebagai satu memori indah.
"Semua yang pahit telah aku tukarkan menjadi manis semuanya.
"Kepada musuh ku kanser, please be nice to me. Dah tahun 2019, tak boring ke lapan tahun duduk dalam badan saya?," luahnya.
Penyanyi lagu Niat ini juga berharap di tahun 2019 dapat menjadi seorang yang lebih cekal dan tabah dalam menghadapi ujian mendatang.
"Kepada diri ku, Erneelya Elyana Emrizal, tetaplah menjadi diri mu, tetaplah menjadi insan yang kuat fizikal dan mental.
"Please untuk tahun 2019 ini, jangan cepat putus asa sebab saya tahu awak kuat Nana! Semoga menjadi manusia yang lebih baik!," katanya.
Elyana yang menghidap penyakit kanser ini turut mengambil peluang berterima kasih kepada orang ramai yang senantiasa memberikan sokongan moral kepadanya.
"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberi ku peluang untuk melangkah ke 2019.
"Semoga aku menjadi hamba mu yang lebih baik Ya Allah. Terima kasih korang semua untuk tahun 2018," akhirinya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung