Nuffnang

Monday, May 27, 2019

Pemandu wanita jerit 'natey mu nok gapo' rupa-rupanya nyaris langgar seorang ibu, “Kalaulah lambat beberapa saat”

Pemandu wanita jerit 'natey mu nok gapo' rupa-rupanya nyaris langgar seorang ibu, “Kalaulah lambat beberapa saat”


Keadaan huru-hara berlaku di Uptown Kota Bharu Khamis lalu.
TINDAKAN pantas seorang anak menarik tangan ibunya telah menyelamatkan wanita berkenaan daripada dilanggar sebuah kereta yang ‘sesat’, Khamis lalu.
Sehari selepas kejadian itu, tular sebuah video yang menunjukkan orang ramai memijak dan memecahkan cermin sebuah kereta di Uptown Kota Bharu, Kelantan.
Seorang wanita, dipercayai pemilk kenderaan berwarna putih itu turut dilhat bertegang urat dengan orang ramai. 

Insiden kekecohan tersebut berlaku di depan mata seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Anis ketika dia berada di situ bersama ibunya, Zanirah, 44 tahun.
Jelas Anis, sebelum kereta itu dikepung oleh orang ramai, ibunya terlebih dahulu nyaris dilanggar oleh kereta yang sama.
Wanita yang dipercayai pemandu berdepan dengan orang ramai selepas keretanya dikepung.
“Masa tu saya dengan umi tengah asyik tengok kedai jualan dan bila sampai di simpang nak belok ke Dataran Rehal dari Bazar Buluh Kubu tu, ada kereta ni laju dan nyaris langgar umi saya.
“Memang terkejut, nasib baik saya ada dekat dengan umi ketika itu jadi dapat terus tarik umi. Kalaulah lambat beberapa saat pastinya umi dah terbaring di jalan,” jelasnya yang mengaku bengang dengan pemandu wanita itu.
Anis memberitahu, selepas memastikan ibunya dalam keadaan baik, dia yang dalam keadaan marah mahu menjerit ke arah pemandu wanita itu.
Sepatutnya wanita itu meminta maaf, bukannya 'curah minyak' lagi memandangkan ramai yang geram dengannya.

ANIS

Bagaimanapun, belum sempat dia berbuat demikian, Anis dapat melihat berpusu-pusu orang ramai mengejar kereta berkenaan.
“Sebaik menyedari ada orang sepak keretanya, pemandu itu terus berhentikan kenderaannya.
“Pemandu wanita itu turun dan jerit kepada orang ramai yang ikut dia tu "natey mu nok gapo" (binatang kamu mahu apa), lebih kurang macam tu la bunyinya.
“Jadi apabila tengok dia dan orang lain mula marah, saya tak jadi nak jerit,” kongsinya kepada mStar.
Menurut Anis, orang ramai memberitahu bahawa pemandu wanita itu memandu dengan laju dan melanggar seorang kanak-kanak.
“Tapi dia tidak mengaku berbuat demikian sambil mulutnya terus memaki-maki.
“Dan masa tulah saya tengok orang ramai ambil kon jalan dan batang besi hentam keretanya dan dia tetap bising dan bertekak sehingga polis sampai,” kata Anis.
Tambah Anis, orang ramai marah kepada wanita itu kerana sikapnya yang biadab dan tidak mengaku melakukan kesalahan.

“Memang jalan sempit tetapi cara dia pertahankan diri dengan sikap salahnya itu membuatkan orang ramai bertambah geram," katanya.
Kata Anis lagi, sehingga polis datang dan memandu keretanya ke balai, pemandu wanita itu tetap mempertahankan dirinya .
“‘Drama’ malam tu memang mengejutkan saya. Cuma bernasib baik umi saya selamat. Itu yang penting.
"Sepatutnya wanita itu meminta maaf, bukannya 'curah minyak' lagi memandangkan ramai yang geram dengannya,” katanya.
Dalam rakaman tersebut, dua wanita (pemandu dan penumpang) dilihat ‘berperang’ dengan orang ramai bagi mempertahankan diri mereka.
Terdapat juga adegan tolak menolak, namun mereka tidak dikasari. Selain itu, juga kelihatan kereta wanita itu rosak di bahagian belakang termasuk cermin pecah.

10 comments:

Totey Tar Snake said...

Yg memandu x ada otak. Yg menyerang x ada otak. Manusia gasar di negeri gasar.

Anonymous said...

Cepat sungguh hilang kewarasan!!!

Anonymous said...

Bulan ramadan tak bawa kesan di serambi mekah?

Anonymous said...

Dedak + Taliban. Memang bala.

Anonymous said...

Org tino kalu bawok kete...gini lah , tmbh hok lagok semace tu...Hok Oloh...

Anonymous said...

Nama je Islamik, tapi macam setan, Bulan Ramadan tak membawa kesan pada pemandu wanita dan orang ramai. Nobody Perfect in the world except Rasulullah S.W.T. Kalau salah minta maaf. Kalau Betul dia salah pun, kenapa nak pecah cermin, jahanam kereta tu. Sapa nak bayar. Nak ganti cermin semua tu dah dekat RM 3,000
Macam mana kalau orang buat kat kereta mak bapak kau mesti marah kan!
Ini kes kedua berlaku masa ramadan, beberapa tahun lepas kat Jalan MASJID India, Kuala Lumpur. Kes macam nilah, kereta salah jalan, lepas tu pergi pecah cermin. Aku pelik, kenapalah boleh hilang kewarasan.

Anonymous said...

Nama je Islamik, tapi macam setan, Bulan Ramadan tak membawa kesan pada pemandu wanita dan orang ramai. Nobody Perfect in the world except Rasulullah S.A.W. Kalau salah minta maaf. Kalau Betul dia salah pun, kenapa nak pecah cermin, jahanam kereta tu. Sapa nak bayar. Nak ganti cermin semua tu dah dekat RM 3,000
Macam mana kalau orang buat kat kereta mak bapak kau mesti marah kan!
Ini kes kedua berlaku masa ramadan, beberapa tahun lepas kat Jalan MASJID India, Kuala Lumpur. Kes macam nilah, kereta salah jalan, lepas tu pergi pecah cermin. Aku pelik, kenapalah boleh hilang kewarasan.

Anonymous said...

Geng Kon Merah ajaran Taliban pemakan dedak. Memang keganasan jalan pilihan selain membakar kereta.

Anonymous said...

besar kemungkinan wanita pemandu kereta tu orang luar dan penyokong Pakatan Haprak yang nak cari jalan memburukkan orang kelantan (aku bukan orang kelantan okey !!) sebab seluruh malaysia mengutuk Pakatan Harapan dan sebaliknya rakyat semakin gembira dengan penyatuan antara PAS dan UMNO, so... apa lagi jalan untuk orang gila yang memegang tampuk kuasa tetapi di benci dan dimusuhi oleh seluruh rakyat Malaysia (confirm bukan melayu je yang anti dengan PH). semakin hari semakin gila meraban penyokong-penyokong PH yang sedar diorang dah kena kencing dan berak oleh PH, nak melawan PH tak berani sebab telor diorang dah kena cepit hah hah hah dan kadang-kadang perangai diorang lebih dari anjing gila pun ada

gifu said...

pop over to this web-site get redirected here her explanation Ysl replica bags browse around this website my response

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung