Darah penyu jadi penawar Covid-19? Bayi 5 bulan maut selepas keluarga ikut saranan bomoh
SEWAKTU pakar perubatan di seluruh dunia masih lagi mencari vaksin Covid-19, seorang bomoh di Haiti tampil dengan satu idea yang cukup mengarut.
Disebabkan saranannya itu, seorang bayi berusia lima bulan meninggal dunia selepas diberi minum darah penyu oleh keluarganya pada Isnin lalu.
Mereka menurut saranan bomoh itu yang mendakwa ia boleh melindungi anak kecil itu daripada jangkitan Covid-19.
Menurut laporan media tempatan, bayi itu sudah meninggal dunia sebelum dia dibawa ke hospital.
Keluarganya pula masih lagi menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil setelah mengambil minuman itu.
Namun sehingga kini, perkembangan mengenai bomoh itu masih tidak dapat dipastikan.
Untuk rekod, Haiti mencatat 33 kes kematian Covid-19 dengan 1,174 jangkitan. - Daily Star.
No comments:
Post a Comment