Nuffnang

Wednesday, August 19, 2020

Gempak, laju lain macam! Pelajar terbangkan ‘racing drone’ atas sungai ketika berkhemah rupa-rupanya juara dunia - “Rakyat Malaysia pun boleh”

 

Gempak, laju lain macam! Pelajar terbangkan ‘racing drone’ atas sungai ketika berkhemah rupa-rupanya juara dunia - “Rakyat Malaysia pun boleh”

Penuntut bidang Kejuruteraan Mekanikal ini pernah menjuarai pertandingan 'racing drone' yang berlangsung di Brunei pada tahun lalu.

PENGEMBARAAN enam rakan yang melakukan aktiviti berkhemah sekitar tiga minggu lalu diabadikan dalam satu video yang cukup luar biasa.

Apa yang menariknya, rakaman berdurasi 15 saat itu memaparkan keindahan alam di sebatang sungai dan ia dirakam menggunakan sebuah racing drone milik seorang pelajar yang mana ia mampu bergerak dalam kelajuan 200 kilometer sejam (km/j).

Dihasilkan oleh Muhammad Adam Mohd Khuzairi, 19, ia turut menjadi tular setelah dikongsi di Twitter sehingga menerima hampir 50,000 tontonan.


Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Adam mengakui tidak menyangka video berkenaan akan meraih perhatian ramai dan menyifatkan ia sebagai satu pendedahan kepada aktiviti racing drone yang masih agak asing di negara ini.

"Saya bersama enam kawan, kami berkhemah di sungai yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Rakaman tular yang dikongsi di Twitter.

"Jadi saya terbangkan racing drone saya untuk rakam video di sungai itu. Sejujurnya ramai lagi yang tak tahu pasal racing drone.

"Ia juga berbeza dengan drone biasa. Saya tak sangka video itu dapat perhatian ramai, sekurang-kurangnya boleh buka mata orang mengenai racing drone," ujarnya.


Menurut penuntut Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor itu, dia sebenarnya sudah lapan tahun berjinak-jinak dalam aktiviti penerbangan dron.

Namun, dia mula aktif menerbangkan racing drone sejak lima tahun lalu sebelum menyertai banyak pertandingan di peringkat antarabangsa.

Adam mahu aktiviti racing drone semakin dikenali di negara ini.

Lebih membanggakan, penutut bidang Kejuruteraan Mekanikal itu pernah menjuarai pertandingan racing drone yang berlangsung di Brunei pada tahun lalu.

"Saya pernah wakili Malaysia masuk pertandingan di Turki, Korea, China dan sebagainya.

"Paling diingati, saya menjuarai World Cup di Brunei pada 2019. Pada tahun sama, saya dapat nombor tujuh dalam satu lagi pertandingan di Korea.

Adam berkhemah bersama rakan-rakannya sebelum membuat rakaman dron di sebatang sungai.

"Seawal umur 14 tahun saya dah masuk pertandingan. Minat ini bermula dengan hobi ayah saya. Ayah memang dah lama main dron," katanya lagi.

Menurut Adam, dia tidak menghasilkan video menggunakan dron sebagai hobi semata-mata namun mahu menjadikan ia sebagai sumber pendapatan.

Adam sudah banyak kali menyertai pertandingan dron di peringkat global.

Malah katanya, hasil pendapatan yang diterima membolehkan dia menanggung kos pengajian sekali gus tidak menyusahkan ibu bapanya.

"Salah satu sebab juga kenapa saya kongsi video dron di media sosial, saya nak makin ramai orang tahu mengenai hal ini.

Adam merupakan penuntut Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor.

"Lagi-lagi dalam kalangan videographer di Malaysia. Kat luar negara dah lama pakai racing drone untuk shooting.

"Saya ada kemahiran ini. Kalau orang luar boleh buat, rakyat Malaysia pun boleh. Saya juga nampak kerjaya saya dalam bidang ni," ujarnya lagi.

tq Mstar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung