Nuffnang

Saturday, December 5, 2020

Wow.. Remaja lelaki terselamat daripada ‘terkaman maut’ sang bedal

 

-


Seorang remaja lelaki terselamat selepas diserang buaya dianggarkan sepanjang 1.7m. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun diselamatkan rakannya selepas diserang buaya dalam kejadian di Tuaran semalam.

Semasa kejadian mangsa mencari lokan serta siput di tebing sungai Kampung Mengkabong dan cuba menyeberangi sungai itu ketika reptilia berkenaan menerkamnya.

Ketua Polis Tuaran Mohd Hamizi Halim berkata, buaya dianggarkan sepanjang 1.7m itu cuba mengheret mangsa ke dalam air.

“Dia bernasib baik apabila rakan-rakan mendengar jeritannya lalu meluru ke arahnya,” kata Hamizi.

Dipercayai, rakan mangsa “menyerang” reptilia itu yang kemudian melepaskan remaja berkenaan sebelum hilang ke dalam air.

Hamizi berkata, mangsa yang mengalami kecederaan serius di badan dan kakinya dikejarkan ke hospital.

Beliau menasihati penduduk supaya menghubungi polis jika melihat kelibat reptilia itu.

3 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Patut diANUGERAHkan HADIAH2 Wang Tunai & PINGAT2 kpd. RAKAN2 MANGSA yg. sungguh BERANI & MULIA ni - serta diTAJA & diREKRUT jadi TENTERA kita!!

Kalau depa BUKAN Rakyat Sabah - berikan segera KERAKYATAN -akibat KEBERANIAN amat luar biasa ni!!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Ramai PELARIAN2 Bumiputera ISLAM/MELAYU dr. MINDANAO, terutamanya di SABAH tu, berpuluh thn. TAK juga dpt. KERAKYATAN - walau depa lari sbb. KEZALIMAN, KETAMAKAN & KERAKUSAN rejim PENGGANAS Filipina yg. diTAJA rejim PENGGANAS Zionis ISrael!!

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tetapi kumpulan PENGGANAS Filipina Abu Sayyaf tu SEBENAQnya diketuai PENYAMAQ2 dr. BUKAN Islam Filipina (mcm. IS/DAESH - diTUBUHkan oleh MOSSAD/CIA) - yg. juga diTAJA rejim2 PENGGANAS Zionis US/ISrael ni!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung