Nuffnang

Tuesday, April 20, 2021

‘Sakit mata’ kerana dapat lihat jiran di bilik mandi, wanita nekad jua rumah Mewahl

 

‘Sakit mata’ kerana dapat lihat jiran di bilik mandi, wanita nekad jual kediaman idaman kerana tiada privasi

Pauline terpaksa menjual kediaman idamannya kerana merasakan tiada privasi. Foto: Edinbrugh Live

SEORANG pemilik rumah terlalu marah dan kecewa kerana terpaksa berpindah daripada kediaman impiannya kerana tidak mempunyai privasi, gara-gara dapat melihat jirannya di dalam bilik mandi.

00:07
/
08:05
×

Pauline Boyd membeli sebuah kediaman mewah di Rossburn Lane, Blair Drummond bersama suaminya untuk menikmati kehidupan yang tenang dan privasi.

Namun selepas berpindah, Pauline mendapati terdapat sebuah rumah didirikan di laman bersebelahan yang mana dapat dilihat secara langsung dari dapur dan ruang tamu mereka.

Tidak berpuas hati, Boyd membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan kerana gagal memaklumkan rekaan kediaman dan perancangan di kawasan perumahan tersebut kepadanya sebelum itu.

"Keluarga kami boleh melihat secara terus jiran di bilik mandi mereka ketika sedang menikmati makanan walaupun tingkap ditutup.

"Ia menyebabkan tekanan kepada kami dan memberi impak kepada kehidupan... kami mungkin boleh menutup ruangan tersebut tapi enggan melakukannya," kata Boyd.

Disebabkan marah dan kecewa, Boyd berkata mereka sekeluarga merancang untuk berpindah daripada kediaman tersebut. - Dailystar

Tq Telegram mStar!


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung