Nuffnang

Saturday, May 8, 2021

Tertinggal bas selepas perlawanan, pemain bola berkejar tengah jalan

 

Tertinggal bas selepas perlawanan, pemain bola berkejar tengah jalan

Ovidiu Hoban berkejar di jalan selepas bas pasukan meninggakannya.

PEMAIN bola CFR Cluj, Ovidiu Hoban dibiarkan berlari di jalan selepas bas pasukan itu meninggalkannya.

Dalam kejadian lucu pada Khamis itu, bintang kelahiran Romania itu berkunjung ke Academica Clinceni untuk perlawanan Liga I.

Pasukan itu mencatatkan kemenangan di Stadionul Clinceni dengan 1-0 menerusi jaringan pemain Catalin Itu.

Ketika bas Cluj beredar, pemandu terlupa pemain tengah itu masih belum menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi satu klip yang dikongsi di laman sosial Reddit, kelihatan Hoban sedang mengejar bas tersebut yang sedang bergerak.

Beliau kemudian menumpang sebuah kereta dalam cubaan untuk mengejar bas tersebut.

Namun, jarak antara Stadionul Clinceni dan Cluj-Napoca adalah kira-kira 450 kilometer (km), maka tidak hairanlah mengapa Hoban begitu terdesak mengejar bas kelabnya itu. - Daily Star


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung