Nuffnang

Thursday, December 16, 2021

Kucing sangkut diatas tiang 11 meter selama berhari-hari

 


Kucing sangkut diatas tiang 11 meter selama berhari-hari

Panther tersangkut diatas tiang setinggi 11 meter.

SELAMA dua hari atau mungkin lebih lama lagi, penduduk di sebuah kejiranan di Amerika Syarikat menunggu dengan hati yang berdebar-debar akan nasib seekor kucing hitam diberi nama Panther, yang bertenggek di atas tiang lampu setinggi 11 meter.

Panther tidak berganjak meskipun pelbagai ikhtiar dibuat pemiliknya, Alexis Soberanis dan penduduk lain untuk memujuknya turun dari tiang di Aurora, Colorado itu.

Meski dipujuk dan diumpan dengan makanan, semuanya tidak berhasil.

ADVERTISING

Kucing itu dilaporkan hilang awal minggu lalu dan pertama kali dilihat di atas tiang itu pada Rabu (8 Dis).

"Semua orang kata, 'Letak saja makanan dan lama-kelamaan ia akan turun," kata seorang penduduk Aurora, Jessica Meadows pada pagi Jumaat.

Walaupun salji mula turun kucing tersebut masih tetap turun.

Meadows berkata dia dan jiran tetangga lain menghubungi syarikat kawalan haiwan Aurora dan Xcel Energy untuk mendapatkan bantuan.

"Semua orang kata mereka tidak dapat buat apa-apa," kata Meadows.

Amalan biasa, menurut sebuah lagi syarikat perbekalan awam, adalah memberi masa kepada kucing untuk turun sendiri, lapor Sentinel Colorado.

Khabar tentang nasib Panther akhirnya sampai di telinga anggota Majlis Bandaran Aurora, Curtis Gardner dan pegawai bandar segera mengerahkan lori dengan tangga pada Jumaat petang.

Anggota bomba kemudian berjaya menyelamatkan kucing berkenaan yang tidak sabar-sabar untuk memasuki beg pengangkut haiwan.

Kimberly Medina, seorang lagi pemilik Panther, berkata kucing itu sebelum ini sering dibiarkan keluar rumah begitu saja.

Namun dia sudah serik selepas kejadian tersebut.

"Tidak boleh lagi, walaupun hanya sekali." - The Denver Post

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung