Nuffnang

Sunday, September 25, 2022

Perghh !!! Gadis diperkosa di asrama sekolah ditonton rakan sendiri

 

MANGSA dirogol di hadapan rakan-rakannya yang khuatir turut menjadi mangsa. - Thaiger


BANGKOK – Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di Thailand diperkosa di hadapan rakan-rakannya oleh seorang budak lelaki berusia 15 tahun ketika menjalani kuarantin Covid-19 di asrama sekolah, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian dikatakan berlaku di Sekolah Rajaprarajanugroh 57 dalam wilayah Phetchabun.

Apabila pelajar itu memfailkan aduan kepada pengarah sekolah, pengarah berkenaan memberitahu mangsa supaya menerima pampasan, bersetuju bahawa hubungan seks itu secara suka sama suka dan berpindah sekolah lain untuk melindungi reputasi sekolah.

Akibat tidak puas hati dengan sikap pengarah sekolah itu, ibu saudara mangsa yang berusia 43 tahun melaporkan kejadian itu kepada media Thailand. Wanita itu mendedahkan bahawa pengarah sekolah meminta dia dan anak saudaranya bersetuju dengan penyelesaian dan berpindah untuk menjaga reputasi sekolah terbabit.

Pengarah sekolah bertindak menawarkan suntikan kontraseptif jika mangsa mahu berpindah sekolah dan menerima pampasan. 

Mangsa memaklumkan bahawa lima pelajar perempuan lain turut diserang secara seksual tetapi takut untuk bersuara kepada polis. Kejadian rogol itu dikatakan berlaku selama dua hari iaitu pada 23 dan 24 Ogos lalu di asrama sekolah yang menempatkan lebih 30 pelajar perempuan.

Seorang pelajar perempuan yang lebih tua daripadanya telah membenarkan empat pelajar lelaki masuk ke asrama tengah malam 23 Ogos lalu. Mereka bersetubuh dengan beberapa pelajar perempuan dan beredar.

Keesokan harinya pada pukul 11 malam (waktu tempatan), enam lagi pelajar lelaki kembali ke asrama itu. Salah seorang pelaku cuba merogol mangsa tetapi dia melarikan diri ke arah rakan untuk perlindungan. Rakannya yang takut menjadi mangsa, enggan membantunya.

Mangsa kembali ke katil dan budak lelaki itu merogolnya di hadapan pelajar lain. 

Ibu saudara mangsa melaporkan kejadian itu kepada Kementerian Pendidikan dan memfailkan aduan di Balai Polis Mueng Phetchabun pada 15 September lalu. 

Polis meminta remaja perempuan itu mendapatkan pemeriksaan fizikal dan kembali dengan keputusan ujian sebagai bukti. Polis menambah bahawa mereka sedang menyiasat kes itu. – AGENSI

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung