Nuffnang

Friday, October 7, 2022

Amat Setuju !!! 'Hakim perlu adil, tanpa gentar atau pilih kasih'

 

'Hakim perlu adil, tanpa gentar atau pilih kasih'Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat

KUALA LUMPUR: Kedua-dua sistem kehakiman dan penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) perlu berusaha memberi keputusan munasabah ketika membuat keputusan dalam sebarang kes secara bebas, adil dan tanpa rasa gentar atau pilih kasih.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, berkata kebebasan badan kehakiman adalah satu konsep yang wujud dalam kerangka sistem keadilan.

"Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Nazrin (Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah) juga baru-baru ini bertitah mengenai perkara ini.

"Titah baginda: "Tidak seharusnya ada sebarang keraguan, dan hakim mestilah bebas daripada sebarang pengaruh atau tekanan".

"Walaupun titah DYMM Tuanku adalah berhubung dengan Mahkamah Syariah, pertimbangan berhubung dengan Badan Kehakiman Malaysia dan juga sistem ADR, tetap sama. Kedua-dua sistem harus berusaha untuk memberikan keputusan yang wajar sambil menghakimi kes secara bebas, adil dan tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Persidangan Minggu SDR Asia 2022 Keempat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini, hari ini.

Sultan Nazrin Shah turut menyampaikan ucaptama pada majlis itu.

Tengku Maimun berkata, badan kehakiman memperakui peranan penting penimbang tara dan lain-lain mekanisma ADR.

Tegasnya, mekanisme ADR seperti pengantaraan, rundingan dan timbang tara menawarkan peluang kepada pihak terbabit untuk menyelesaikan pertikaian tanpa proses litigasi yang panjang dan meleret-leret.

Tengku Maimun bagaimanapun menambah, wujud pandangan berbeza bagaimana hubungan antara mahkamah dan institusi timbang tara harus dilihat.

"Boleh dikatakan jalan penyelesaian pertikaian itu tergolong dalam dua alam yang bersaing, berbeza antara satu sama lain, namun saya percaya bahawa kedua-dua jalan penyelesaian pertikaian ini saling melengkapi dalam usaha mencari keadilan," katanya.

Beliau berkata, badan kehakiman Malaysia akan terus menyokong perkembangan ADR.

"Dengan AIAC terus mempromosi dan menyokong ADR, dan dengan sokongan berterusan daripada badan penyelesaian pertikaian lain yang berkaitan, saya yakin masa depan ADR adalah selamat," katanya. – BERNAMA

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung