Nuffnang

Tuesday, October 4, 2022

 

Dibogel, dicucuh puntung rokok! Pelajar cedera didakwa dipukul 10 senior

Seorang pelajar universiti dibogel dan dipukul oleh 10 senior. -gambar hiasan

SEORANG pelajar universiti berusia 19 tahun didakwa menjadi mangsa buli oleh sekumpulan senior..

Kejadian berlaku di sebuah universiti di Palembang di Sumatera Selatan, Indonesia.

Ibu mangsa berkata, wajah anaknya mempunyai kesan lebam selain luka dicucuh puntung rokok.

"Keadaan anak saya sekarang, dahinya bengkak, telinga kebiruan, mata bengkak, muka ada kesan api rokok.

"Kedua-dua lengan kebiruan, dan banyak tumbuk di kepala," katanya memetik sebagai berkatam dalam Sripoku.


Susulan kejadian yang berlaku, wanita itu berkata, anaknya mengalami masalah psikologi yang teruk sehingga enggan menyambung pengajian.

"Disebabkan hal ini, anak saya tidak mahu belajar lagi. Lebih teruk ketika kejadian, anak saya dibogelkan oleh pelaku," tambahnya.

Dilaporkan, mangsa dibuli oleh 10 seniornya.

Sementara itu, Ketua Polis Gandus Palembang, AKP Wanda Dhira Bernard mengesahkan berlaku penganiayaan terhadap pelajar di sebuah universiti.

Tambah beliau, kejadian berlaku akibat salah faham dalaman antara mereka. - Kompas


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung