[V] Tiga beradik heret bagasi di Seri Iskandar, pukul 3 pagi merayau cari hotel... Bahayakan diri demi Peranti Siswa
KETIKA malam melabuhkan tirai, rata-rata daripada kita akan beristirehat setelah seharian kepenatan.
Walaupun begitu, ada juga yang menjadi 'burung hantu' kerana keadaan yang memaksa.
Begitulah kisah tiga adik-beradik ini yang menjadi anak perantauan tanpa rumah di Seri Iskandar, Perak selama satu malam.
Dalam satu video tular di TikTok, Norsyahira Yusri, 23, dan adik-beradiknya dilihat berjalan tanpa hala-tuju dalam kegelapan malam selepas tiba dari Johor Bahru, Johor.
"Kami pergi ke Seri Iskandar sebab adik saya yang ketiga nak ambil peranti siswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar.
"Perjalanan ke Seri Iskandar ada dua waktu sahaja, waktu pagi dan malam. Jadi, kami bercadang ambil bas waktu malam memandangkan ia perjalanan yang sangat jauh.
ARTIKEL BERKAITAN: Siang kerja bank, malam jadi gelandangan di masjid! Hari-hari perah keringat demi bayar hutang, gaji RM3,000 tak cukup
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Setahun huni stesen LRT, gelandangan hilang sehari selepas diberi baju baharu, dipotong rambut... pakaian lama ditinggalkan
"Kami naik bas sekitar jam 9.30 malam dan dijangka sampai pada pukul 5.30 pagi. Sudah dekat dengan subuh dan beberapa jam lepas tu dah boleh selesaikan urusan," ceritanya ketika dihubungi mStar.
Namun begitu sebagai manusia, mereka hanya mampu merancang kerana ditakdirkan perjalanan tiga beradik itu tiba lebih awal daripada yang disangkakan.
"Pemandu bas memandu dengan sangat laju yang menyebabkan kami sampai awal.
Keheningan malam di Seri Iskandar.
"Kami sepatutnya sampai pada pukul 5.30 pagi tapi lebih kurang pukul 3 pagi kami dah sampai Stesen Bas Seri Iskandar.
"Kami ada book penginapan dekat Hotel Oyo pukul 2 petang. Ingat nak lepak dulu dekat area Hotel Oyo, tapi e-hailing dan teksi semua tak ada waktu itu," ujarnya.
Selain itu, mereka tidak mempunyai saudara-mara terdekat atau rakan-rakan di sekitar Seri Iskandar yang boleh dihubungi.
Maka bermulalah pengembaraan sulung mereka yang pasti akan tersemat dalam kenangan sehingga ke akhir hayat.
Oleh kerana tak ada kenderaan, kami terpaksa jalan juga.
NORSYAHIRA YUSRI
"Itu yang tercetusnya idea berjalan kaki dari terminal bas ke D'hotel. Kami jumpa D'hotel ini daripada carian di Google. D'hotel ni kami tengok boleh check-in awal.
"Oleh kerana tak ada kenderaan, kami terpaksa jalan juga. Kami rasa takut dengan keadaan yang gelap dan sunyi sepi. Kena ada tempat berteduh juga.
"Apabila sampai di D'hotel, kami pergi makan di sebuah restoran dan selepas itu adik saya tidur di kaki lima di hadapan kedai kosong manakala saya tolong tengokkan barang.
"Apabila pukul 6 pagi, saya terus pergi D'hotel untuk check-in," ceritanya.
Syahira dan adik-beradiknya berehat di mana-mana bangku yang boleh ditemui.
Kata Syahira perjalanan yang bermula kira-kira pukul 3 pagi berakhir sekitar 5.30 pagi
Melihat sekumpulan remaja awal 20-an berjalan tanpa penjaga atau ibu bapa di bawah limpahan cahaya bulan pasti buat ramai tertanya-tanya.
Menurut Syahira, muncul pasangan suami isteri yang menawarkan untuk menumpangkan mereka tetapi ditolak kerana sudah hampir dengan destinasi.
"Ramai yang pelik sebab kami dua orang perempuan dan seorang lelaki jalan di situ lewat malam sambil tarik bagasi.
Syahira berjalan-jalan di Ipoh selepas selesai urusan di UiTM Seri Iskandar.
"Ada juga sepasang suami isteri dengan bayi kecil, mereka bawa kereta ke arah kami dalam keadaan perlahan. Rupanya mereka ingin tumpangkan kami kerana kesian kami berjalan jauh.
"Tapi saya tolak juga kerana sudah dekat dengan D'hotel," kata Syahira.
Walaupun pengembaraan mereka itu mempunyai risiko keselamatan yang tinggi, tetapi Syahira menyatakan dia dan adik-beradiknya menganggap itu sebagai satu memori.
"Seronok sebab dapat pengalaman yang tidak dijangka dan berharga bersama adik. Kami juga merancang untuk pergi ke Ipoh bersiar-siar keesokan harinya.
"Tapi nasihat saya buatlah travel itinerary walaupun dalam Malaysia sahaja. Rancang perjalanan anda agar tidak menyesal kemudian hari," katanya mengakhiri bicara.
No comments:
Post a Comment