Ketetapan berhubung isu kemasukan pelancong asing khususnya dari China ke Malaysia akan diputuskan Kabinet esok, kata Dr Zaliha Mustafa.
Menteri Kesihatan itu berkata Kabinet akan membincangkan persediaan untuk menerima kemasukan pelancong China dalam mesyuarat esok, ditengah-tengah kebimbangan orang ramai akan berlaku lonjakan penularan Covid-19 jika dibenarkan pelancong dari negara republik itu masuk nanti.
“Insya-Allah, esok ada mesyuarat Kabinet dan saya sudah jumpa Perdana Menteri hari ini dan bentangkan semua fakta serta kemungkinan yang peroleh.
“Kita harap ada keputusan terbaik yang akan mengimbangi sudut sains dan data serta persepsi masyarakat
“Keputusan ini adalah keputusan bersama, R-naught (kadar belolehjangkitan) atau tidak adalah dari sudut data yang kita terima.
“Dari sudut kesihatan kita pantau, hari-hari saya di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) bagi memantau dan melihat data semasa, termasuk untuk negeri lain.
“Ini penting dilakukan bagi memastikan semua dalam keadaan selamat.
“Dalam taklimat yang diberi kepada Perdana Menteri, kita akan kekalkan apa yang dilakukan hari ini tetapi jika esok Kabinet ada pandangan lain, kita lihat keputusan terbaik,” katanya dipetik laporan BH hari ini.
Beliau berkata kerajaan akan meneliti daripada semua sudut aspek sebelum membenarkan pelancong dari China masuk ke Malaysia.
“Input membabitkan daripada semua pemegang taruh termasuk melihat aspek ekonomi, pelancongan dan keselamatan dalam negara.
“Kita tidak boleh beri pandangan lebih awal dan buat masa ni akan kekalkan apa yang kita lakukan sekarang,” katanya lagi.
Awal bulan lalu, China menamatkan dasar sifar-Covid bagi membendung wabak berkenaan dengan pembukaan semula sempadan negara itu.
Bagaimanapun, penamatan dasar itu turut menyaksikan peningkatan kes dan kematian di China akibat wabak yang disebabkan oleh subvarian Omicron, BA.5 yang lebih berbahaya.
Susulan itu, Malaysia menetapkan pengembara yang tiba dari luar negara perlu melalui saringan demam di pintu masuk antarabangsa (PMA) manakala sampel air kumbahan pesawat dari republik itu juga akan diambil.
Sampel akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian rantai polimerase (PCR) dan seterusnya untuk penjujukan genom sekiranya positif Covid-19.
KKM juga mempertimbangkan keperluan vaksinasi penuh bagi pengembara dari luar, termasuk China sebagai syarat untuk mereka dibenarkan memasuki negara ini.Agendadaily
No comments:
Post a Comment