Nuffnang

Sunday, January 15, 2023

Pelanggan terkejut terima bil RM37,147 di restoran Salt Bae

 

Seorang pelanggan menggunakan TikTok bagi menunjukkan resit dengan tertera harga 31,475 dirham di restoran Salt Bae, Dubai baru-baru ini. - @mitchthird


DUBAI – Seorang pelanggan terkejut menerima bil  31,475 dirham (RM37,147) ketika makan di restoran milik cef terkenal, Salt Bae di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor portal berita Daily Star semalam.

Pelanggan yang dikenali sebagai Mitch itu memuat naik video di TikTok menerusi akaun @mitchthird dan menunjukkan resit 31,475 dirham itu baru-baru ini.

Antara hidangan dalam bil itu termasuk stik Golden Ottoman berharga 3,000 dirham (RM3,540), dua botol wain Bonnes Mares berharga 23,980 dirham (RM28,301) dan satu hirisan avokado 75 dirham (RM88.52)

Mesej di hujung bil yang telah dibulatkan itu juga menjelaskan bahawa caj perkhidmatan tidak disertakan.

Ramai netizen di TikTok terkejut melihat harganya seperti yang dikatakan oleh seorang pengguna: “Saya tidak akan membayar untuk itu walaupun saya kaya.”

Seorang lagi netizen berkata: “Saya akan membawa avokado dan air saya sendiri? Betulkah ia (stik) diperbuat daripada emas?”

Salt Bae atau nama sebenar Nusret Gokce berasal dari Turkiye sebelum ini terkenal dengan hidangan stik bersalut emas di restoran miliknya itu, Nusr-Et. – Agensi

1 comment:

Burnout Salaryman said...

Kalau tengok perinciannya di situ, yang paling mahal ialah wine(arak)nya. Memang biasa dengar wine mahal ni, tapi tak tahulah jenama yang disebutkan atau tidak. Tak pernah minum.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung