Nuffnang

Sunday, January 8, 2023

Wanita setia kendong teman lelaki pulang ke rumah

 

NETIZEN memuji tindakan wanita itu yang setia menjaga teman lelakinya. - Jam Press


MADRID – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan seorang wanita memapah dan menggendong teman lelakinya yang mabuk untuk pulang ke rumah, lapor akhbar New York Post semalam.

Klip berdurasi 11 saat itu dimuat naik di TikTok dan ditonton lebih 3.9 juta kali.

Wanita itu dilihat cuba membantu pasangannya berjalan selepas keluar berseronok pada malam Tahun Baharu.

Dia kemudian menggendong teman lelakinya dan terus berjalan di kawasan yang sesak dengan kehadiran pengunjung itu. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen dengan segelintir mereka memuji wanita itu yang setia menjaga teman lelakinya.

“Wanita yang cantik dan berharga,” kata seorang netizen.

“Saya harap dia (lelaki itu) menghargainya,” komen netizen lain. – Agensi

1 comment:

Burnout Salaryman said...

Diteguk dari botol kaca,
hilang pedoman hilang akal;
Apabila bertiang paksi cinta,
Sanggup diredah segala aral.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung