Nuffnang

Saturday, February 11, 2023

Dua pelancong wanita bukan Islam tersilap masuk Masjid Nabawi

 

Dua pelancong wanita bukan Islam memasuki pekarangan Masjid Nabawi di Madinah pada Selasa lalu. - Foto Saudi Gazette


MADINAH – Agensi Hal Ehwal Masjid Nabawi di Madinah menyatakan bahawa kemasukan dua wanita bukan Islam di pekarangan tempat suci berkenaan dan memakai pakaian yang tidak sesuai berlaku secara tidak sengaja, lapor portal berita Saudi Gazette semalam.

Penjelasan agensi itu dibuat sebagai tindak balas kepada apa yang tersebar di media sosial mengenai kejadian yang berlaku pada Selasa lalu. 

“Wanita-wanita tersebut diberitahu tentang keistimewaan dan kesucian Masjid Nabawi. Mereka menyatakan terima kasih dan penghargaan atas layanan baik yang telah diterima,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Agensi tersebut juga menekankan keperluan untuk meningkatkan lagi cara dan prosedur kesedaran dan bimbingan, memberi tumpuan kepada kesucian serta keistimewaan tempat suci berkenaan untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang pada masa hadapan.

Dalam pada itu, menurut portal berita ALBawaba, satu klip video menunjukkan kehadiran dua pelancong wanita di pekarangan Masjid Al-Nabawi tanpa memakai abaya atau tudung sekali gus menimbulkan kemarahan pengguna laman sosial di Arab Saudi. 

Video itu menunjukkan dua pelancong wanita tersebut telah dihalang oleh seorang anggota keselamatan yang mula bercakap dengan mereka kerana pakaian yang dipakai mereka itu melanggar peraturan. – Agensi

 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung