Sejak menjadi kerajaan pada Disember 2022 yang lalu, pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dilihat tidak memberikan solusi dan penyelesaian kepada isu-isu rakyat.
Ia sangat berbeza ketika mereka menjadi pembangkang yang sentiasa penuh dengan pelbagai formula, cadangan dan kritikan yang dilemparkan kepada pihak kerajaan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Masa dua minggu yang diberikan kepada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bukan sahaja melebihi tempohnya, bahkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga tidak memberikan solusi tuntas kepada permasalahan rakyat.
Bukan itu sahaja, kenyataan PMX yang mengatakan sektor penternakan sudah lama mencapai tahap yang mampan juga sangat diragui.
Hal ini kerana ia sangat bertentangan dengan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada September 2022 yang menyatakan bahawa Kadar Sara Diri (SSR) ataupun permintaan di peringkat domestik bagi daging kambing atau bebiri hanyalah 10.7 peratus.
Manakala SSR bagi daging lembu/kerbau pula hanya 18.9 peratus. Permintaan dalam negara pun tidak mampu, bagaimana mahu dieksport seperti hasil mesyuarat NACCOL?
Lebih merisaukan, produk seperti telur yang melebihi 100 peratus SSR pula disuruh import untuk menyelesaikan masalah harga telur di dalam negara.
Sedangkan kadar SSR telur yang mencapai 114.4 peratus itulah yang perlu dieksport kerana ia melebihi permintaan di dalam negara. Bagaimanakah para menteri ini membaca dan menterjemah data-data yang dikeluarkan secara rasmi oleh DOSM?
Dalam hal ehwal ekonomi, Kerajaan Madani dilihat hanya rancak mengumumkan sesuatu yang ‘besar’ sebagai penyelesaian kepada isu berkaitan rakyat.
Di akhirnya, hanya indah khabar daripada rupa. Keputusan mesyuarat NACCOL, isu harga ayam yang akan diumumkan keesokan harinya dan beberapa lagi pengumuman yang kosong daripada tindakan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.
Mujurlah negara kita diterajui oleh kepimpinan yang cakna dengan ekonomi dan menyelesaikan masalah rakyat dengan efisien ketika diserang dua krisis serentak iaitu krisis kesihatan dan krisis ekonomi.
Walaupun lapan siri Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjumlah RM530 bilion dikecam oleh pembangkang pada ketika itu (yang kini menjadi kerajaan), namun statistik menunjukkan usaha tersebut berjaya.
Buktinya, bukan sahaja Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi setiap suku tahun 2022 merekodkan peningkatan yang memberangsangkan, bahkan KDNK negara bagi tahun 2022 turut mencapai angka yang tinggi (8.7 peratus) berbanding tahun 2021 (3.1 peratus).
Ia melebihi prestasi yang dicapai oleh negara jiran dan negara-negara maju lain seperti Singapura (3.8 peratus), Indonesia (5.3 peratus), China (3.6 peratus), Korea Selatan (2.6 peratus) dan Amerika Syarikat (2.1 peratus).
Selain itu, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Malaysia mencatatkan peningkatan pelaburan sebanyak 83.1 peratus pada tahun 2021 (RM306.5 bilion) berbanding tahun 2020 (RM164 bilion).
Bukan itu sahaja, malah aliran masuk bersih bagi Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia pada suku ke-4 tahun 2022 meningkat dengan jumlah RM19.3 bilion berbanding RM12.3 bilion pada suku ke-3 bagi tahun yang sama.
Ia selari dengan data pengangguran negara yang menunjukkan tren menurun sepanjang tahun 2022. Walaupun tahun 2021 merekodkan kenaikan pengangguran pada kadar 4.6 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2020, namun ia berbeza sepanjang tahun 2022 apabila Disember 2022 merekodkan kadar pengangguran yang lebih rendah iaitu pada kadar 3.6 peratus berbanding 4.2 peratus pada Januari tahun yang sama.
Ini menunjukkan kebanyakan rakyat telah mendapatkan kembali pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka setelah ramai yang dibuang kerja akibat pandemik Covid-19.
Justeru, rakyat memerhati dan menantikan apakah penyelesaian kepada isu ekonomi rakyat yang akan dibentangkan oleh Kerajaan Madani pada Pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari nanti.
Adakah ia menjadi suatu penyelesaian kepada ekonomi rakyat dan mampu menyambung kestabilan ekonomi Malaysia, terutama pasca pandemik atau sebaliknya.
Asyraf Salleh
Kuala Terengganu
Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.
10 comments:
Muhyiddin mana ada legasi ekonomi hahahhaha!!! Munasabahlah sikit!!!
Sejak merdeka, dari zaman Tunku Abdul Rahman sampai zaman Najib, tak pernah tak ada telur. 60 lebih tahun. Zaman PN baru 33 bulan telur pun tak ada hahahhaha!!!
Belum lagi cerita benda-benda lain.
LEGASI APA MACAM TU HAHAHAHAHHAHAHHA!!!
Ni pyokong abah ni
Boleh buat pakej rangsangan ekonomi beratus bilion tapi jangan lupa hutang negara dah berapa TRILION. Siapa akan tanggung? Anak cucu cicit kau? Nak jadi macam Sri Lanka atau Pakistan?
Legasi perabih wang negara tanpa dibahas di parlimen. Itu legasi abahkau. Termaktub dalam sejarah.
Akaun parti bunga dari rm800k jadi lebih rm300juta adalah legasi yiddin sepanjang jadi pm.
Belum lagi yg tak masuk akaun(dlm bilik tido) dan simpanan para proksi dan kroni.
Kebanyakan idea ekonomi mahiadin pun kerana desakan najib. Kalau tidak akan hancur awal kerajaan gagalkrasi tu.
Skrg terbukti mahiadin terkait dan terlibat dengan penyelewengan dan rasuah.
Patutlah kantung parti mendadak beratus kali ganda masuk.
Mujurlah tidak dapat membentuk kerajaan slps pru15.
Kalau tidak akan berulang lagi legasi tamak haloba atok, anak, waris, proksi dan kroni menguasai negara.
Tok guru sindir rakyat tak nak bersekongkol dgn parti rasuah.
Sama ada dia lupa atau tak perasan dalam akaun parti dia pun banyak sejak bersama mahiadin.
Kempen pru15 pula mewah...siap bagi sedekah.
Kalau parti lain...semuanya rasuah. Siap bagi hadis bagai.
Munafik sangat para lobai politik nie. Tak takut ker jadi para munafikun?!!
1 penggal hutang negara naik 2 kali ganda. Tercapai impian tun mahdey.
Punca utama kerana pakej ekonomi tongong mahiadin.
Sambil menyelam minum air.
Kantung peribadi diutamakan.
Woi banyaknyer walaun umdapigs meroyan,
Dah terima suapan menu rahmah ker?
Terima kasih muhyidin dan rakan2 kabinet yg berjaya harungi "phase serangan covid" yg telah menyentap ekonomi dunia secara umum dan malaysia secara khusus.
Bagi yg faham apa disebalik "krisis covid" tu pasti menghargai kaedah "menarik rambut dalam tepung" yg telah digunakan pm semasa krisis itu berlaku dan berjaya tetap menstabilkan ekonomi dan pembangunan negara supaya tidak terancam oleh pelbagai kemunkinan akibat dari krisis tersebut.
Tahniah muhyidin dan jugak pakmail.
Post a Comment