Nuffnang

Tuesday, February 14, 2023

Pekerja valet rempuh 2 Lamborghini milik bilionair

 

Pekerja berkenaan secara tidak sengaja merempuh dua Lamborghini Aventador Ultimaes antara satu sama lain milik seorang bilionair terkemuka. – Instagram


PERTH –  Seorang pekerja valet sebuah kasino menyebabkan dua ‘supercar’ Lamborghini milik seorang bilionair berlanggar selepas dia hilang kawalan ketika memandu salah sebuah kenderaan tersebut, lapor portal berita LadBible kelmarin.

Dua  kereta itu dikatakan berharga kira-kira £1 juta (RM5.2 juta).

Kedua-dua kereta adalah model Lamborghini Aventador Ultimae, yang merupakan versi terakhir jenama kereta sport mewah itu.

Ia dikatakan milik pengasas syarikat permainan sosial online, Virtual Gaming Worlds, Laurence Escalante.

Insiden  berlaku sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) pada 8 Februari lalu di pusat hiburan Crown Resorts.

“Kami mengesahkan bahawa dua buah kereta rosak di laluan Crown Towers Perth sejurus sebelum pukul 9 malam, Rabu lalu.

“Keselamatan kakitangan dan tetamu adalah keutamaan kami. Kami sedang menjalankan penilaian penuh bagi insiden itu bersama pihak terlibat,” kata seorang jurucakap Crown Towers Perth.

Rakaman kejadian itu menjadi tular dan memaparkan staf valet tersebut sedang duduk di tempat duduk pemandu ketika pekerja lain dan orang ramai tiba untuk memeriksa keadaannya.

“Saya benar-benar telah merosakkannya,” kata pekerja tersebut.

Dia kemudian keluar dari kereta lalu berkata: “Lihat bagaimana kedua-dua pedal itu berada terlalu rapat? Saya menekan brek tetapi kereta terus bergerak.”

Video itu dikongsikan di laman Instagram dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Dia pasti akan dipecat,” kata seorang pengguna.

“Mereka mempunyai insurans. Perkhidmatan valet yang bagus kebiasaannya mempunyai pemandu terbaik yang akan memandu kereta mewah,” kata seorang pengguna lain. – Agensi 

1 comment:

Anonymous said...

Siapakah ‘watak-watak’ dari Malaysia yang dipetik dalam laporan Pandora Papers 2021?

1. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO)
Ahmad Zahid telah dilantik menjadi salah seorang pengarah firma bernama Breendon Limited di Kepulauan Virgin Britain pada tahun 1996. Firma ini kemudiannya bertukar nama kepada Rising Resources Limited pada November tahun yang sama.

2. William Leong (Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat)

3. Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Aziz.
Ekoran pendedahan hal ini pada tahun 2013, bapa saudara Tengku Zafrul, Raja Nong Chik Zainul Abidin yang juga merupakan seorang menteri ketika itu mengakui keluarganya mempunyai firma pemegang amanah luar pesisir tetapi dibatalkan pendaftarannya kerana tiada pelaburan yang dibuat.

4. Yamani Hafez Musa
Yamani Hafez merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. Pada tahun 2013, beliau telah dilantik menjadi salah seorang pengarah Great Ocean Consultants di Kepulauan Virgin Britain bersama adik-beradiknya.

5. Mahmud Abu Bekir Abdul Taib (anak Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud)

6. Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim (anak Tun Daim Zainuddin)

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung