Nuffnang

Sunday, February 12, 2023

Suami enggan maaf isteri kentut di hadapannya

 

Lelaki itu berasa jijik apabila isterinya membuang angin di hadapannya. - Getty Images/iStockphoto


CANBERRA – Seorang wanita kecewa apabila suaminya memanggilnya dengan gelaran ‘menjijikkan’ selepas dia pertama kali kentut di hadapan lelaki itu selepas sembilan tahun mereka berkahwin, lapor akhbar New York Post semalam.

Dalam sebuah hantaran di laman Kidspot, wanita itu mendakwa suaminya menganggap perbuatan sendawa dan membuang angin di hadapan orang lain sebagai tidak sopan.

Salah seorang rakan kepada wanita itu pernah bersendawa di hadapan mereka dan si suami asyik mengulangi ‘rasa jijiknya’ sepanjang tempoh perjalanan pulang ke rumah.

“Selepas mendengar tanggapannya terhadap topik itu (sendawa dan kentut), saya akan pastikan saya hanya membuang angin di bilik mandi dan tandas sehingga dia tidak mendengarnya,” tulis wanita itu.

Bagaimanapun pada satu malam, wanita itu secara tidak sengaja terkentut ketika berbaring di sebelah suaminya di atas katil. 

“Kentut adalah perkara yang paling tidak sopan boleh dilakukan oleh seorang wanita terutamanya di hadapan suaminya,” kata lelaki itu ketika kejadian, sambil memanggilnya ‘menjijikkan’.

Keesokan harinya, wanita itu meminta maaf kepada suaminya, namun tidak berjaya.

Akibat tidak tahan, wanita itu mendapatkan nasihat rakannya mengenai masalah tersebut. Daripada mencadangkan penyelesaian, rakannya yang marah segera memarahi lelaki itu.

Rakannya berpendapat dia tidak perlu berasa bersalah kerana sendawa dan kentut merupakan fungsi badan semula jadi untuk manusia. Tindakan menahan kentut bahkan boleh menyebabkan seseorang masuk hospital. – Agensi

1 comment:

Anonymous said...

Wakomidi pun arakian kekonongan nya membantai Ramasamy, katanya kekononnya jgn layan, hehehe,
ni tipu suri ke berapa ni?
Tipu mai tipu mai tipu jugak,
Wqkakaka, lakonan wayang kulit kejawen wak punar rogo kalingga tu siapa la yg bodoh sangat agaknya nak percaya ye?

Semua orang dah tau apa yg ramasamy tu cakap munkin adalah dirancang dlm mesuarat phbn pun yg nak buat kouta penjawat awam mengikut bangsa bukan merit,,
ya la cuma ramasamy tu mulut tempayan dari penyamun dalam tempayan maka biasa la bila terdengar dendangan tu maka keluar ler dia dari tempayan menari2 & menyanyi2 keriangan...

Sekoyong2nya maka berkatalah kepala penyamun dalam filem penyamun = "cilaka punya penyamun bikin rosak ane punya la progrem"

Tqsm TS P.Ramli yg dah tolong bagi clue lama dulu untuk kitoran sekarang.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung