Nuffnang

Monday, January 20, 2025

'Hati saya hancur, sedih lihat suami disepak, heret dan curah mi goreng di kepala' - Isteri OKU dipukul

 

Faridah (kanan) tidak dapat menahan sebak mengenangkan kejadian suaminya yang juga OKU dipukul orang ramai. - Foto NSTP/Rosli Ilham

Faridah (kanan) tidak dapat menahan sebak mengenangkan kejadian suaminya yang juga OKU dipukul orang ramai. - Foto NSTP/Rosli Ilham

CHUKAI: "Bila melihat rakaman video itu, hati saya hancur dan sangat sedih," kata Faridah Abdul Karim, isteri kepada orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul beberapa individu dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, dekat sini, Jumaat lalu.

Faridah, 44, berkata perbuatan mereka yang mengheret, menyepak, memukul dan mencurahkan mi goreng di atas kepala suaminya, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, itu sangat melampau dan tidak berperikemanusian.

"Mereka tidak berhati perut, bayangkan suami sudah beberapa kali memohon maaf, mereka tetap memukulnya.

"Bila suami minta diberikan air untuk membasuh matanya yang pedih selepas dicurahkan mi goreng, individu terbabit bertindak menyepak kepala suami," kata ibu kepada lima anak itu.

Beliau berkata, suaminya itu adalah manusia dan kenapa individu berkenaan sanggup melakukan perbuatan kejam dengan memukul seperti haiwan.

"Kalau benar dia bersalah dan sengaja melanggar sebuah gerai makanan di situ, mereka sepatutnya selesaikan dengan cara baik.

"Sepatutnya mereka datang bertemu saya dan berbincang, saya sanggup bayar ganti rugi yang dialami mereka," katanya ketika menerima kunjungan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Fadini Rahim, di kediamannya di Kampung Mak Chili, di sini, hari ini.

Faridah berkata, dia berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO yang sudi membantu menawarkan khidmat guaman secara percuma demi keadilan buat keluarganya.

"Saya berterima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akhmal Saleh yang memberi kata-kata semangat melalui panggilan video.

"Saya sangat menghargai dan berterima kasih kepada beberapa individu yang membantu menghalang orang ramai daripada terus memukul suami," katanya.

Katanya, sepanjang 25 tahun hidup bersama, suaminya itu tidak lupa solat dan sering ke masjid solat berjemaah.

"Walaupun sakit, dia tidak tinggal solat. Suami tak pernah pukul orang, hanya mulut dia sedikit lantang dan kalau hari kejadian berlaku mereka cakap nak panggil polis suami pasti takut," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Bila samseng dan extremist menjadi kebiasaan.

Pas sekarang x sama macam pas dulu. Kepimpinan cari cari gaduh dan cari salah orang lain.

Penduduk negeri jadi extreme tak bertempat

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung