Nuffnang

Saturday, August 2, 2014

10 Lelaki tetak 6 pelanggan siber kafe




10 Lelaki tetak 6 pelanggan siber kafe

tetak klang
Kecederaan yang didakwa dialami seorang daripada enam pelanggan sebuah siber kafe selepas mereka diserang 10 lelaki bersenjatakan parang di Taman Bayu Perdana, Klang pada pagi Khamis.





PETALING JAYA: Enam pelanggan sebuah siber kafe cedera parah selepas ditetak sekumpulan 10 lelaki di Taman Bayu Perdana Klang dekat sini awal pagi Khamis.
Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, seramai 10 pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan dan seorang pekerja premis berada di dalam siber kafe berkenaan sebelum diserang.
Sumber polis memberitahu, seramai 10 suspek memasuki premis berkenaan dalam keadaan menutup muka menggunakan kain dan bersenjatakan parang panjang serta kayu.
Menurutnya, suspek telah menyerang enam daripada pelanggan sehingga mengalami kecederaan serius pada anggota badan.
“Terdapat mangsa hampir putus tangan akibat ditetak. Selebihnya mengalami kecederaan serius akibat ditetak lebih daripada sekali oleh kumpulan suspek.
“Suspek yang melarikan diri dengan dua buah kenderaan bagaimanapun tidak merampas barangan berharga dari premis dan mangsa,” katanya.
Tambahnya, siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 27 tahun.
Kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapat rawatan.
Difahamkan, polis kini sedang mengesan suspek yang telibat. -Mstar

Neelofa temui Tok Guru Nik Aziz di Hari Raya.Bertuah Dia.


Neelofa temui Tok Guru Nik Aziz di Hari Raya

BERTUAH sungguh Neelofa kerana berpeluang bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz. Bukan senang untuk mendapat peluang sebegini lebih-lebih lagi di Hari Raya. Pasti banyak yang dibicarakan oleh mereka berdua.Penulis suka melihat wajah Neelofa yang begitu tekun mendengar kata-kata Nik Aziz. Semoga ada satu dua ilmu baru yang diterima oleh Neelofa.
Untuk anda yang tidak tahu, Neelofa berasal dari Kelantan. Kalau tak silap orang Pasir Mas. Orang Pasir Mas memang terkenal dengan kecantikannya. Neelofa sememangnya ‘natural beauty’ dan kejelitaannya semakin terserlah apabila bertudung dan bergaya dengan baju raya. Memang boleh jatuh cinta dibuatnya.
Selamat Hari Raya diucapkan kepada Neelofa dan keluarga. Semoga makin murah rezeki selepas penghijrahan ini.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung