Nuffnang

Wednesday, August 9, 2017

Perghhh.. Inspektor Terlampau , ditahan buat hal dalam tandas wanita Hanya Berseluar Dalam

Inspektor ditahan buat hal dalam tandas wanita


gari
- Gambar Hiasan
ALOR SETAR – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan kerana didapati berkelakuan tidak sopan di dalam tandas wanita di sebuah pusat beli-belah di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, sebelum itu pihak polis menerima maklumat terdapat individu yang membuat kacau di pusat beli-belah pada 12.30 tengah hari.
“Sebuah MPV dan beberapa URB (Unit Rondaan Bermotosikal) telah digerakkan untuk memeriksa keadaan tersebut. Hasil pemeriksaan, polis telah menahan seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam boxer di dalam tandas perempuan di tingkat empat,” katanya dalam satu kenyataan.
Asri berkata, hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis turut menjumpai satu paket yang mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.62 gram pada lelaki berkenaan.
Ujian urin mendapati suspek positif methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Tuesday, August 8, 2017

Perghh !!! “Ingat Saya Gatal Sangat Ke Nak Laki?” – Vida

“Ingat Saya Gatal Sangat Ke Nak Laki?” – Vida


Vida akui adakalanya hatinya tidak cukup kuat untuk menepis setiap gosip apatah lagi yang mampu menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita berstatus janda.

MARAH betul Datuk Seri Vida ya apabila ada pihak cuba menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita berstatus janda.
Yalah, sehingga pada satu tahap penyanyi lagi I Am Me ini mengeluarkan kenyataan, "Ingat saya gatal sangat ke nak laki?"
Ia rentetan apabila dia dikatakan menolak lamaran ayahanda Rani Kulop serta beberapa kisah peribadi  mengenai dirinya yang sedang mencari bakal suami mengikut kriteria yang ditetapkan antaranya lelaki bermata kelabu.
Marah dengan pelbagai persepsi orang ramai terhadapnya, Vida menyelar sesetengah pihak termasuk penulis blog yang tidak menghormati dirinya dengan mengaitkan dia dengan lelaki.
Kata Vida, biarpun dia sering dilihat gembira, namun adakalanya hati dia rapuh dan hanya orang yang betul-betul mengenalinya sahaja tahu perkara itu.
Jejaka Finland, Scotland Kirim Resume Pikat Vida 

"Nak Populariti? Ingat saya gatal sangat ke nak laki?
"Saya nak fokus perniagaan sayalah. Kalau ada jodoh, saya nak yang sanggup hidup dengan saya bukan setahun dua, tetapi yang boleh didik anak, aturkan empayar saya. Bukan senang," itu antara yang ditulisnya menerusi keterangan video berdurasi seminit di Instagram itu.
Tambah Vida, dia penat membaca kisah-kisah peribadinya yang mengaitkan dirinya dengan lelaki dijaja sehingga menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita berstatus janda.
"Saya tak pasti ini satu fitnah atau apa tetapi apa yang boleh saya katakan, jika orang tak cukup kuat, dia akan down melalui semua ini.
"Dan saya juga manusia biasa juga, adakalanya tak cukup kuat untuk melalui semua ni," katanya.
Sebelum ini tular apabila Vida dikatakan mencari citi-ciri suami idamannya ialah lelaki bermata kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang suka membeli-belah.
Akibat kenyataan itu dia mendapat lebih 50 e-mel lamaran daripada orang ramai termasuk dari Finland dan Scotland.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung