Nuffnang

Sunday, June 2, 2019

Viral!! Biarlah saya dan keluarga saja yang makan” - ‘Derhaka’ tambah perisa coklat, biskut raya dilabel 18SX


Biskut susu yang diletakkan cip coklat di atasnya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Foto ihsan Nur Aliaa Misbah
BAHANG kemeriahan Syawal dirasai, begitu juga bahang ketuhar yang saban hari membakar biskut raya baik untuk dijual mahupun dijadikan juadah raya untuk tetamu.mstar
Aneka jenis biskut dibuat, ada yang lazat berkrim disukai ramai dan tidak terkecuali sekadar indah khabar dari rupa.
Namun seorang wanita nampaknya dikejutkan dengan biskut raya yang tidak menjadi seperti yang dirancang.
Cip coklat pada biskut susu cair semasa dibakar.

Apa yang pelik adalah bentuk biskut selepas dibakarnya itu mengundang pemikiran lucah dalam kalangan netizen.
“Biskut susu dua bahan, tapi derhaka resepi bubuh cip coklat kat atas tu. Apa ke pelik kejadiannya lepas bakar... mengundang pemikiran 18SX.
“Korang kalau nak buat jangan bubuh cip coklat tau, nanti jadi lagu ni. Segan pulak nak hidang masa raya,” katanya di laman sosial Facebook pada Jumaat malam yang dikongsi lebih 2,000 kali.
Acuan biskut susu sebelum dibakar ke dalam ketuhar.
Nur Aliaa Misbah berkata, dia tidak menyangka biskut susu yang dibakarnya pada Khamis lalu kelihatan seperti payudara sehingga ditegur rakan semasa berkongsi gambar tersebut di grup sembang WhatsApp.

Ada yang minta resepi. Ada yang tanya macam mana nak kasi (bentuk) kembang. Sebab ada yang buat tak jadi, tepung yang dibakar jadi keras.

NUR ALIAA

Wanita berusia 30 tahun itu menjelaskan bahawa ini bukan pertama kali dia membuat biskut susu kerana dia pernah menghasilkannya sempena Hari Raya tahun lalu.
“Saya buat saja suka-suka untuk persiapan raya. Dah pernah buat hanya guna tepung dan susu tanpa letak apa-apa di atasnya. Biasanya orang letak ceri atau chocolate rice nak kasi cantik.
 “Tapi, masa nak buat tak ada pula bahan-bahan tu. Yang ada kat rumah cuma cip coklat lebihan daripada buat biskut raya lain. Saya guna jelah, bila dah bakar, cip coklat tu jadi cair sampai rupanya nampak macam ‘benda tu’,” katanya kepada mStar.
Selain warna kekuningan, turut dibuat adalah biskut susu berwarna hijau dan merah jambu.
Gara-gara biskut raya 18SX dibuatnya menjadi perhatian ramai, ibu dua anak itu diminta untuk berkongsi resepi membuat biskut susu tersebut.
“Ada pula yang minta resepi. Biskut susu ni guna dua bahan je, satu paket tepung jagung dan satu tin susu pekat manis. 
“Ada yang tanya macam mana nak kasi (bentuk) kembang. Sebab ada yang buat tak jadi, tepung yang dibakar jadi keras,” katanya yang berasal dari Pontian, Johor.
Biskut susu antara biskut raya yang dibuat Nur Aliaa sempena Hari Raya tahun ini.
Selain bahan-bahan untuk membuat biskut susu, Nur Aliaa turut menasihatkan mereka supaya membakarnya pada suhu 170 darjah Celsius selama 20 minit.
“Buatlah bentuk korang suka, hiasan tu lebih elok letak ceri atau sprinkle yang warna-warni tu. Jangan cakap saya yang mengajar bentuk bukan-bukan. 
“Saya pun tak sangka kejadiannya macam ni lepas bakar,” katanya sambil menambah selain warna kekuningan, biskut susu itu turut diwarnakannya hijau dan merah jambu.
Nur Aliaa yang merupakan suri rumah berkata dia telah membuat lebih 100 biji biskut susu yang tular itu, tetapi tidak akan dijamu kepada tetamu pada Hari Raya.
 “Segan saya nak jamu tetamu makan biskut tu walaupun rasanya ok. Biarlah saya dan keluarga saja yang makan. Kalau jamu, nanti tetamu fikir lain pula,” katanya.

Saturday, June 1, 2019

Perghhh !!! Abang botak dipenjara 12 bulan, “Dia tunjuk jari kepada saya”

Abang botak dipenjara 12 bulan, “Dia tunjuk jari kepada saya”


Danial dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.
SEORANG pembantu stor yang digelar 'abang botak' oleh warganet terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta.
Majistret, Nur Shahira Abdul Salim membuat keputusan itu terhadap Danial Abdullah Tan selepas menerima pengakuan salah tertuduh.
Hukuman tersebut berkuatkuasa dari tarikh tangkap iaitu Khamis.

Danial, 31, mengaku melakukan khianat terhadap pemandu kereta Produa Alza milik Siew Chean Voon, 58, dengan mengetuk kereta itu menggunakan topi keledar.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdangkira-kira pukul 5.30 petang, Selasa lalu.
Danial mengaku melakukan khianat.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Ketika ditanya oleh Majistret punca dia bertindak sedemikian, Danial berkata, pemandu kenderaan itu hampir melanggarnya dua kali sehingga memaksanya menghimpit semula kereta tersebut.
"Saya himpit semula sebab nak ajak berbincang, tetapi dia telah tunjuk jari kepada saya.
"Itu yang menyebabkan saya bertindak sebegitu. Saya minta maaf," katanya dalam keadaan sebak.
Terdahulu, peguam Nur Rafiuddin Naswari yang mewakili Danial memohon hukuman denda atas alasan anak guamnya merupakan penyara tunggal keluarga.
"Kesalahan ini adalah kesalahan pertama dan tertuduh mempunyai dua orang anak berusia setahun dan tiga tahun," katanya.
Menurutnya, kesalahan dilakukan Danial bukanlah dirancang tetapi spontan.
"Anak guam telah dikecam oleh masyarakat apabila kad pengenalan, alamat pekerjaan, alamat rumah tular di media sosial," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
"Kes pembuli jalanan ini kerap berlaku dan hukuman berbentuk pengajaran perlu diberikan," katanya.
Dalam satu rakaman video berdurasi 3.01 minit yang tular semalam memaparkan dua lelaki menunggang dua motosikal sambil berbual di hadapan kereta itu. - Sinar Harian

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung