Nuffnang

Monday, March 22, 2010

Bersantai Di Tree Top Walk, Sedim, Kedah


salam Buat Semua.
Cuti Sekolah baru ini penulis telah membawa keluarga berkelah di Kawasan Tre Top Walk, Sedim , Kulim Kedah. Apa yang menarik tentang Tree Top Walk Ini ialah . Laluan untuk berjalan kaki dibina dengan menggunakan kelului yang yang tahan karat bagi merentas belantara, air terjun di Gunung Inas, Kulim Kedah. Sekiranya kita berjalan menerusi jambatan keluli yang merentasi hutan belantara, melepasi hutan balak, kita akan melihat pucuk balak sahaja. Dianggarkan ketinggian 50 kaki dari paras bumi (gayat juga nak naik). Menurut rekod yang dibaca Tree Top walk ini dikatakan canopy walk yang terpanjang di dunia. Perjalanan makan masa 45 minit untuk sampai balik ke kaunter masuk






Penulis Bergambar latarbelakang Tree Top Walking
Kalau Inginkan Kelainan marilah ke Sedim. Cukup teruja keadaan disini. Di bawahnya mengalir air terjun deras Sedim. Fuuh........... sangat terujua beb.















Di Hadapan pintu masuk Tree Top Walk & Kaunter Bayaran.
Bayaran Masuk Dewasa RM 10.00
Kanak 7 Tahun-12 Th RM 6.00

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung