Nuffnang

Monday, March 22, 2010

Gunung Berapi Meletus Dekat Glasier Di Iceland


REYKJAVIK, Iceland - Sebuah gunung berapi meletus dengan mengeluarkan lahar berhampiran kawasan glasier di selatan Iceland menyebabkan 450 penduduk dipindahkan semalam. Tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan di sekitar gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus itu namun darurat diisytiharkan kerana para saintis gusar ia mungkin boleh mengakibatkan letusan lebih kuat di gunung berapi Katla.
"Ia merupakan letusan kecil dan tidak berbahaya. Namun, kami bimbang letusan itu akan mencetuskan satu lagi letusan dari gunung berapi berhampiran iaitu Katla yang boleh memberi kesan terhadap penduduk setempat dan global," kata seorang ahli geofizik di Institut Sains Bumi, Universiti Iceland, Pall Einarsson.
Pihak berkuasa bimbang letusan yang berlaku 160 kilometer persegi dari glasier Eyjafjallajokull boleh mengakibatkan banjir jika ais di kawasan sekitarnya cair. Namun kajian yang dilakukan semalam menunjukkan letusan berlaku di kawasan yang tidak mempunyai ais.
Pihak Pengurusan Penerbangan Awam Iceland telah mengarahkan kapal terbang untuk berada 120 batu nautika dari kawasan gunung berapi ekoran masalah penglihatan. Semua penerbangan domestik telah dibatalkan. Tiada letusan dicatatkan di sekitar glasier Eyjafjallajokull sejak tahun 1821. - AP_kosmo

Nota : Itulah dia petanda hari kiamat semakin hampir . Dewasa ini banyak berlaku kejadian gempa bumi dan gunung berapi meletup. Banyak petanda hampirnya hari kiamat ialah kejadian seperti ini. Apa yang harus kita lakukan ialah banyakan bertsbih dan beribadah kepadah Allah.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

2 comments:

@fitridzulkifli said...

uhh. oke la tuh. sejok dan panas. jadi neutral. haha.






http://fitridzulkifli.blogspot.com

mas aji said...

salam kalau kita mahukan dunia, kita akan dapat dunia, Kalau kita mahukan akhirat kita akan dapat akhirat

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung