Gila! Itu respon spontan saya apabila membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr Awang Adek Hussein yang berkata kerajaan sedang menimbang untuk mengeluarkan lesen pertaruhan (baca: lesen judi) sukan untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini. Katanya sudah ada syarikat yang mengemukakan permohonan itu. Alasan yang diberikan ada dua. Pertama, untuk mengelakkan judi haram. Kedua, kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan sukan di negara ini. Saya seperti tidak percaya membaca itulah alasan yang diberikan oleh Awang Adek. Sebelum ini, saya pernah beberapa kali berdiskusi dengan beliau dan saya dapati Awang Adek adalah seorang pemimpin politik yang mempunyai idea bernas dan berfikiran terbuka. Dalam hal ini, saya lihat dia terbuka, tetapi idea itu tidak bernas! Alasan melesenkan sesuatu yang diharamkan oleh Islam supaya ia mudah dikawal ialah alasan karut. Ia menunjukkan betapa lemahnya kerajaan sehingga tidak mampu mengawal sesuatu yang haram. Kalau itulah logiknya, maka saya sarankan kerajaan menimbangkan juga cadangan mengadakan “Wardah” – “warung dadah” (sama seperti “wartel”) agar pengambilannya dapat dikawal seperti Awang Adek ingin mengawal judi bola sepak! Hujah mengenai pendapatan tambahan negara juga saya fikir cetek. Adakah kerajaan tidak berasa bersalah menambah dana negara dan membangunkan sukan melalui pendapatan haram? Saya fikir cukuplah dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Marilah kita bersama-sama membersihkan apa yang dilakukan dan tak perlulah menimbangkan idea-idea karut sebegini. Sepatutnya, awal-awal lagi kerajaan menolak permohonan lesen judi itu. Kenyataan Awang Adek mengingatkan saya kepada pendapat Ketua Penerangan UMNO, Dato’ Ahmad Maslan yang mengatakan keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor menunjukkan orang Melayu dan rakyat umumnya kembali memberikan sokongan kepada kerajaan. Sekiranya kita menerima hujah Ahmad Maslan, maka kita harus bertanya adakah ini cara kerajaan membalas sokongan pengundi Islam yang menyokong Barisan Nasional? Atau, adakah pemimpin kerajaan sudah mula leka dan merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja dan pengundi Islam akan terus memberikan sokongan? Ah, begitulah naifnya cara sesetengah kita berfikir! Sumber http://nobisha.com sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kami Tolak Mat Sabu, Mujahid SEBERANG JAYA: PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil tindakan radikal apabila turut menolak untuk be...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
Gambar Dari Google... PENGLIBATAN aktres Fasha Sandha dalam dunia seni baru menjangkau usia enam tahun, tetapi boleh dikatakan dia merupakan...
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
Spageti ada kaki lipas: Pensyarah dibayar RM55,000 16/03/2012 8:59pm PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusa...

1 comment:
nice blog saya baru aja belajar buat blog http://pondokmerah.blogspot.com
Post a Comment