Nuffnang

Wednesday, June 9, 2010

Anggota tentera mati tergantung

KANGAR: Seorang anggota tentera berusia 26 tahun dipercayai kecewa selepas bercerai dengan isterinya, ditemui mati tergantung di rumah keluarganya di Kampung Pulau, Sungai Berembang, dekat sini, kelmarin.

Nasrul Efendi Najmi, 26, dari sebuah kem tentera di Sungai Petani, Kedah, ditemui tidak bernyawa oleh bapanya, Najmi Ibrahim, 56, kira-kira jam 1.50 tengah hari dengan tali nylon membelit lehernya.

Anak kedua daripada empat beradik itu dikatakan baru berpisah dengan isterinya tiga bulan lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan mempunyai dua anak.

Allahyarham yang dalam proses untuk berhenti sebagai tentera dikatakan tertekan dan sangat merindui dua anaknya yang berada di bawah jagaan bekas isterinya di Perak.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, ketika kejadian, mangsa di rumah, manakala keluarganya menghadiri kenduri jiran bersebelahan.

“Nasrul yang baru pulang ke sini tidak banyak bercakap dan sering termenung serta enggan mengikut keluarga menghadiri majlis kenduri itu,” katanya di sini, semalam.

“Bapanya terkejut melihat Nasrul sudah tidak bernyawa tergantung di dalam rumah dengan tali nylon membelit leher ketika pulang membawa makanan untuk anaknya.

“Nasrul yang baru pulang ke rumah di sini tidak banyak bercakap dan sering termenung serta enggan mengikut keluarga menghadiri majlis kenduri itu,” katanya di sini, semalam.Harian Metro

Abu Luqman, Walau apa sekalipun kita kena banyak bersabar .

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

2 comments:

Penulis Rindu said...

Zaman mutakir ini manusia telah hilang pedoman dan jauh dari Allah

Anonymous said...

nauzubillah..
mati bukanlah jalan penyelesaian.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung