Nuffnang

Wednesday, June 2, 2010

Kalau Anda Sayangkan Umat Islam, Laksanakan Jihad Ekonomi Terhadap Barangan Israel

Dikala sedang tidurku nyenyak

Dibuai mimpi mimpi indah di atas tilam empuk

Saudara se Islam kita disana tidurnya tidak lelap

Hatinya tak keruan memimikirkan masa depan

Mereka berjuang demi masa depan bangsa , agama yang belum ada noktah terakhir.

Dikala kita kenyang dengan santapan pizza, burger, Ayam goreng yang enak.

Sahabat2 ku makannya sekadar alas perut dengan sekeping roti , demi untuk meneruskan perjuangan.

Makannya tak semewah makanan di kampungku, makanan tersedia selalu.

Mereka berperang demi untuk sekeping tanah dan pondok usang bagi tempat berteduh.

Kau berjuang demi kemerdekaan

Kau bertempur mempertahankan bumimu

Kau berjuang ditemai oleh ribuan malaikat

Kau berjuang bukan kerana habuan dunia tapi habuan akhirat . Perjuanganmu mendapat barakah dunia dan akhirat

Darahmu mengalir dibumimu, namun namamu terpahat sebagai pejuang mujahidin

Ayuhai rakanku di Malaysia dan seantero dunia

Bangunlah berjuang dikala orang lain bersuka suka dengan kehidupan duniawi.

Ayuh kita lakukan dengan Jihad ke jalan Allah

Lakukan jihad Ekonomi terhadap barangan Israel

Kuno kah kita, Kampungan kah kita kalau tak makan makanan segera serta alatan lain buatan mereka

Demi Palestin dan umat Islam mulalah kita dari sekarang

Bukan sekadar berdemontrasi, perlu diiringi dengan Jihad ekonomi kerana Allah. Allah hu Akhbar,

Nukilan Abu Luqman 2 Jun 2010


sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

9 comments:

Penulis Rindu said...

masihkah kita makan makanan segera, hisap rokok . berhentilah sahabatku

Nur Suaidah Bachok said...

jom boikot!!!!

Nuff4u said...

mari kita boikot dan doakan kemusnahan zionis ye

Anonymous said...

Palestin. Kau dihati!
Allah sentiasa bersama mereka. Allahuakbar!

Aidi-Safuan said...

benci arh israel. misi keamanan pon nak serang gak. bongok betul la. ( opss... ter emo plak. :P )

Penulis Rindu said...

kalau kita lihat..dalam video di Tv Israel yang serang dulu kan.

Wanita Timur said...

boikot je..tak suka israel..

baca ...
bacaalam tarokai 3kali..
minta doa supaya allah musnahkan depa ..

Jesteru itu, adalah diharapkan jangan dilupai untuk membaca Surah Al-Fil
> (Alam Tarokai Fafa Ala Robika bi-asha bil-Fil) sebanyak 3 kali setiap
solat
> Fardhu serta diikuti doa "Ya Allah, KAU musnahkan tentera Israel dan sekutunya sepertimana KAU utuskan ABABIL memusnahkan ABRAHA dari muka
> bumiMU, Amin"

budak baikk!~ said...

allahuakbar!~
sedih dengan nasib mereka di gaza..

Penulis Rindu said...

Terima ksih semua

Nur Suaidah
Macay
Adi Safuan
Shifa Rusli
Hidayah Saadah

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung