Seorang bekas pelajar UITM Perlis yang kini sedang bertugas di KUIS telah menyampaikan satu kisah luarbiasa dan menarik mengenai keajaiban Al Quran khususnya Surah Yaa Sin, kepada kakitangan Ingress, dalam satu program ceramah agama bulanan syarikat tersebut.
Kisah ini telah benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada jiwanya mengenai mukjizat AlQuran khususnya disaksikan sendiri oleh seorang yang bukan Islam.
Pada suatu hari sekitar tahun 2004, salah seorang kawan beliau telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dikategorikan sebagai amat serius. Salah satu tulang kerangkanya yang patah hampir mencucuk jantung dan yang satu lagi telah menembusi paru-parunya dan menyebabkan pendarahan.
Tempurung kepalanya kemek dan pecah. Bunyi tarikan nafasnya hampir sama seperti seekor lembu yang telah disembelih dan sedang putus nyawanya. Oleh kerana keadaan beliau sangat teruk maka beliau telah dimasukkan ke Wad ICU. Dalam keadaan seperti itu maka tidak ramailah kawan yang boleh ziarah dengan serentak secara beramai-ramai.
Usaha untuk membantu diteruskan. Doktor terus memberikan rawatan rapi seperti bantuan pernafasan dan sebagainya. Bacaan electrocardiogram(ECG) agak rendah sekitar 45 - 50 sahaja. Pada zahirnya, mangsa ini agak sukar untuk hidup. Walaupun ia akan pulih, mungkin percakapannya tidak lagi seperti keadaan sebelum kemalangan. Setelah semua usaha dibuat, maka sebagai orang Islam kepada Allahlah diserahkan segala-galanya. Ikhtiar berdoa dilakukan. Bacaan Surah Yaa Siin dimulakan secara beramai-ramai diluar bilik ICU.
Sedang mereka membaca Yaa Siin, dan belumpun selesai, tiba-tiba doktor Karam Singh yang bertugas pada hari itu, dengan tergesa-gesa meminta kumpulan yang membaca Yaa Siin ini masuk ke bilik, walaupun melebihi 2 orang.
Dalam hati mereka, tertanya-tanya apakah maksudnya tindakan doktor tersebut. Di atas katil mangsa masih terbaring seperti biasa dan tiada pula tanda yang menunjukkan ia menemui ajalnya. Dalam fikiran yang penuh tandatanya, bacaan diteruskan.
Setelah selesai membaca surah Yaa Siin dan masih lagi berada di sisi katil mangsa, bekas pelajar ini cuba mengajukan soalannya kepada doktor, "Kenapa doktor suruh kami masuk dan teruskan membaca Al Quran?"
"Semasa awak membaca awak punya holy book diluar tadi, dan ketika pintu terbuka untuk bagi orang masuk, saya lihat bacaan ECGnya naik sampai lebihkurang 70. Ini bukan satu kali, tetapi berlaku setiap kali pintu terbuka, apabila tutup dia turun semula. Masa pintu itu buka, suara awak dengar sampai kedalam, dan ada reaksi positif pada pesakit." Tegas doktor berkenaan.
Subhanallah, rupanya suara bacaan surah Yaa Sin tadi memberi kesan secara langsung kepada pesakit tersebut. Inilah kebesaran Allah Subhanahu wa Taala. Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang Ia kehendaki. Mudah-mudahan doktor yang merawat peasakit tersebut mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt untuk menganuti agama Islam.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." - Surah Yunus ayat 57.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
10 comments:
salam buart semua..itulah kelebihan surah Yaa Siin..Kalau tak caya baca ye...........
tiap kali bace yaa siin, atie jadi tenang & lapang
betul. surah yaa siin bila dibaca. terasa tenang.=))
Ketenangan hanya ada pada surah Al quraan. Kalau kita rajin baca dan amal insyallah...
Salam ziarah petang
moga hari ini kita
semua gembira..
جزاك اللهُ خيراً
thanks 4 the sharing
suka kisah nih
menarik dan ada pengajaran
subhanallah...
kalam Allah tiada tandingann
Hanie : Terim kasih
Nard : TQ
Zulkibo .. Tq Ye
Hans : Terima kasih
Lanun sepet ..Ye Bro kena rajin baca ye
slm
setiap makhraj huruf jawi ade peranan sendiri... dan juga ayt2 Allah adalah kalam yg terbaik... yakin Insyallah menjadi..
moga tuan umh dan kuage sehat selalu =)
wallahualam...
Post a Comment