Nuffnang

Tuesday, July 20, 2010

Bagaimana Hasil Orang Kampung Nak Laku ?






salam buat semua..maaf lambat posting

Baru baru ni penulis telah bertandang ke Pengkalan hulu Perak dan masuk ke sempadan Thailand..Jajahan yang berdekatan dengan Pengkalan Hulu ialah Betung Thailand..tempat nya menarik untuk dilawati..
Apa yang menyedihkan di sini ialah segala hasil buah buahan mudah je masuk dari Thailand...bayangkan buah durian , petai dan hasil buah kayu yang lain dibawa masuk ke Negara kita. berlori lori . dah di bawa masuk dengan kadar harga yang cukup murah , penulis sempat bertanya kepada penjual dari Thailand berapa harganya "

Durian kampung sekilo baru RM 1.20 ,dijual di pasar malam RM 3.00 sekio
Durian Kahwin atau baka baik Harga RM 2.30 se kg , dijual kat pasaran RM 5.00 sekg
Petai 100 baru RM 25, kat pasar malam sepapan RM 0.40 hingga 0.60 sen
Manggis sekilo RM 1.00 ,kat pasar malam RM 2.50 hingga RM 3.00.

Dalam fikiran penulis, sebab tulah orang kampung mengeluh hasil kebun tak laku, murah pula, kerana peraih atau orang tengah lebih suka beli buah dari Thailand..kerana murah serta tak payah masuk ke Thailand ,, mereka datang kat pintu sempadan je..kesihan orang kampung ye....dah lah harga murah kat kebun...mereka masuk mudah je kat Malaysia..boh minyak penuh pulak tu....geram je tengok...sebab minyak kat Thailand Rm 2.70 , itu yang murah...do someting..tak sabar nak tunggu 1 ogos nie..lama dah depa dok kaut untung kat Malaysia ni..

14 comments:

Penulis Rindu said...

kalau nak tahu Thailand,,semua barangannya murah...

Kaseh NazLieza said...

hmmm..btol tu..kerajaan mesti amik action utk mereka...smpai biler nk mcm ni..

Anonymous said...

takder monitor dri pihak gabemen ke?

XYZ said...

ha ah buah sne mmg murah... tp kt kg atok sy musin durian harga 50sen sekilo tp kne tgu bwh pokok huhuhu.... =)

p/s: sian kt petani malaysia ermm

mira_nas said...

kena ada yang bertempik,,buat rusuhan dan angkat sepanduk agaknya baru hal ini di bawa ke tengah..

sweetsal said...

bukan semakin senang, makin susah nampak nya org kampung..pihak tertentu kena amik tindakan secepat mungkin..

Penulis Rindu said...

Orang kampung macamtu lah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Che Armster said...

kesian pulak bila tau cerita ni.. harap2 ada la kawalan biar org2 kg kita tak terjejas pendapatan :)

ozzy said...

penguatkuasaan disempadan mmg lemah..bukan hanya buah termasuk juga barangan lain paling membimbangkan senjata api.

Penulis Rindu said...

dulu kes ikan..tukar tong ikan..

Abu luqman ..Sedih apabila kelaut dalam , ku lihat hasil laut dikaut oleh orang luar Malaysia

Norasikin said...

Suatu ketika dulu kampung aku terkenal dengan buah mata kucing. Semua orang mesti ada pokok mata kucing. Bila masuk mata kucing thailand yang besar, isi tebal dan manis dengan harga murah, habis semua tebang pokok masing2

sud@is said...

Nasib petani selalu kena tindas..siapakah yang berjanji nak naikkan taraf hidup rakyat....

NuRul said...

saya rasa dah tiba masanya khidmat orang tengah ni dilupuskan.diaorang je byk makan untung.sangat tidak adil

Pelangsing cepat alami said...

trimakasih atas informasinya

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung