TREK monorel di persimpangan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pasti mencuri tumpuan warga kota walau hanya sesaat. Jika bertuah, antaranya berpeluang melihat tren monorel menyusuri dari dua arah sama ada menuju ke Stesen Titiwangsa atau Stesen KL Sentral. Begitulah fenomena transit awam di Kuala Lumpur yang tersedia kemudahan monorel di bawah operasi KL Monorail dengan perkhidmatan dalam bandar sejauh 8.6 kilometer.
Infomasi :
Namun tidak ramai yang menyedari pengangkutan awam moden itu adalah buatan Malaysia keluaran Scomi Engineering Bhd, penyedia penyelesaian pengangkutan. Kilang monorel yang terletak di Rawang, Selangor.
Kilang pembuatan monorel itu dibangunkan di atas keluasan 15 hektar itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM30 juta.
Menariknya di sini, kawasan kilang terbabit dikelilingi trek sepanjang 1 kilometer bagi memudahkan ujian ke atas monorel dilakukan.Melihat pembuatannya di depan mata jelas membuktikan monorel yang menyusuri kawasan sekitar ibu negara itu adalah buatan tempatan.
Monorel berkenaan direka khusus untuk memenuhi keperluan pengangkutan bandar berkapasiti semasa dan setiap inci komponennya mendapat piawaian antarabangsa dari segi keselamatan, kualiti dan keupayaan. Ia dihasilkan lengkap dengan ciri dan kelebihan bagi mengoptimumkan aliran penumpang dan sistem pengurusan kenderaan (VMS) yang membolehkan pemanduan lebih berkualiti dan lancar.
Ibarat satu kelahiran baru, Scomi Engineering membuktikan negara juga mampu menjadi pembuat monorel dengan standardnya bertaraf antarabangsa. Keupayaan Scomi Engineering bukan sekadar menjadi kebanggaan Kuala Lumpur menerusi KL Monorail, malah mencatat kejayaan menerusi projek di luar negara.
Prototaip ini akan melalui ujian kitaran bagi melihat keberkesanannya terhadap kualiti dan ketahanan komponen dan sistem berkaitan.Selepas melepasi peringkat prototaip, Scomi Engineering akan membuat konsep rekaan mengikut keperluan dan kehendak pelanggan.
Rekaan struktur badan monorel dilakukan teliti menerusi proses gabungan dan kimpalan bagi memastikan setiap komponen mempunyai ketahanan tinggi. Kimpalannya saja diiktiraf antarabangsa daripada Institut Kimpalan (TWI), organisasi penyelidikan dan teknologi dengan kepakaran kimpalan di Cambridge, United Kingdom.
Ujiannya sudah pasti menggunakan trek sejauh 1 kilometer yang mengelilingi kilang pembuatan monorel itu.Difahamkan, setiap komponen yang digunakan untuk membuat monorel berkualiti tinggi dan mempunyai ketahanan di mana jangka hayatnya sehingga 30 tahun.
Sumber : Mstaronline..
11 comments:
Malaysia boleh!
waaa.tak tau pulak mesia ada bt monorel sndri..tak pnah lagi naik ni.hehehe
ehh canteknyee kaler biru!!
nak naek selalulah ^_^
harap2 berkualiti ler...
dh bergerak ke belum..teringin nak cuba naik dr setiawangsa...tak jauh dr rumah..hehe
dh sebulan tak naik monorel hehehehe =)
hhu..x sabo nak naik..
kalau nak tahu..syarikat scomi tu..adalah kepunyaan anak Pak Lah..(PM sebelum Dato Najib)
salam..
harap kosnya akan
lebih murah,mutunya
juga di harap sama
atau lebih baik dari
luar..
betul kata zulkite...harap harap mcm tulah..jgn up harga sikit..kita yang tanggung ye
betul kata zulkite...harap harap mcm tulah..jgn up harga sikit..kita yang tanggung ye
Post a Comment