Nuffnang

Wednesday, September 22, 2010

Lesen Peguam Suspek Di Lucutkan Tahun Lalu


Lesen peguam suspek dilucutkan tahun lalu

Majlis Peguam hari ini mendedahkan bahawa dua peguam yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan beberapa individu termasuk jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah digantung kelayakan mereka sejak November tahun lalu.

Presidennya, Ragunath Kesavan berkata pasangan peguam adik beradik itu dilucutkan kelayakan mereka berhubung kes penipuan tanah dan tidak jujur.

Menurut Kesavan, meskipun telah dilucutkan kelayakan mereka oleh Majlis Peguam, pasangan adik beradik itu terus mengamalkan khidmat mereka selepas bejaya mendapatkan perintah penangguhan hukuman daripada Mahkamah Tinggi.

Katanya, Majlis Peguam tidak dapat menerima sebarang salah-laku oleh mana-mana ahlinya tetapi menekan bahawa suspek berkenaan berhak mendapat perwakilan yang sewajarnya.

“Tidak kira betapa keji atau berang seseorang terhadap sesuatu kes, setiap orang berhak mendapatkan perwakilan untuk diadili,” katanya pada sidang media di bangunan majlis Peguam di ibu negara.

Katanya lagi, Majlis Peguam tidak boleh 'campurtangan' dengan kehidupan peribadi ahlinya bagi mengesan salah-laku. Ia hanya boleh bertindak ke atas seseorang peguam jika aduan membabitkan tindakan atau kelakuan profesionalnya.

"Sebarang tindakan jenayah di luar bidang amalan profesional peguam adalah di luar bidang kuasa Majlis Peguam. Menyalah Majlis Peguam tidak akan menyelesaikan masalah,” kata Kesavan.

"Agensi penguatkuasaan lain seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri mempunyai mandat untuk membuat siasatan lain,” katanya. Malaysiakini

3 comments:

Zaer!! said...

Sepatutnya xpayah bagi lesen pada peguam 2..Etika peguam xtermaktub dalam diri peguam 2.hanya memikirkan keuntungan!..hehe..;-)

Penulis Rindu said...

Peguam ni memang tak beretika..lesen di gantung..di bedalnya pula..dan teringin nak bergelar datuk pulak

AngahSayang2314 said...

elok kenakan hukuman setimpal jer

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung