Nuffnang

Monday, September 20, 2010

Rakan Sosilawati. berwasiat Sebelum Mati


Dua wasiat tauke kosmetik

AHLI keluarga Sarina berkumpul untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai kematiannya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam semalam.

BUKIT MERTAJAM – Pengasas produk kecantikan jenama Aveer, Sarina Jaafar (gambar) yang ditemui mati tergantung di dalam bilik di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini kelmarin sempat meninggalkan dua wasiat kepada anak saudaranya sebelum menemui ajalnya.

Naimah Sahid, 32, memberitahu, dua wasiat itu ialah mengamanahkannya supaya menjaga keempat-empat anak Sarina dan menguruskan majlis perkahwinan anak sulungnya, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dijadualkan berlangsung Januari tahun depan.

Naimah mendakwa, perkara itu diucapkan sendiri oleh Sarina, 43, dalam perbualan telefon selama empat minit pada pukul 8.03 pagi kelmarin.

Katanya, selain wasiat tersebut, Sarina juga ada mengatakan yang dia tidak mampu lagi menanggung tekanan yang dihadapi ekoran masalah keluarga.

“Sebelum ini pun Mak Anjang (Sarina) kerap mengadu masalah itu kepada saya dan setiap kali mengadu dia akan mengatakan yang dia sudah berputus asa untuk menghadapi bebanan tersebut.

“Pada hari raya pertama, Mak Anjang ada datang rumah saya di Padang Serai, Kedah untuk mengadukan masalah itu kepada saya dan kelmarin dia datang lagi dengan tujuan yang sama,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam. Sumber KOSMO

13 comments:

Penulis Rindu said...

Apa masalah ..serah dan minta petunjuk dari Allah

Zaer!! said...

Macam-macam la dunia sekarang.hurmmm..berpikir sebelum melakukan sesuatu.mesti ada jalan penyelesaian..

Anonymous said...

ade pljrn dri kisah tragis ini =(

Eye_nee said...

Pasti ada jalan penyelesaian utk setiap masalah selagi kita percaya Allah itu Maha segala-galanya...

Anonymous said...

Bantulah tanpa banyak soal jika saudaramu mengadu hal supaya hal2 begini dapat dielakkan.. hanya pandangan peribadi..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

banyak lagi cara yg dpat diselesaikan, ni pilih jalna keluar yg meninggalkan beban pada yg lain :(
memang tragis..

± said...

memula kuar berita ni,aku saspek ade org bunuh tp buat cam suicide.ntah la...mayb jugak btol2 suicide.wallahualam

Penulis Rindu said...

hari ini pihak polis mengesahkan sebagai mati mengejut..dan tiada unsur jenayah...

ain said...

jika ada masalah berat berceritalah pada seseorang bagi meringankan bebanan.Luahkan segalanya dan menangislah.tentu anda akn rasa lega dan lbh relax.Dan jgn sekali-kali lupa pada Allah yg maha penyayang.Pada pendengar pula cuba fahami masalah dan jgn biarkan mereka bersendirian tanpa ditemani.

Kak Mahh said...

Apa saja masalah kita hendaklah kita mengadu kepada Allah Taala.

Pakar Wasiat said...

Pada hari ini orang menulis wasiat ialah untuk melantik pentadbir harta pusaka yang akan menguruskan harta pusaka kemudian hari.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung