Nuffnang
Saturday, November 13, 2010
Ha Mabuk lagi !!: Rusa mengamuk di dalam bar
SEEKOR rusa merempuh meja di dalam sebuah bar di Bluffton, Ohio.
BLUFFTON, Ohio - Beberapa pekerja di sebuah bar di Ohio, Amerika Syarikat (AS) bertempiaran lari selepas seekor rusa jantan tiba-tiba melompat masuk dan merempuh kerusi serta meja dalam premis itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Tiada kecederaan berlaku dalam kejadian itu di sini baru-baru ini tetapi premis tersebut mencatat kerugian besar kerana banyak barangan rosak.
Meja dan kerusi berterbangan selepas dirempuh dengan tanduk haiwan itu.
Semasa kejadian, cuma terdapat beberapa orang pekerja di dalam bar itu.
Salah seorang pekerja berkenaan melompat meja bar bagi menyelamatkan diri.
"Naluri saya menyatakan adalah lebih baik saya tidak mendekati rusa itu yang naik minyak," kata seorang pelayan. Danielle Weyer.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bar itu menunjukkan ia melompat masuk melalui tingkap dan memecahkan beberapa buah meja dan kerusi sebelum keluar dari pintu belakang premis tersebut.
Aksi rusa itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi..KOSMO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Gambar hiasan. GERIK – Gara-gara cemburu dan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang wanita dicederakan dan diugut bunuh ol...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. 12 Shares Keraj...
-
BERITA Kertas Pandora: SPRM panggil bekas menteri, anak bekas PM - SPRM telah merekodkan kenyataan seorang bekas menteri berhubung kekaya...
-
Seorang wanita menyanyi dan berjoget di depan sekumpulan pemuda yang sedang mengikuti pengajian agama di Indonesia baru-baru ini. - Foto I...
-
aku ambil dari google.. Ihsan Google Salam buat semua..inilah jurang perbezaan antara rumah beratas zink karat dan b...
5 comments:
huhu..rusa pun marah pasai dok mabuk
haha ! seram plak rasa =..="
biasa je...itu baru rusa
huh., macam2 ~
petunjuk Allah kenapa arak itu haram....
Post a Comment