Nuffnang

Saturday, November 20, 2010

Mekah dilanda banjir...Mungkin Ada Hikmahnya


BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.

MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.

Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.

Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.

Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.

Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.

Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.

Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.

Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.


BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.

Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.

Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.

Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. - Agensi..KOSMO

13 comments:

Penulis Rindu said...

mungkin ada hikmahnya..kita tidak tahu ye

ibuintan said...

salam,
hanya Allah yang mengetahui hikmah disebalik kejadian ini

Abu Luqman said...

maka cheh ibu intan..kita berserah kepada Allah

Abu Luqman said...

maka cheh ibu intan..kita berserah kepada Allah

Anonymous said...

moge baek2 saje...

Abu Luqman said...

terima kasih uruchimaru

Abu Luqman said...

menurut sayangku. yang berada di sana banjir kilat di mina / mekah satu hari je...

zulkbo said...

salam..
Subhanallah..
ALLAHu akbar...
pasti ada hikmah-Nya

Abu Luqman said...

..Allah hu akhbar 3 x walilla hil hamd....kita merancang Allah adalah sebaik baik perancang

King Of Single said...

yup..ALLAH MAHA MENGETAHUI
setiap kejadian itu tiada yg sia2 ;)

Abu Luqman said...

ma kaceh king of single

azwa amani said...

semoga jemaah haji sihat2 dalam mengerjakan tuntutan ke5...setiap yg berlaku pasti ade sebbnya..dan Allah maha mengetahui

Penulis Rindu said...

makaceh azwa amani

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung