Nuffnang

Sunday, December 5, 2010

Terima Kasih Kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang...Bagi Diut RM 800 ...bestkan..


Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat durian runtuh

Kerajaan Baru Negeri Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.

“Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.

“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta,” katanya.

Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam.

Nota : Terima kasih kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang yang perihatin kepada rakyatnya ye…..kalau nak tahu 70 % kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang adalah orang Melayu…..huhu…………mau tau…… jangan ada yang ak cerdik pulak ...kata duit judi.hehehe...

20 comments:

Penulis Rindu said...

salam..mau tau ye...Kerajaan yang perihatin....tak baguih kita tolakkkkkkkkkkk

Unknown said...

betui sejak kerajaan pulau pinang rasanya lebih byak manfaat dapat~~

tetap setia la....jom undi,,x rugi la ..serius

Abu Luqman said...

makasih nasique.....sokong

mira_nas said...

huhu.. syiok2~

Abu Luqman said...

makasih amira..syoknya

ghost said...

keberuntungan sebagai penjawat awam di pp.kpp(kerajaan p.p)tidak menanggap pemberian ini sebagai satu usaha dalam melemahkan sistem ekonomi negeri,malah pembangunan masih dapat diteruskan dengan penarikan masuk investor2 luar.jadi ianya tidak dianggap merugikan bila mana duit pemberian itu boleh dipergunakan pada sektor pembangunan lain kerna ada backup di situ.tapi ya,tentu saja pemimpin lebih tau soal ekonomi.

Abu Luqman said...

makasih cik biskut...hang memang pakar ekonomi

gunsirit said...

Tahniah! Kamid apat RM500 je..

immukmin said...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/4kategorimanusiataklayakdilantikjadipemimpin/Article

jom bace link nih.....hohoh..insyAllah..panduan bersama..

Abu Luqman said...

makasih

gunsiri..500 pun ok lah

makasih imunkmin

iza said...

Salam...

Duit ke diut?hehe...
dah lama tak jejak Penang...
rindu pada padang minden..

Mulan said...

bagus la kerajaan yg prihatin.. tumpang suka.. belanja nasi kandaq frozen sebungkus boleh la... hehee...

Abu Luqman said...

to Iza..mai la Penang ..abg tunggu ye

Mulan : frozen tak sedap tau ..dia kena ...panas panas baru syok

ASSOYFINGER67 said...

Syabas...memang Penang pandai buat bisnes dan cari duit..tak di nafikan..huhu

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

Wah! Bagus tu boleh dapat bonus lagi sekali,tahniah kpd kerajaan PP,pengurusan kewangan yg baik.

perindu_خلافة said...

^_^ tumpang gembira sekali,

Abu Luqman said...

terima kasih semua

yahaya said...

tumpang suka...

Abu Luqman said...

makasih en Yahaya

kmvsblogger said...

wah byk btl duit kerajaan negeri ni..dr mana dtgnya ya..teng..teng..teng

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung