Nuffnang

Friday, January 29, 2010

Khutbah Jumaat Hari Ini

Salam Buat semua,

Khutbah jumaat hari ini 29/1/2010 Masjid Batu ,Kg Pertama, Permatang Pauh disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Badrol Amin Baharom

Kupasan Khutbah hari ini ialah berkaitan Taqwa.

Intipati khutbah tersebut ,beliau meminta supaya kita sebagai orang Islam , harus menyemai sifat ketaqwaan kepada Allah.
Menanam dan menambah keimanan serta memupuk semangat cintakan Islam.
Jangan jadikan diri kita sebagai penghalang kepada berkembangnya Islam di atas muka bumi.
Jadikanlah diri kita sebagai pembela-pembela Islam.
Sebagai Orang Islam kita harus mencontohi ketaqwaan para sahabat Rasulullah semasa berhadapan dengan musuh.

Akhir kata tidak ada yang lebih indah hidup didunia ini ialah kita senantiasa mengingati Allah dan bertaqwa kepadanya... Takbir.




sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, January 28, 2010

Selalu Check Hati Kita

Salam Buat Semua

Iku rasa binasa
Ikut hati mati
Kaulah jantung hatiku
Keresahan juga dilihat pada hati yang gusar (susah hati )
Air mata menitis gugur membasahi bumi bagai mengisi sebuah cerita hati
Ibu bapa mana hatinya tidak remuk redam apabila buah hatinya bersikap durjana
Ibu bapa mana tidak berbesar hati apabila anaknya berjaya.

Jantung hatiku berdebar menunggu isteriku melahirkan anakku.
Jantung hatinya berdebar apabila bersua dengan kekasihnya.
Itulah dikatakan dari mata turun ke hati.

Hati juga dikaitan dengan jiwa, Hati atau jiwa akan tenang apabila kita berzikir dan
membaca Al Quran sebagai penawar hati.
Hati jua akan tenang apabila kita berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W dan ahli keluarganya. Itulah hati.......Hati mau baik bee.....


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, January 27, 2010

Jaga lah Hati Dan Tutur Kata

Salam buat semua,


Dari Ibnu Mas'ud R.a

" Sebaik baik baik kaya ialah kaya hati.

Sebaik-baik bekal ialah taqwa.

Seburuk buruk buta ialah buta hati.

Sejelek-jelek usaha ialah memungut riba.

Seburuk-buruk makanan ialah memakan harta anak yatim.

Sesiapa memaafkan orang lain , ia akan dimaafkan Allah dan siapa mengampuni orang lain dia akan diampunkan oleh Allah.

Nota : Maka kita sebagai manusia diatas muka bumi ini hendaklah menjaga hati dan menjaga tutur kata kita. Kalau kita tidak mahu orang marah pada kita , maka kita jangan memulakan sesuatu perkara yang boleh membuatkan orang lain marah.
Fikir-fikirlah wahai ahli fikir...

salam adik...manja ...yang. kakak..abe


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, January 26, 2010

Sepetang Di Kg Singkir Laut , Yan Kedah

Berlatar belakang Gunung Jerai

Sawah Padi Di Kaki Gunung Jerai


Perahu-Perahu Nelayan , Kg Singkir Laut

Salam sejahtera Buat Semua.

Pada sabtu Yang lalu 23/1/2010 Mas Aji pulang ke kampung Isteri di Kg Singkir Laut, Yan Kedah untuk menziarahi bapa mertua yang kurang sihat. Kampung Isteri Mas AJi terletak di kaki Gunung Jerai , Gunung yang paling tinggi di Utara Malaysia. Kalau tuan-puan hendak melihat panorama pemandangan di tepi Pantai dari tebing tinggi di Kg Singkir Laut, Yan , Kedah , kita harus melalui pekan Merbok terlebih dahulu untuk sampai di Kg Singkir Laut.

Pemandangan disini amat cantik apabila dilihat sebelah pagi dan apabila matahari terbenam (sunset). Hati tersentuh melihat keajaban Allah mencipta bukit bukau, gunung- ganang, serta dikaki gunung ada laut pula (subhanAllah ). Di tepi pantai pula sawah bendang menguning , tunggu masa sahaja untuk dituai. Itulah keajaiban Allah yang menyuburkan sawah padi walaupun ditepi laut.

Pekerjaan penduduk disini ialah menangkap ikan dan turun mengerjakan sawah padi. Mas Aji pernah turun kelaut bersama nelayan di Kg Singkir Laut. Penduduknya ramah mesra, sebab itulah Mas AJi , jatuh hati pada Isteri , hanya dengan pandang pertama.


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, January 25, 2010

Menuntut ilmu


Salam buat semua,

Dari Ibnu Mas'ud Ra. Berkata,
" Tuntutlah Ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan kematian perawi-perawinya. Demi tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanya' Sesungguhnya orang-orang syahid dalam perang sabil lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama kerana mereka mengetahui kemuliaan ulama. sesugguhnya tak seorang pun dilahirkan berilmu. Sesungguhnya tak seorang pun dilahirkan berilmu. ilmu di perolehi dengan belajar "

Nota : Benarlah kata-kata Ibnu Mas'ud , iaitu Sahabat Rasulullah S.A.W ilmu perlu dicari, dipelajari dan bukan Ilmu itu diwarisi dari ibu Bapa secari tradisi. Ilmu perlu di perolehi dan dipelajari dari guru-guru yang muktabar, bukan sekadar membaca buku atau kitab agama. Ilmu yang baik adalah datangnya dari huraian atau hujah dari seorang yang alim dalam sesuatu bidang yang beliau mahir.



sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, January 22, 2010

Kepentingan Mesyuarat

Salam buat semua,

Pandangan kepentingan Mesyuarat Menurut Kaca mata Saidina Ali Bin ABi Talib

" Tiada kekayaan melebihi akal, tiada kemiskinan melebihi jahil, tiada pusaka melebihi adab, dan tiada pembantu melebihi mesyuarat "

" sesiapa yang bersikap diktator akan binasa dan siapa yang bermesyuarat dengan orang lain akan dapat faedah dari fikiran mereka "

Kepentingan organisasi :

"kebenaran yang tiada penyusunan, akan ditewaskan oleh kebatilan yang tersusun rapi ".

Nota : Fikirkan dan ikutilah pandangan dari Saidina Ali Bin Abi Talib semoga kita beroleh kesejahteraan dan keberkatan dari Allah.

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, January 21, 2010

Jangan Menunggu Waktu Senja

Keindahan diwaktu Senja

Salam buat semua.

Nasihat Dari Abdullah B Umar r.a

"Mengeluarkan air mata kerana takut kepada Allah adalah lebih aku sukai daripada bersedekah dengan seribu dinar".

"jika engkau berada di waktu senja, maka jangan menunggu tibanya waktu pagi, demikian pula jika engkau berada di waktu pagi, jangan menunggu waktu petang, pergunakanlah kesempatan di waktu muda, sihat kuat dan kaya untuk menghadapi masa tua, sakit lemah dan miskin. "

Nota : masa sihat dan kuatlah kita bekerja didunia untuk mencari kebahagian diakhirat, kita pulun cari duit dan jangan lupa bahagian kita pula di sana. Teruskanlah perjuangan, dunia ini penuh duri dan liku bagi orang yang beriman, manakala bagi orang musyhrik dan kafir pula menganggap dunia ini sebagai syurga bagi mereka.... sedarlah wahai teman...

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, January 20, 2010

Serangan Ikan Yu Harimau

Ikan Yu Harimau sedang mencari mangsanya

Mas Aji dengan Tangkapan Ikan Yu 10 Kg di Perairan Penang/Kedah


Salam buat semua

KUALA LUMPUR - Mungkinkah posmen, Mohamad Helme Leman, 25, digigit oleh spesies ikan yu harimau semasa bermandi-manda di pantai peranginan Port Dickson, pada 2 Januari lalu?
Persoalan itu dicetuskan oleh seorang pakar marin dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Zulfigar Yassin yang tertarik dengan pendedahan Kosmo! mengenai ujian 'pemadanan' pelbagai jenis rahang ikan yu dan kesan gigitannya terhadap mangsa.

Ia sekali gus mencabar kesimpulan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Wan Muhammad Aznan Abdullah kelmarin bahawa Mohamad Helme bukan mangsa ikan yu tetapi haiwan lain yang belum diketahui.

Nota : Ikan yu memang ganas , Mas Aji pernah di rentap Ikan U seberat 10 Kg, bayangkan selama 30 minit baru boleh didaratkan. Batang Rod pancingan hampir tercabut pemegangnya, akibat terlalu kuat rentapannya. Mujurlah Mas Aji menggunakan mata kail dan tali perambut steel. Specis ikan yu ini banyak, antaranya yu harimau,yu putih, yu kapak, yu tokey, yu gergaji , yu sayor daln banyak lagi...Hebat...SubhanAllah itulah salah satu ciptaan Allah di dalam laut.



sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, January 19, 2010

12 Jam Terapung Di Lautan

Salam Buat semua.

KUALA KEDAH: Dua nelayan masih hilang manakala seorang lagi selamat selepas bot mereka karam di Perairan Pulau Lima dan Pulau Segantang iaitu kira-kira 33 batu nautika dari Pelabuhan Kuala Kedah di sini, pada 29 Disember lalu. Mangsa yang hilang ialah Mohamad Salleh, 39, dan tekong bot, Mohd Yusop Abdullah, 29, sementara Mohd Akhir Abu Bakar, 28, yang juga awak-awak bot terselamat. Mohd Akhir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin menyebabkan kipas bot tidak berfungsi.
Dalam gelap, Mohd Yusop turun ke laut memeriksa dan beberapa minit kemudian dia naik semula ke atas bot. “Ketika itu air mula masuk ke dalam bot dan dalam keadaan cemas, kami bertiga nekad terjun ke laut untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Mohd Akhir berkata, mereka bertiga terpaksa menggunakan kudrat mengapungkan diri ke permukaan laut sementara menunggu pertolongan.

Ulasan : Memang susah hidup sebagai nelayan, hidup mencari rezeki dengan memerah keringat turun ke laut untuk mencari rezeki. Kita yang bekerja makan gaji harus bersyukur dengan nikmat yang Allah telah berikan. Kalau Ikan mahal di pasar bukan kerana apa, kerana keadaan musim yang tidak menentu, nelayan tidak dapat turun ke laut. Mas Aji pernah turun kelaut Mas Aji tahu , betapa peritnya menjadi nelayan, kadang-kadang duit minyak pun tak dapat balik... Bersyukur setakat yang ada setakat ini..


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, January 18, 2010

100 Manusia Popular Convert to Islam

Wanita Solehah Idaman , Lelaki Soleh ..Amin
Salam sejahtera semua.

“Islam is the fastest-growing religion in America, a guide and pillar of stability for many of our people…” Hillary Rodham Clinton, Los Angeles Times, May 31, 1996, p.3
“Already more than a billion-people strong, Islam is the world’s fastest-growing religion.” ABCNEWS, Abcnews.com
“Islam is the fastest-growing religion in the country.” NEWSDAY, March7,1989, p.4
“Islam is the fastest-growing religion in the United States…” NEW YORK TIMES, Feb 21, 1989, p.1
“Moslems are the world’s fastest-growing group…” USA TODAY, The population referance bureau, Feb. 17, 1989, p.4A
“Muhummed is the most successful of all Prophets and religious personalities.” Encyclopedia Britannica
“There are more Muslims in North America then Jews Now.” Dan Rathers, CBSNEWS
“Islam is the fastest growing religion in North America.” TIMES MAGAZINE
“Islam continues to grow in America, and no one can doubt that!” CNN, December 15,




Nota : Kalau kita lihat dalam statistik dari Eropah dan Amerika sendiri.. kemasukan ramai bangsa Eropah dan Amerika kepada Islam meningkat dari semasa kesemasa apabila timbulnya isu isu besar , seperti serangan Amerika ke atas Iraq, berlakunya serangan 11 september dan apabila orang Islam semakin ditekan dan ditindas maka pihak yang sedang mencari kebenaran menyelidiki tentang agama Islam yang Indah ..Subhanallah. Tapi sayang bila kita lihat di negara kita semakin ramai menjauhkan diri ajaran Islam dan kurang pergi ke surau surau dan Masjid , maka Fikir Firkan Lah beb....



sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Sunday, January 17, 2010

Mencari Rezeki Walaupun Kudung

Pok Ya dibantu oleh orang kampungnya untuk menolak perahu kelaut.
Salam Sejahtera semua,

Cacat tak halang Zakaria jadi nelayan, cari rezeki



KUANTAN: Kegigihan warga emas, Zakaria Uda, 62, dari Kampung Kempadang, di sini sanggup turun ke laut mencari rezeki walaupun kudung kedua-dua kaki seharusnya menjadi teladan kepada masyarakat, terutama generasi muda. Zakaria atau lebih mesra dipanggil 'Pok Ya Kudung' tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai alasan untuk menagih simpati, sebaliknya terus berdikari menampung perbelanjaan kehidupan seharian keluarganya.

Bapa kepada lapan anak itu masih sanggup ke laut saban hari selepas kedua-dua kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis. Beliau kehilangan kaki kanan kira-kira 10 tahun lalu, disusuli kaki kirinya lima tahun kemudian. "Pada awalnya agak sukar bergerak kerana sudah biasa dengan dua kaki tetapi kata orang, 'alah bisa tegal biasa'," katanya sambil bertekad tidak mahu mengharapkan ihsan orang selagi kudrat masih ada. Selalunya, Pok Ya akan ke laut seawal jam 7 pagi, rutin yang dilakukan sejak menjadi nelayan sepenuh masa pada usia 30-an lagi. Mahu seribu daya , tak mahu seribu dalih.

Ulasan . Wahai anak muda contohilah Pok Ya kita, dari Kuantan , walaupun kudung beliau sanggup turun kelaut untuk mencari sesuap nasi kepada anaknya 8 orang.......take it sebagai cabaran kepada kita yang cukup sifat dan kederat yang Allah kurniakan...subhaAallah.





sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, January 15, 2010

Pak Hitam, Menawan Atau Pengacau

Salam Sejahtera semua.

Mulut manis dan pandai memujuk rayu merupakan antara ‘modal’ warga Afrika untuk memikat kaum wanita kita di kebanyakan pasar raya di Ibu Negara. Warga kulit hitam terbabit dikatakan ‘licik’ menggunakan taktik memuji kecantikan seseorang wanita yang ditemui dengan harapan dapat memerangkap mangsa untuk dijadikan teman mereka.Senario tersebut telah berlarutan sejak dua tahun lalu dan ia semakin menjadi-jadi setelah bilangan mereka semakin hari semakin bertambah.

Apa yang difahamkan, warga Afrika terbabit merupakan pelajar di sebuah kolej swasta yang didaftarkan berhampiran dengan pasar raya besar yang berdekatan dengan kolej mereka.Namun, sejak kehadiran mereka yang semakin ramai, ia sudah mula menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai khususnya pengunjung dan peniaga di pasar raya tersebut yang rata-rata mempersoalkan status mereka.Ada yang mengatakan mereka ini tidak menampakkan ciri-ciri sebagai seorang pelajar.Malah pengunjung yang datang ke pasar raya berkenaan juga sering diundang rasa kurang selesa ekoran diganggu mereka yang memang ‘pandai jual minyak’.


Masih ka kita ingat seorang pemain bolasepak kedah pada tahun 90an dahulu . Beliau telah menggoda anak dara kedah sehinggakan melahirkan anak .. apa dah jadi nie .
Harap harap pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan terhadap mereka ini sebelum perkara ini menjadi lebih parah. Semoga Allah melindungi keluarga kita..


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, January 14, 2010

Jangan Diperdaya Kan Lagi



Salam sejahtera.

Hari ini kebanyakan surat khabar menyiarkan cerita mengenai kes diperdayakan oleh syarikat yang menawarkan projek membela cacing dengan kutipan pelaburan mencecah sebanyak RM 30 juta ( wow.. banyaknya tu..). Persoalan disini mengapa masyarakat kita masih lagi mempercayai skim-skim seperti ini... mengapa ya ???

Sebelum ini kita mendengar ramai di antara masyarakat kita terpedaya dengan skim cepat kaya, dan ada yang telah didakwa dan dikenakan tindakan mahkamah. contohnya tuan tuan boleh cari sendiri dalam laman web.

Apa yang Mas Aji ingin nasihatkan melaburlah ditempat yang diluluskan oleh syarak, dan dijamin oleh kerajaan. " Yang Halal pun jelas, dan yang haram pun Jelas". Tepuk dada tanya iman





sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, January 13, 2010

Penang Oh Penang

Saliran tersumbat jejas imej Georgetown (Berita Harian 13/1/2010 )

Pengusaha restoran, bengkel salur buangan ke longkang punca pencemaran bau

GEORGETOWN: Masalah bau busuk di tengah bandar yang berpunca daripada perbuatan tidak bertanggungjawab pengusaha restoran dan bengkel menyalurkan buangan ke longkang sehingga tersumbat, bukan cerita baru. Bagaimanapun, masalah itu belum menampakkan penyelesaian walaupun pelbagai teguran dan usaha dilakukan pihak berkuasa khususnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Apapun, masalah itu menjejaskan imej bandar ini yang kini berstatus Tapak Warisan Dunia dan bakal bergelar bandar raya. Kata-kata seorang pelancong asing mengenai masalah itu mungkin boleh dijadikan renungan oleh MPPP dan penduduk bandar ini. "Saya terpaksa menutup hidung setiap kali melalui kawasan Georgetown (bandar) sejak setahun lalu," kata seorang pelancong Australia, Brian Coomper, 62, ketika ditemui di Lebuh Melayu di sini.
Beliau mengakui Pulau Pinang adalah negeri yang indah untuk dilawati tetapi bau longkang yang meloyakan itu memberi imej buruk, sekali gus mengurangkan bilangan pelancong yang gemar berjalan kaki di sekitar bandar. Katanya, pihak berkuasa patut mengambil tindakan segera mengatasi masalah longkang tersumbat kerana ia bukan saja memberi kesan kepada rakyat tempatan tetapi juga kepada pelancong asing yang membanjiri negeri ini. "Pada musim hujan beberapa bulan lalu, ketika berjalan bersama isteri di bandar ini, saya tidak menyedari longkang besar yang tidak mempunyai penutup dan terjatuh ke dalamnya.
"Air longkang berada pada paras leher ketika itu dan apabila keluar, badan saya dipenuhi sampah yang busuk dan kejadian ini adalah pengalaman paling buruk bagi saya ketika berada di sini," katanya.

Nota : Itu lah Pulau Mutiara , yang selalu terkenal dengan Pesta Pulau Pinang dan Boria, Pekerja MPPP dok main boria kut … pasai tu la jadi macam tu.. pi mai – pimai dok tang tu…macam tahun 80an jugak la.

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, January 11, 2010

Pelabur Terpedaya Syarikat Cacing

Salam sejahtera.

Apa dah jadi ni ... melabur dekat RM 100,000 baru dapat pulangan RM 20,000 akhirnya pelabur menyedari tertipu... tak tahulah apa masalahnya.

Mas Aji ingat kita jangan percaya skim skim macam ini di masa hadapan, sebab mas aji sebelum ini pernah tertipu dengan janji manis pelabur ( bukan pelaburan cacing ), akhirnya... habok pun tak ada. Kalau beli emas pada harga RM 90 pe gram sekarang ini banyak dapat untung. Zakat pun boleh bayar beb.


Rujukan berita harian Isnin 11 Januari 2010




sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Sunday, January 10, 2010

Ciri Ciri Hizbullah

Hassan Nasrallah ( Pejuang Hizbullah )

Salam Sejahtera, Wahai sahabatku.

Wacana pagi ini kita membicarakan mengenai ciri-ciri Hizbullah yang sering di perkatakan dewasa ini .

Terdapat 6 ciri ciri Hizbullah yang berjaya mengekang keangkohan Israel.

1. Jangan berpaling tadah pada agama

2. Membalas kasih serta mengingati Allah senantiasa

3. Senantiasa merendah diri di antara satu sama lain

4. Berjihad pada jalan Allah

5. Berjuang atas nama Islam

6. Tidak takut dengan ancaman.

Syukur Alhamdulillah kerana kita masih ada pejuang pejuang Islam yang berani melawan tentera kufar walaupun serba kekurangan. Takbir. Takbir.Takbir




sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, January 8, 2010

Kehebatan Ikan Layaran



Ikan layaran (Istiophorus platypterus), yang menghuni perairan negara khususnya Laut China Selatan, dengan sekitar perairan Rompin dikatakan kawasan habitat utama spesies itu di rantau ini. Di luar perairan negara, layaran banyak terdapat di Indo Pasifik dan sebahagian lautan tropika.Selain layaran, mersuji dan marlin adalah antara spesies ikan berparuh (billfish), iaitu kategori ikan yang dianggap kuat dalam sukan memancing.

Spesies ikan berparuh ini mempunyai kekuatan luar biasa, termasuk mampu mempamerkan kebolehan menyelam dan bergerak laju, melompat di permukaan air serta berdiri dan meluncur secara tiba-tiba. Golongan pemancing menyifatkan layaran sebagai spesies ‘game fish’ yang ganas, mencabar, kuat bertarung serta diletakkan dalam kumpulan pelagik. Fizikal layaran yang berbentuk panjang dengan satu paruh runcing dan tajam di bahagian depan. Struktur isinya berdaging mampat dan pejal atau kenyal. Isinya tidak mempunyai nilai pasaran yang tinggi tetapi ikan ini terkenal kerana tentangan hebat yang diberikan ketika memakan umpan pada joran. Masa untuk menaikan ikan layaran ini adalah dari 30 minit hingga 1jam 30 minit.

Sebaris sirip lebar yang di bahagian atas badannya seperti kain layar yang memungkinkan ikan ini dipanggil layaran. Ia mempunyai insang dan rahang di bahagian bawah yang pendek berbanding rahang di atas yang dijadikan senjata apabila menghadapi lawan. Layaran memiliki mata pada kedua-dua belah bahagian kepalanya. Memiliki sepasang sirip dorsal dengan sirip pertamanya tinggi dan lebar berbentuk seperti layar. Sirip keduanya agak kecil dan pendek pada bahagian ekor. Pemancing berpengalaman dapat mengesan pertukaran warna ikan layaran sebaik didaratkan. Perubahan ini mungkin berpunca daripada cahaya matahari yang menyinarinya sebaik dinaikkan dari laut. Warna layaran biru gelap bercampur keputih-putihan.

Layaran mudah tergoda dengan sumber makanan seperti anak tuna, krustasia, cephalopods dan ikan terbang yang boleh didapati dengan banyak hampir di semua perairan.
Malah kumpulan bilis, selar, kembung, lolong, selar kuning, kerisi, tamban dan selar kunyit yang dijadikan umpan oleh pemancing. Layaran memburu mangsanya dengan bantuan pedang tajam di bahagian hadapan kepalanya. Kehebatan layaran menarik peminatnya yang tersendiri, dengan mengawetkan ia sebagai bahan seni yang sangat menarik. Dipamerkan di dinding atau pepenjuru rumah.

Subhanallah itulah ikan layaran...

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, January 7, 2010

Sehari Membelah Badai Di Lautan Luas

Perjalanan Pergi Ke Lokasi

Mas Aji



Perjalanan Pulang. Abang Kita letih Nampak

Pak Ya tekong sedang, makan nasi kari Ikan Berangan


Perjalanan Pergi


Ikan Tenggiri dan Ikan Lain 2 tong

Lokasi memancing

Sedang Mencari umpan anak ikan
Salam, sejahtera semoga Allah memberi magfirah dan rahmatNya kepada kita semua.

Semalam. Mas Aji bersama rakan-rakan turun kelaut membelah badai untuk mencari Ikan segar dari lautan luas milik Allah. Bermula jam 5.30 dari Kuala Sungai Udang , Yan , Kedah Mas Aji dan rakan rakan mula menaiki bot meredah lautan luas yang terbentang.

Perjalanan selama sejam kami tiba di lokasi pertama untuk mencari umpan hidup yang digemari oleh ikan tenggiri. Pada pagi ini umpan ikan temenung borek berkurangan sekadar 10 ekor sahaja beserta ikan selar kuning lima ekor.
Setelah 30 minit dari tuas darat, barulah kami tiba pula di destinasi pancingan. Semasa menunggu sentapan ikan tenggiri kami melayan ikan Cencaru, ikan Berangan dan ikan Talang, dalam masa sejam barulah rentapan pertama tengiri disentap, kemudian barulah diselangseli ikan lain. Pada tengah hari kami disajikan oleh tekong nasi berlauk kari ikan berangan.. sedap beb....marvelous...

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, January 5, 2010

Hargailah Khazanah Alam Semulajadi



Salam sejahtera. Semoga beroleh kesejahteraan pada hari ini hendaknya.

Khazanah alam, adalah milik Allah yang menciptaNya semenjak dari dulu lagi. Khazanah alam yang dimaksudkan ialah hutan rimba, bukit bukau, dan sungai sungai yang mengalir dimuka bumi ini.

Sebaik tiba dalam hutan atau pinggir bukit kita akan disapa oleh bunyi-bunyian penghuni hutan terutamanya burung-burung yang berkicauan dan unggas unggas yang terdapat dalam hutan. Bukit bukau dan hutan hujan adalah pasak bumi, sekiranya diceroboh dengan sewenang-wenangnya maka akan bergoncanglah lah bumi ini , seperti yang kita lihat bangunan runtuh, rumah ditelan bumi, tanah runtuh dan sebagainya.

Kalau dipersisiran pantai dulu kita lihat banyak paya bakau tumbuh meliar dikawasan tersebut, hutan paya bakau tumbuh menghijau di persisiran pantai kawasan paya merupakan tempat habitat pertumbuhan ternakan ikan dan anak-anak udang. Disamping itu juga hutan paya bakau dapat menahan daripada hakisan pukulan ombak. Sebagai mana yang kita ketahui pukulan ombak tsunami pada tahun 2004 tidak dapat melepasi hutan bakau. Maka dengan itu pihak kerajaan telah mengesyorkan penanaman anak bakau secara besar-besaran bagi menjamin pantai kita terjamin. Mahukah kita lihat pantai kita kotor atau bukit kita gondol.. sila jaga khazanah alam yang diamanahkan kepada kita.



sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, January 4, 2010

Selangkah Ke Alam Persekolahan



Salam sejahtera hendaknya.

Pada hari ini dan semalam (kelmarin ) bermulalah alam persekolahan bagi anak-anak kita pada tahun 2010. Bermacam-macam ragam dapat dilihat kanak-kanak yang mulai masuk ke alam persekolahan. Ada yang ceria ada , dan ada yang tak ceria atau istilah utara " manja".
Pengalaman penulis pernah menghantar 5 orang anak ke sekolah, semuanya masalah pada mulanya. Ibunya kena tunggu kat kantin sampai 2 bulan. Kacau-kacau. nasib baiklah Ibunya tak bekerja. Kalau bekerja mungkin lain sikit kut.
Alam persekolah adalah untuk tempat anak-anak menimba Ilmu pengetahuan, bagi melihat setakat mana tahap pencapaian pembelajaran mereka. Ilmu yang ditimba adalah ilmu yang dapat menjaga mereka untuk dunia dan akhirat. Antara kata-kata nasihat Saiidina Ali " Ilmu dapat menjaga dan mengawal kamu ", manakala harta pula " ia menguasai kamu, kalau kamu lalai ".

Di Negara Kita terdapat dua jenis aliran pengajian. Yang pertama Sekolah aliran Kebangsaan dan satu lagi Sekolah Aliran Agama. Kalau sekolah aliran agama , semua pembelajaran khas dalam bidang agama Islam dan bidang akademik. Manakala Sekolah Kebangsaan tertumpu kepada bidang akademik, sekiranya ibu bapa mahukan pelajaran tambahan dalam bidang agama maka , sebelah petang dihantar pula ke kelas Fardu Ain atau " KAFA" ok latu, jangan tak hantar langsung..

Akhir kata penulis tak mahu ulas panjang terpulang kepada hak masing -masing tepuk dada tanya Iman...pilih yang terbaik untuk anak-anak kita... wassalam.


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung