Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, May 31, 2010

Demi Sesuap Nasi ,Untuk Mencari Rezeki Yang Halal




Hayunan langkah kaki yang tak terhenti
oleh peluh yang mengucur membasahi pipimu
kau sedia menanggug serta memukul pepohon padi di tanganmu
panas terik tak kau hiraukan, peluh membasahi badanmu

kau tetap berjalan menyusuri tiang tiang , alang kayu dan besi
demi sesuap nasi untuk anak dan keluargamu
tapi itu halal kau dapati tidak seperti mereka yang duduk di kursi empuk
kau lebih mulia daripada pengkurapsi

kau lebih berjasa dari pada manusia yang bergelumbang dengan noda
jerih payahmu begitu berarti dan itu hak mu yang kau dapati
bukan hak orang lain yang kau nikmati...
kau tidak berfoya-foya diatas penderitaan golongan marhain

kau murni mencari dengan tangan mu sendiri
kau membanting tulang dengan menebar jala demi seekor belanak
yang kau punguti untuk kau jadikan lauk...
demi sesuap nasi dan kelansungan hidup keluargamu...

Nukilan Abu Luqman 30/Mei/2010

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Sunday, May 30, 2010

Usaha Selamatkan Kuala Gula

SUKARELAWAN dan kakitangan GEC menanam anak pokok bakau di hutan paya Kuala Gula, semalam.
GEC anjur penanaman pokok bakau pulihara kawasan hutan paya TAIPING: Pembalakan tanpa kawalan di Kuala Gula, dekat sini sejak lebih 50 tahun lalu menjejaskan sebahagian besar ekosistem kawasan itu merangkumi habitat sungai, kuala sungai, pulau bakau dan pesisir pantai selain mengurangkan sumber ikan yang menjadi punca pendapatan penduduk setempat.

Menyedari isu itu yang turut mendedahkan penduduk kepada ancaman ombak besar dan pasang surut air, sebuah badan bukan kerajaan, Global Environment Centre (GEC) menjalankan pelbagai usaha termasuk mengadakan program tanaman semula pokok bakau di kawasan berkenaan.
GEC turut menubuhkan Sahabat Hutan Bakau untuk membantu menyelamatkan ekosistem sekitar Kuala Gula termasuk memastikan kesinambungan pendapatan penduduk yang kebanyakannya bergantung kepada sumber perikanan di kawasan berkenaan. Koordinator Program Komunikasi Korporat GEC, Niki Kamal, berkata masalah pembalakan tanpa kawalan, pembuangan sampah dan kurang kesedaran di kalangan orang awam mengenai pemuliharaan hutan paya bakau menjejaskan kualiti ekosistem di Kuala Gula. “GEC dengan kerjasama Iris Corporation Berhad mengambil pelbagai inisiatif memulihara kawasan ini termasuk penyertaan masyarakat setempat bagi program pemuliharaan,” katanya ketika ditemui pada Hari Terapi Bakau II Iris-Ekspedisi Menyelamatkan Dunia di Kuala Gula, kelmarin. Program dua hari itu membabitkan kira-kira 100 ahli Sahabat Hutan Bakau yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk setempat, sukarelawan serta kakitangan GEC yang menanam 1,000 anak bakau jenis kurap (Rhizophora mucronata) dan bakau minyak (Rhizophora apiculata). Program sejak 2006 itu inisiatif Penasihat dan Ahli Lembaga Pengarah GEC, Tan Sri Razali Ismail bagi memulihara, mengurus dan menjaga kawasan hutan paya bakau di negara ini. Niki berkata, setiap ahli Sahabat Hutan Bakau akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti termasuk pengumpulan anak benih, menyediakan tapak semaian, melakukan tanaman semula pokok bakau, rondaan dan pemantauan di kawasan penanaman bakau. “Mereka juga diberi latihan dan kursus bagi memulihara dan menjaga tumbuhan itu termasuk ekosistem dan kemudian menyebarkannya kepada orang lain. GEC turut menggunakan tenaga pakar dari Indonesia untuk berkongsi maklumat mengenai pemuliharaan hutan paya bakau,” katanya. Abu Luqman.menanam paya bakau adalah salah satu cara untuk mengelak dari berlaku hakisan dan mengekalkan pergerakan habitat ternakan laut.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Saturday, May 29, 2010

Pulau Pinang haramkan judi bolasepak

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.
Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.

Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.

“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga. “Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya. Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.
Abu Luqman, Tidak ada faedahnya kalau kerajaan mahukan judi bolasepak sebagai sumber pendapatan, malah haram pula.. Yang Baik kepada umat Islam Kita Sokong ye.anda bagaimana pula
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, May 28, 2010

Ekspedisi Saintifik Marin Singkap Perubahan Positif Taman Pulau Sipadan

Pulau Sipadan memiliki khazanah alam yang berharga dan menjadi antara lima lokasi selam scuba di dunia dan usaha memulihara pulau itu diperkukuhkan dengan pewartaan pulau itu sebagai sebuah taman di bawah Taman-Taman Sabah pada tahun lepas. - Foto BERNAMA

SEMPORNA: Ekspedisi Saintifik Marin Taman Pulau Sipadan 2010 berjaya menyingkap perubahan positif persekitaran pulau berkenaan untuk kekal sebagai lokasi selam scuba terbaik di dunia.

Fokus utama ekspedisi, yang bermula dari 26 hingga 30 April lepas, adalah bagi melihat perubahan keadaan persekitaran pulau berkenaan berikutan langkah kerajaan Malaysia tidak membenarkan pusat peranginan beroperasi di situ dan menghadkan hanya 120 pelancong berkunjung dalam sehari sejak lima tahun lepas.

Ekspedisi itu juga susulan pewartaan Pulau Sipadan sebagai taman di bawah Taman-Taman Sabah (TTS) pada Oktober 2009 di bawah Enakmen Taman-Taman 1994.

Ekspedisi anjuran Taman-Taman Sabah (TTS) itu menghimpunkan 49 peserta dari pelbagai bidang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu, Jabatan Perikanan, Jabatan Mineral dan Galian, Tabung Alam Dunia (WWF) dan TTS sendiri.

Pulau Sipadan terletak di Laut Sulawesi di luar Pentas Sunda yang menjadikannya pulau lautan yang tunggal di negara ini dan terhasil akibatpembentukan gunung berapi yang memuncak secara menegak dari dasar lautan pada kedalaman melebihi 500 meter.

Keluasan Pulau Sipadan ialah 16.4 hektar dan daratan terumbu karang seluas 208 hektar iaitu 1.4 kilometer panjang dan 1 kilometer lebar.

TEMUI IMPAK POSITIF

Pengerusi Pelaksana Ekspedisi, Nasrulhakim Maidin dari TTS berkata hasil ekspedisi itu berjaya menemui kesan positif terutama spesies flora dan fauna marin seperti penyu, ikan, batu karang dan rumpai laut.

Kesan positif juga dikesan membabitkan kualiti air tawar dari lohong bawah tanah dan air laut di sekitar perairan pulau itu.

KETAM KELAPA... Seorang anggota penyelidik memasukkan ketam kelapa sejenis spesis unik di Taman Pulau Sipadan.

"Langkah kerajaan mengeluarkan pusat peranginan dari Pulau Sipadan dan menghadkan jumlah pelancong adalah keputusan yang baik dalam memulihara pulau ini untuk jangka masa yang panjang," katanya.

"Hidupan marin dan darat serta persekitaran taman Pulau Sipadan kini dalam keadaan baik dan bayangkan jika keputusan itu tidak dibuat, sudah tentu pulau ini akan mengalami kesan yang teruk," katanya.

Sepanjang lima hari ekspedisi, penyelidik bekerjasama menjalankan penyelidikan mengikut kepakaran masing-masing dari peringkat spesies haiwan dan persekitaran di darat hinggalah spesies marin di laut.

Penyelidikan di darat pulau membabitkan kualiti air, pesisiran pantai, geologi dan hakisan pantai, kepelbagaian spesies haiwan vertebrata daninvertebrata daratan dan inventori flora.

Manakala penyelidikan di kawasan perairan membabitkan kajian penyu, ikan, batu karang, rumpai laut, alga dan spesies macroinvertebrata.bu Luqman setakat ini belum sampai la lagi ke Sipadan Munggin belu ada rezeki untuk melihat pulau yang cantik sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Hendak buang sial dapat padah

KUALA LUMPUR - Sekumpulan tiga wanita bergelar 'Geng Bomoh China' kembali mengganas dengan mangsa terbarunya melibatkan seorang suri rumah apabila kerugian RM72,700 selepas diperdaya suspek di Petaling Jaya baru-baru ini.

Kejadian pukul 8 pagi, 21 Mei lalu itu berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Madam Goh, 50, didatangi suspek semasa dia hendak mengeluarkan wang di sebuah bank di situ.

Katanya, salah seorang suspek kemudian mengatakan bahawa keluarganya akan ditimpa malapetaka dan perlu mengadakan sembahyang untuk membuang sial.

Mangsa kemudian dikehendaki menyerahkan barangan kemas atau wang kepada suspek untuk tujuan itu.

"Saya kemudian menjadi cemas dan terus pulang ke rumah di Petaling Jaya untuk mengambil wang RM2,700 dan barang kemas bernilai RM70,000.

"Tanpa berfikir panjang, saya kemudian telah menyerahkan wang dan barang kemas itu kepadanya yang menanti di bank tersebut dan dia berjanji akan membuat upacara sembahyang," katanya ketika ditemui di Wisma MCA di Jalan Ampang di sini semalam.

Tambahnya, selepas pulang, dia telah menceritakan kepada suami dan anaknya mengenai kejadian tersebut dan baru tersedar yang dia telah ditipu. Kosmo

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, May 27, 2010

Cahaya Ganjil Di Barat Kanada

GAMBAR menunjukkan lingkaran cahaya aneh yang dirakamkan sebuah kamera milik Steven Murray.

VANCOUVER - Cahaya aneh dilaporkan muncul di barat Kanada menyebabkan beberapa pakar menyatakan ia adalah penemuan objek terbang yang tidak dikenali (UFO), lapor sebuah akhbar.

Cahaya berbentuk bebola itu turut membentuk lingkaran sebelum bersinar dengan terang dan hilang secara tiba-tiba.

Fenomena tersebut yang dirakamkan baru-baru ini oleh seorang lelaki, Steven Murray telah disiarkan oleh sebuah akhbar pada Isnin lepas manakala klip videonya boleh ditonton di laman perkongsian video, YouTube.

"Saya memasang empat kamera untuk merakamkan imej tahi bintang. Kamera nombor tiga yang merakamkan fenomena ini," kata Murray.

"Saya melihatnya dari pejabat saya semasa sedang bekerja. Objek itu berada di skrin monitor. Apabila saya bergegas keluar, objek tersebut sudah hilang tetapi sejurus kemudian saya mendengar bunyi dentuman yang amat kuat," tambahnya.

Lingkaran cahaya itu menyerupai lingkaran cahaya di langit Norway pada 9 Disember tahun lalu yang pada awalnya disangka sebagai UFO tetapi ia kemudian dianggap berpunca daripada satu ujian peluru berpandu Rusia yang menemui kegagalan.

Ramai pembaca bagaimanapun, sangsi dengan peristiwa ganjil itu dan tidak kurang yang menyatakan ia adalah palsu dan dibuat dengan menggunakan teknik pengimejan penjanaan komputer. - Agensi.. Abu Luqman..Allah hu Akhbar...ini semua adalah kekuasaan Allah.Walauapapun alasan yang diberikan.


sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, May 26, 2010

Anugerah dan Ciptaan Ilahi


Abu Luqman, salam buat semua .hari ini ana memaparkan kejadian alam ciptaan ilahi untuk tatapan kita semua..bak kata pepatah tiada gambar seindah lukisan, tiada kata secantik bahasa. Kejadian dan ciptaan ilahi ini sebagai tanda kekuasaan Allah sebagai penciptanya. Apa kah kamu tidak memikirkannya...

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, May 25, 2010

Tag Lagi..Terima Kasih



Tahniah kepada blogger yang bertuah..50, 88, 100..nombor 88 ni paling best..hehe (^_^)
Abu Luqman--> 50..Terima Kasih kepada tuan Blogger Penulisanseni..

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wow...Tangkap ikan air tawar 88.90kg

JOE BALL (tengah) memegang sejenis ikan air tawar selepas dia berjaya menangkapnya di sebatang sungai di Thailand baru-baru ini.

BANGKOK - Seorang rakyat Britain, Joe Ball berumur 21 tahun berjaya menangkap seekor ikan air tawar seberat 88.90 kilogram (kg) dengan jorannya di sebuah lokasi di Thailand, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemuda itu yang berasal dari Mitcham, Surrey menangkap ikan tersebut semasa dia bercuti di negara berkenaan, baru-baru ini.

Namun, dia kemudian melepaskan kembali ikan itu ke sebatang sungai. - Agensi

Abu Luqman, ikan ini kalau di Malaysia dipanggil ikan patin dalam kumpulan ikan yang tidak mempunyai sisik. saya belum pernah lagi mendaratkan ikan sebesar nie,, besar pun sekadar 25 kg , itupun dengan kawan. Thailand memang mempunyai spesis ikan air tawar yang besar besar. Terdapat spesis ikan pari air tawar seberat 100 kilogram di sungai Mekong dan sungai Menam Chaow Prarya.. sumber VCD ikan ..majalah sirip

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, May 24, 2010

Kambing Gurun Yang Selesa Hidup Di atas Gunung


Salam ziarah buat semua rakan blogger, hari ini Abu Luqman memaparkan kehidupan Si kambing Gurun.. gambar Kambing Gurun ini di ambil 13,000 kaki dari paras laut. Kawanan kambing gurun ini telah di jumpai di Amerika Utara. Antara sifat yang ada pada kambing ialah :

1. Memiliki Sifat Ego..sesiapa yang ego, bermakna dia ada sifat kambing la. hehehe
2. Tak pernah mandi..cuba lalu kat tepi kambing.
3. Suka berlawan antara satu sama lain.
4. Suka makan hak orang lain..kita tanam pakok bunga dia makan..kalau lalang tak mau dia.
5. Susunya boleh dibuat ubat ubatan.
6. Dagingnya sedap tetapi panas..kalau makan kambing bakar..boleh buka baju ,,berpeluh..
7. Kalau orang ada darah tinggi tak boleh makan ye.....cepat jalan da..

Dulu masa hiking kat gunung jerai pernah jumpa kambing gurun nie,,sekarang lama tak pi..kena pi balik la...sebab la nie gunung jerai ada tanaman pokok strawberry...cuti nie nak cuba pi la.. itulah anugerah Allah kepada makhluk atas muka bumi ini..Syukran

Sunday, May 23, 2010

SubhanAllah ada Buaya Putih Ke Dalam Dunia Nie


Abu luqman,, Subhanallah , itulah sahaja yang dapat di ungkapkan dengan kata kata, selalunya kita lihat dalam cerita cerita metos kanak kanak, tapi hari ini terbukti buaya putih ini wujud diatas muka bumi ini , di atas keizinan Allah , dengan ini, akan a bertambah lah ketaqawaan kepadanya.. Allah hu Akhbar..

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Saturday, May 22, 2010

Ku Berserah Kepada Mu Ya Allah

"
Salam Buat semua," Aku dilahirkan begini, bukan ku pinta darimu ya Allah. Bagaimana perasaan belas ehsanya kita melihat kanak kanak ini, perasaan beliau lebih lagi . Kanak kanak ini dilahirkan berkaki empat. Kita yang dilahirkan cukup sifat harus bersyukur dengan anugerah yang telah diberikan kepada kita. semoga kita berdoa semoga ada orang yang ingin membantu kanak kanak ini. Kanak kank ini dari India.. sepetang di Sungai Petani dan posting juga dari sungai Petani...

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, May 21, 2010

Anak Siapa la Yang Duduk Di Tengah jalan

Bayi duduk di tengah jalan berseorangan


MIKE HUBBARD mendekati bayi itu.


SAN ANTONIO, Amerika Syarikat (AS) - Satu rakaman kamera video yang disiarkan kelmarin menunjukkan seorang bayi perempuan yang memakai lampin duduk berseorangan di tengah sebatang jalan raya di sini pada tengah malam, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang lelaki yang sedang memandu sebuah bas di jalan itu, Mike Hubbard pada mulanya menyangka bayi tersebut merupakan seekor anjing.

Namun, dia bertindak menghentikan basnya dengan tiba-tiba selepas mendapati bayangan seperti haiwan itu sebenarnya seorang bayi yang memakai lampin.

"Saya tidak dapat mengenal pasti apakah sebenarnya yang terdapat di atas jalan itu. Ia seperti seekor anjing dan bergerak di sekitarnya. Saya mula memperlahankan bas dan kemudiannya saya mengetahui bahawa terdapat seorang bayi di tengah jalan," katanya kepada stesen televisyen WOAI-TV.

Menurutnya, dia kemudian turun dari bas dan mendapati bayi itu mungkin berumur lapan bulan dan matanya besar kerana memerhati bas di hadapannya.

Namun, tiba-tiba, bapanya muncul dan terus melarikan anaknya manakala pemandu berkenaan membuat laporan kepada sebuah agensi perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.

Kejadian itu dirakamkan pada Mei tahun lalu oleh kamera video yang terdapat di papan pemuka bas tersebut tetapi hanya didedahkan kelmarin dalam kes untuk mendapatkan hak penjagaan anak itu antara bapa dan ibu bayi berkenaan.

Menurut ibu bayi itu, Catherine Gonzalez, 25, semasa kejadian, dia dan suaminya mendengar bunyi hon dan bas membrek dengan tiba-tiba di luar rumah.

Catherine berkata, dia tidak mengetahui bagaimana anaknya itu boleh keluar dari rumah. - Agensi

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, May 20, 2010

Ha Tu Dia Pasai Tu La Depa dapat Best Student


Abu Luqman, Salam buat semua, gambar di atas adalah gambar hiasan semata mata dan tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang dah mati ..itu lah kehidupan di alam pendidikan...kalau dah segan beljar janganlah macam tu..tak berkat namanya. Apa pun biarlah dengan usaha kita sendiri, Kata pepatah " Di mana ada kemahuan di situ ada jalan ". Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya " Bahasa arabnya " Manjadda wajada "...bukan macam macam ada.. Abu Luqman masa ambil Exam dulu takut dengan benda macam nie..sebab pengawas dah warning..nak buang dari U..sbb tu pulun la sampai pagi berjege biji mata baca buku... Alhamdulillah berkat doa.. Berjaya juga akhirnya..

Terima Kasih Dari Blogger Sahabat

Terima kasih dari Shannice yang sudi beri hadiah


Hadiah yang cantik dari sahabat blogger Colourful Life..terima kasih ye.....

Salam Buat Semua

Terima kasih dari yang sudi bagi Award nie...terutama dari Colourful Life.. dan shannice..semoga persahabatan dialam Blogger kita berkekalan.

Buat masa ini tak offer lagi kat orang lain..nanti bulan depan ...kita tunggu siapa yang kena......mantap beb..

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, May 19, 2010

Apa Bezanya Air Galian Dengan Air Suling

Apakah perbezaan air mineral, air minuman, osmosis berbalik (RO) dan air suling?

"Pertama, selain air mineral ia diperoleh dari sumber bukan bawah tanah bahkan ia berkemungkinan besar air paip atau sekadar air dirawat. "Selain itu, air mineral secara semula jadinya mempunyai kandungan mineral pepejal yang sangat tinggi merangkumi vitamin, silikon, kalsium, potasium dan sodium yang kesemuanya sangat seimbang.

"Air minuman, RO atau air suling tidak mempunyai langsung unsur-unsur sedemikian dan mungkin ia hanya sekadar mampu menghilang dahaga," kata Mee Yoong.Dalam pada itu katanya, air mineral juga sebenarnya mampu bertahan bertahun-tahun berbanding air minuman, melebihi jangka hayat dua tahun yang dipamerkan pada setiap botol.

"Air mineral mampu bertahan dalam tempoh yang lama jika penutupnya tidak dibuka dan tidak terdedah kepada cahaya matahari. Jangka hayat yang tertera hanyalah formaliti seperti yang ditetapkan oleh pihak berwajib," Semua pengilang yang mempunyai lesen membotolkan air mineral tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985,

"Semua pemilik lesen mesti membotolkan produk masing-masing punca (air) selain wajib mengemukakan keputusan analisis air dari makmal yang diluluskan kepada kementerian terlibat.

"Ia termasuklah analisis mikrobiologi setiap tiga bulan, analisis kimia setiap enam bulan dan analisis radioaktif yang dilakukan setahun sekali," katanya.Selain itu, syarat-syarat berkenaan turut mewajibkan pengilang air mineral menggunakan penutup botol berwarna kecuali putih.

Tambah Mee Yoong, tidak timbul isu gimik pemasaran dan sebagainya kerana setiap pemegang lesen sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan.Malah label jenama air mineral yang hendak dipasarkan perlu dihantar kepada pihak terbabit untuk kelulusan.Beliau bagaimanapun turut mengakui harga air mineral yang sedikit tinggi berbanding air minuman mahupun RO menyebabkan ramai memilih bukan air mineral.

."Manfaat dan kebaikan yang terkandung dalam setiap botol air mineral merupakan jawapan kepada perbezaan harga ini," katanya. Secara umum, pengilang tidak menetapkan harga dan ia ditentukan oleh peruncit. Jika dilihat di pasaran ketika ini, harga air mineral hakikatnya tidak terlalu jauh beza dengan air minuman.Sumber KOSMO

Abu Luqman , itulah yang dapat membezakan antara air mineral dan air ro. Air mineral memanglah mahal sedikit jika dibandingkan dengan air RO. Tapi perlu diingat kalau tak silap saya, pernah pihak berkuasa menyerbu pejabat yang memproses air RO dari air paip sahaja..dan dijual dengan harga yang sama dengan air RO. Apa pun pembekal janji kira untung sahaja , kalau pengguna sakit belakang kira. Abu luqman dulu minum air paip dan mandi air telaga sahaja di kampung..orang kampung dulu makan , minum air mata air dari telaga lebih baik dan ada barakahnya. Kalau tinggal kat tepi gunung ka bukit ke..memang best dapat air dari mata air bukit..fresh ..Bersyukur kepadaNya yang telah menganugerah kepada kita air yang banyak

Tuesday, May 18, 2010

Perlukah Kita Bersifat Ego !!!!

Sifat Ego lahir secara semulajadi kepada manusia.. memang betul setiap orang mempunyai ego masing-masing, cuma tahapnya saja berbeza.Tahap keegoan ini terbentuk hasil dari latar belakang keluarga dan masyarakat sekeliling. Keegoaan itu lebih terserlah apabila seseorang itu datang dari keluarga yang kaya , bangsawan mahu pun teknokrat dan Koporat.
Setiap manusia ada egonya yg tersendiri yg telah di nobatkan sejak awal kejadian lagi.
Tetapi keegoan seseorang berbeza2 bergantung kepada:
1. asuhan/didikan keluarga/Agama.
2. Pergaulan/masyarakat
3. kekayaan/kemiskinan
4. Berpangkat/biasa.
5. Orang kenamaan/biasa
Seseorang yang hidupnya senantiasa keseorangan misalnya anak tunggal, mempunyai tahap keegoan yang tinggi. Begitu juga mereka yang tidak bercampur gaul dalam masyarakat. Orang-orang begini menjadi lebih 'self-centered' tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Jadi, dalam perkahwinan juga orang sebegini cuba untuk mendominasikan pasangannya, tidak kira dia lelaki atau perempuan.Anak sulung (lebih-lebih lagi jika pompuan)juga mempunyai tahap keegoan yang tinggi dan selalu menganggap diri mereka berada di atas daripada yang lain. Pemimpin banyak yang lahir dari jenis orang sebegini. Mereka selalu mempunyai pendirian "I'm right, you are wrong" (contohnya Bos Bos Kite).
Dalam perkahwinan, sekiranya anak sulung (pompuan) berkahwin dengan anak bongsu (lelaki) contohnya, maka kemungkinan berlaku 'Queen Control' adalah tinggi...jangan marah yer.Orang yang tidak bercampur gaul dengan masyarakat juga biasanya suka mengontrol yang lain kerana mereka ini tidak tahu bagaimana hendak meletakkan diri mereka. Dan dalam perkahwinan mereka ini biasanya gagal memahami perasaan pasangannya.
Memang tidak dinafikan setiap orang ada sifat egonye. tapi bila berhadapan dengan orang yang jenis ego yang tinggi , keadaan selalu menjadi tegang sebab atas sifat keegoan dia tu. Kalau setiap masa mana pun kena ikut cakap dia parah lah kita. Selalunya sikap orang ego ini apa bila dia kalah atau tak ada modal untuk hujah mulalah naik angin, tangan dan kaki. Selalunya orang lelaki lah yang mempermainkan orang perempuan..buktinya kita lihat di dada akhbar, senantiasa memaparkan kisah keegoan seorang lelaki …dia akan menyatakan dialah yang terbaik..orang lain tidak.. Abu Luqman pernah berhadapan dengan perempuan yang ego…syukur …akhirnya dia tewas dan mengalah..tak buat apa pun..cakap mau baik be’’

Bagi mengatasi masalah ego ini, Abu Luqman berpendapat tanamkan perkara2 berikut dalam diri kita:
1. Banyak2 bersabar
2. Fahami diri kita sendiri dan diri orang lain bahawa setiap org tidak suka kepada seseorang yg ego. Oleh itu jgnlah kita ego.
3. Berfikirlah dulu sebelum kita melemparkan kata2.
4. Keegoan itu adalah jln permulaan Syaitan utk bertindak, kerana syaitan amat sukakannya.Jadi kalau kita tak mahu jadi mcamnya cubalah sedaya upaya mengelakkan ego.
5. Islam juga tidak suka kpd ego, jadi kalau kita mahu jadi islam yg sebenar, cuba elahkan dari bersifat ego.
6. Banyak berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, May 17, 2010

Apa Yang Dimaksudkan Cemburu Buta ?

Perasaan cemburu sering dikatakan dengan imej kasih sayang. Bagaimanapun perasaan cemburu yang gagal diurus boleh mendatangkan masalah besar dalam satu satu perhubungan. Cemburu juga dikaitan kan dengan perasaan irihati terhadap pasangan masing masing.

Misalnya di Melaka baru baru baru ini seorang jururawat . Hashimah Nong, cedera parah apabila kemaluannya dirodok oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera berusia 40 an. Menurut isterinya , suaminya mendengar bisikan suara jin yang memberitahu kononnya dia telah berzina dengan orang lain. Kisah Hashimah merupakan satu contoh jenayah cemburu dinegara ini.

Punca cemburu selalu dikaitkan dengan pasangan masing masing . Selalunya di antara suami isteri dan pasangan kekasih. Kes kes cemburu selalunya dikaitkan dengan orang ketiga. Perasaan cemburu mencapai tahap kebimbangan apabila pasangan lelaki panas baran ( hot Temper ), mula mula dengan perang mulut, apabila tidak mahu mengalah mulalah mangsa cemburu dicederakan. Apabila perasaan cemburu mencapai satu tahap yang sukar dikawal maka terjadi lah perkara perkara yang tidak diingini seperti mana yang terpapar dalam akhbar, mangsa cemburu dirodok dengan pisau dengan mendapat kecederaan parah atau pun maut.

Menurut pakar Psikiatri , Pusat Perubatan HUKM, Prof .Madya Dr. Marhani Midin, individu yang tidak bijak mengawal perasaan cemburu akan menerima tekanan perasaan. “ Apa yang penting adalah mengamalkan gaya hidup sihat boleh mengelak tekanan perasaan yang keterlaluan, tidak kira sama ada marah, cemburu atau sayang. Cemburu yang membabi buta boleh menjadi satu bentuk tekanan perasaan jika tidak boleh dikawal dan mustahil ia mampu membawa kepada masalah yang lebih besar seperti jenayah.

Untuk menyelesaikan masalah cemburu keterlaluan individu perlu memastikan punca yang mencetuskan rasa cemburu yang meluap luap dalm dirinya. Apabila sudah dapat punca , mereka boleh mengatasi tekanan cemburu itu dengan dua kaedah berbeza iaitu memilih untuk menyelesaikan masalah yang menjadi penyebab cemburu atau pun memilih untuk mengawal emosi daripada menjadi cemburu.

Menurut Pandangan Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul, UIAM, pula memberitahu tiada bisikan halus yang boleh mendorong seseorang melakukan perkara luar jangkaan. “ Itu bisikan individu itu sendiri iaitu bisikan syaitan yang bertopengkan manusia. Syaitan tidak mampu mempengaruhi manusia jika individu itu dilandasi dengan keimanan.

Manusia kini macam macam bila sudah melakukan satu perkara yang teruk, mereka memberi alasan mendengar bisikan, pengaruh orang lain, hasutan dan sebagainya sedangkan mereka diberikan akal untuk berfikir dengan waras. Dalam Kes ini hanya Islam sahaja dapat menanganinya. Agama Islam menganjurkan supaya kita selidik dahulu berita berita yang tidak pasti, sebelum mengambil sesuatu tindakan.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Sunday, May 16, 2010

Apa Ke Hal Si Janda Nie, Tak Ada Duit Ke ?

Janda lacur diri kumpul duit untuk bertunang
KUALA LUMPUR: "Saya buat kerja ini (melacur) kerana perlukan duit RM3,000 untuk majlis bertunang. Lepas ini, saya tak akan buat lagi. Masa dah suntuk, saya belum beli apa-apa pun untuk majlis itu."

Inilah pengakuan berani seorang janda muda berusia 25 tahun ketika ditanya alasannya menggadaikan maruah dan harga diri demi mendapatkan wang berkenaan. Ketika ditemui kelmarin, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ma, tanpa segan silu, menggunakan taktik duduk semeja dengan lelaki terutama yang duduk bersendirian dan menawarkan khidmat seks, di sebuah restoran di salah satu pusat tumpuan orang ramai di ibu negara. Janda muda terbabit mengenakan bayaran minimum RM100 bagi setiap perkhidmatan seks, tidak termasuk sewa bilik hotel dengan purata dua hingga lima pelanggan sehari sejak beroperasi April lalu, mendakwa terdesak mendapatkan wang untuk majlis pertunangannya dengan bakal suami kedua yang dijadualkan pada cuti sekolah, bulan depan.

Ma memberi alasan tidak mempunyai kelayakan akademik yang baik, tanpa rasa bersalah, mendakwa sanggup menggadai maruah demi memastikan impian membina rumah tangga dengan lelaki pilihan tercapai.

Wanita mirip pelakon drama popular 90-an dan berlesung pipit itu dikatakan mencari pelanggan di restoran berkenaan ketika waktu puncak terutama waktu makan tengah hari dan dipercayai menjadikan hotel murah di situ sebagai tempat bertemu pelanggan.

“Apa lagi kerja saya boleh buat, ini saja cara mudah mengumpul wang, percayalah, saya amat terdesak,” katanya yang berpakaian sopan dan bergerak sendirian tanpa orang tengah.
Ma juga memberi alasan takut ketika ditanya mengenai keengganannya mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak termasuk Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno untuk mencari jalan penyelesaian.

Pengalaman pahit akibat kehancuran rumah tangga kerana berkahwin di usia 19 tahun mengakibatkan Ma mengalami tekanan dan cukup terdesak mendapatkan wang.

Sementara itu, Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Dr Mariani Mohd Isa, ketika me-ngulas tindakan Ma mengakui terkejut dengan pilihan wanita itu yang disifatkan sebagai jalan pintas mendapatkan wang.

“Dia sepatutnya berusaha mendapatkan wang tetapi bukan dengan cara itu. Kalau tak ada kelayakan akademik, mohon saja kerja sebagai pencuci dengan upah harian, walaupun bayaran rendah tetapi berkat,” katanya.

“Mungkin statusnya sebagai janda membuatkannya berani melacurkan diri kerana jika masih dara, sudah tentu dia bimbang rahsia terbongkar bila berkahwin. Kadang kala kes seperti ini boleh berlaku disebabkan keinginan seks terlalu kuat,” katanya. Katanya, perlu ada kajian kenapa wanita itu memilih jalan kotor untuk membina rumah tangga kerana kebiasaannya orang yang terdesak memberi pelbagai alasan untuk mendapatkan sesuatu. Berita Harian
Abu luqman.Astagfirullah hal Azim..apa ke jaddah punya Janda..tak ingat kat Allah Ka.. Tak kan tak ada duit langsung..Islam tak suruh berbelanja mewah semasa bertunang.. " Sebaik baik umur adalah bersederhana "

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU AKU INGIN UCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA GURU-GURU. JASA MU MENDIDIK ANAK BANGSA AMAT KU SANJUNG TINGGI. PENGORBANAN YANG KAU LAKUKAN DENGAN TULUS IKHLAS AMAT KU HARGAI. KEPADA SEMUA GURU GURU DAN USTAZ KU . KU MOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA DI ZAMAN PERSEKOLAHAN DAN SEMASA BELAJAR DI SEKOLAH & KULIAH , AKU SEBAGAI SEORANG YANG NAKAL , DAN JUGA SELALU SUKA TIDUR DALAM KELAS...MAAFKAN LAH AKU CIKGU/USTAZ. AKU JUGA PERNAH DIROTAN DI SEKOLAH, TERIMA KASIH CIKGU DI ATAS DIDIKAN DAN TUNJUK AJAR KAMU YANG TIDAK BEBELAH BAGI, KINI AKU TELAH BERJAYA DALAM KEHIDUPANKU. SEMOGA HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBERI GANJARAN YANG SEBAIK BAIKNYA KEPADAMU AMIN..


sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Saturday, May 15, 2010

Kehidupan Dalam Hutan




Abu Luqman..salam buat buat..gambar ini diambil dari Negara Thailand.. rumah yang diperbuat dari buluh dan di tuputi dengan kanvas.. itu lah kelebihan pemikiran manusia yang begitu berinovatif dalam mencipta sesuatu perkara.. Subhanallah

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
KERETA Ferrari yang dibeli oleh Chris Evans.

LONDON - DJ stesen Radio 2 Britain, Chris Evans membeli sebuah kereta Ferrari 250 GT paling mahal di Britain yang berharga £12 juta (RM55.93 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Evans membeli kereta vintaj paling mahal di Britain itu sehari selepas dia berjaya menarik purata bilangan pendengar seramai 9.5 juta orang mengikuti sebuah rancangan pada waktu pagi di Radio 2.

DJ stesen Radio 2 yang berusia 44 tahun itu mengambil alih sebagai DJ rancangan pagi daripada Sir Terry Wogan yang meletakkan jawatan pada Disember tahun lalu.Evans dikenali sebagai orang yang mengagumi kereta-kereta sport mahal.Dia menjual tiga buah kereta Ferrari yang menjadi koleksinya semata-mata untuk membayar harga kereta Ferrari model 1963 itu.

Harga kereta tersebut hanya £6,000 (RM27,913) ketika ia mula-mula dijual di pasaran 47 tahun dahulu.Ia mempunyai lima gear manual dan mampu memecut dari 0 ke 60 kilometer sejam dalam masa 6.1 saat. - Agensi . Abu Luqman, minat seseorang itu tak boleh diambil kira...zaman sekarang nie macam macam..perkara yang pelik menjadi.koleksi manusia ...


sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, May 14, 2010

Pejabat Penempatan Engine Siber Corner


Ibu Pejabat Twitter


Ibu Pejabat Google



Ibu Pejabat Mountain White


Ibu Pejabat Facebook

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Terima Kasih Dari Blogger Sahabat


Terima kasih daripada blogger Shifa Rusli dan Nuraisyah yang telah sudi bagi award ini ..nanti abu luqman jawab ..sbb sekarang dok tengah kursus..di Felda Trolak, Perak...nie sam sambil je. Terima kasih daun keladi. ".Jaza kumullah khairan kasira ".. Yang lain nanti ye..

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Budak selamat kerana tercampak

LOKASI pesawat syarikat Afriqiyah Airways yang terhempas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli, Libya kelmarin.

TRIPOLI, Libya - Seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun yang menjadi satu-satunya mangsa terselamat dalam nahas pesawat komersial di sini dipercayai tercampak sebelum pesawat malang tersebut meletup dan terhempas satu meter dari tepi landasan terbang, lapor sebuah akhbar semalam. Kanak-kanak itu, Ruben van Assouw yang berasal dari Tilburg, selatan Belanda diselamatkan selepas ditemui oleh anggota-anggota penyelamat dalam nahas yang berlaku kelmarin.

Dia terpaksa menjalani pembedahan selama empat jam malam kelmarin.Kakinya patah dan masih belum mampu menggerakkan beberapa bahagian badannya.Semasa ditanya oleh doktor dari negara mana dia berasal, Ruben yang kehilangan kedua ibu bapanya dalam nahas sama menjawab: "Belanda, Belanda."Dia merupakan individu ke-14 terselamat dalam sejarah nahas kapal terbang terhempas.

GAMBAR menunjukkan Ruben van Assouw yang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Tripoli, Libya kelmarin.

Pesawat Airbus 330-200 milik syarikat penerbangan Afriqiyah Airways yang dinaiki budak itu terhempas semasa bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli dan mengorbankan 103 orang.Pesawat yang berlepas dari Johannesburg, Afrika Selatan tersebut dalam penerbangan ke Brussels, Belgium.Ia berhenti sebentar di Tripoli untuk mengisi minyak.

Juruterbang pesawat dilaporkan telah memberi amaran kepada pengawal trafik udara bahawa pesawatnya mengalami masalah ketika ia mendekati lapangan terbang tersebut.Namun, siasatan untuk mencari punca kemalangan telah dimulakan semalam. - Agensi /kosmo

Abu Luqman, itulah yang dikatakan ajal mu belum tiba..Allah maha kaya..berbanyaklah berdoa pada hari jumaat ini..lokasi posting...Dewan Convention Felda Trolak..Sungkai Perak.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, May 13, 2010

Bayi Pertama Guna Teknik Sperma Beku

ZAINUL mendukung bayi pertama yang dihasilkan oleh Pusat Infertiliti PPUKM menggunakan teknik sperma beku daripada organ reproduktif di Kuala Lumpur semalam.KUALA LUMPUR – Pusat Infertiliti Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menjadi hospital kerajaan pertama menghasilkan bayi menggunakan teknik sperma beku daripada organ reproduktif. Ketua Pusat Infertiliti PPUKM, Prof. Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi berkata, pihaknya memantau perkembangan bayi tersebut selama setahun untuk menentukan kaedah itu tidak membawa kemudaratan kepada bayi tersebut. “Pada 12 Mei tahun lepas, sepasang suami isteri berketurunan Cina telah melalui proses ini dan berjaya memperoleh cahaya mata mereka sendiri walaupun bapa bayi tersebut tidak dapat menghasilkan benih atau sperma akibat kerosakan semula jadi sistem reproduktifnya sejak lahir lagi. “Selepas setahun, kita dapati jelas sekali, bayi tersebut merupakan bayi yang sangat sihat dan aktif serta menunjukkan pertumbuhan berkala seperti bayi normal yang lain,” katanya pada majlis sambutan hari jadi pertama bayi tersebut yang diraikan di tempat di mana dia ‘diwujudkan’. Mengulas mengenai teknik itu, Zainul berkata, dengan kos di antara RM10,000 hingga RM15,000, teknik perubatan moden terkini dilakukan dengan memisahkan spermatozoa secara mikroskopik daripada tisu reproduktif pesakit tersebut. sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, May 12, 2010

Keunikan Dunia-Restoran Tepi Air Terjun


Abu Luqman, Manusia sekarang nie mencari benda benda yang pelik dan unik dalam kehidupan mereka seharian. Mereka bijak menggunakan keindahan alam anugerah Allah.
  1. Bersantai tepi air terujun sebelum makan tengah hari
  2. Para tetamu sedang mengambil juadah masing masing.
  3. Kawasan tempat rehat dan makan disediakan tapi kena makan atas air la
  4. Para tetamu sedang menjamu selera di tepi air terjun wah hebat kan..
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, May 11, 2010

Lautan Terbelah Seperti di Zaman Nabi Musa ?


العنوان غريب .. والمضمون اغرب ..

انا لم اكن اعرف عن هذه المعجزه من قبل .. ولم اكن اعرف ان في كوريا

يتوافد الملايين لرؤيتها .. وهم يعلمون انها معجزه الاهيه .. فلماذا لا نعرف
عنها نحن ؟؟؟

Lautan terbelah seperti di zaman nabi musa ada di korea

1. Kelihatan orang ramai berjalan kaki di Jundo sea, Korea bagi mendekati pulau yang Ada di hadapan mereka.

2. SubhanAllah jelas kelihatan laut terbelah..itulah kekuasaan Allah

3. Manusia yang tidak melepaskan peluang untuk berjalan ditengah tengah laut terbelah.

4. Dom di bina untuk tujuan riadah di kawasan Jundo Sea

5. Allah maha kaya..itulah tanda tanda hari kiamat. Allah hu Akhbar

Terima kasih kepada sahabat yang hantar email...

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung