Nuffnang

Saturday, May 29, 2010

Pulau Pinang haramkan judi bolasepak

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.
Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.

Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.

“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga. “Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya. Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.
Abu Luqman, Tidak ada faedahnya kalau kerajaan mahukan judi bolasepak sebagai sumber pendapatan, malah haram pula.. Yang Baik kepada umat Islam Kita Sokong ye.anda bagaimana pula
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

9 comments:

Penulis Rindu said...

Perkara Yang baik kita kena sokong...Orang Islam Bagaimana ?

Rafi Harumin said...

setuju sangat lah... yang mengaku perjuangkan 'Islam' (dan menghalalkan)tu macamanalah agaknya ya?

jaya jr said...

haria penang haria

Penulis Rindu said...

Pemimpin Islam Yang lain Macam mana...yang dah setuju tak leh buat apa la..

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry.. ermm.. mancing x ajak pun eh...

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

Afnie Roslan said...

negeri lain yg pemimpinnya muslim ptt ikut....apa nk jd negara kita...ikut sgt la 1malaysia la apa la...semua nya nak 'one'kan

Kaseh NazLieza said...

setuju...bnde yg baik harus disokong..

Penulis Rindu said...

Bukan apa kita takut untung sedikit.. bala besar akan tiba

snowy said...

bagus! langkah yg cerdik...pejudian hanya membeban ahli keluarga yang kalah judi...jangan ada yang kes bunuh diri sebb kalah judi tak da duit bayar

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung