Nuffnang

Friday, May 28, 2010

Ekspedisi Saintifik Marin Singkap Perubahan Positif Taman Pulau Sipadan

Pulau Sipadan memiliki khazanah alam yang berharga dan menjadi antara lima lokasi selam scuba di dunia dan usaha memulihara pulau itu diperkukuhkan dengan pewartaan pulau itu sebagai sebuah taman di bawah Taman-Taman Sabah pada tahun lepas. - Foto BERNAMA

SEMPORNA: Ekspedisi Saintifik Marin Taman Pulau Sipadan 2010 berjaya menyingkap perubahan positif persekitaran pulau berkenaan untuk kekal sebagai lokasi selam scuba terbaik di dunia.

Fokus utama ekspedisi, yang bermula dari 26 hingga 30 April lepas, adalah bagi melihat perubahan keadaan persekitaran pulau berkenaan berikutan langkah kerajaan Malaysia tidak membenarkan pusat peranginan beroperasi di situ dan menghadkan hanya 120 pelancong berkunjung dalam sehari sejak lima tahun lepas.

Ekspedisi itu juga susulan pewartaan Pulau Sipadan sebagai taman di bawah Taman-Taman Sabah (TTS) pada Oktober 2009 di bawah Enakmen Taman-Taman 1994.

Ekspedisi anjuran Taman-Taman Sabah (TTS) itu menghimpunkan 49 peserta dari pelbagai bidang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Terengganu, Jabatan Perikanan, Jabatan Mineral dan Galian, Tabung Alam Dunia (WWF) dan TTS sendiri.

Pulau Sipadan terletak di Laut Sulawesi di luar Pentas Sunda yang menjadikannya pulau lautan yang tunggal di negara ini dan terhasil akibatpembentukan gunung berapi yang memuncak secara menegak dari dasar lautan pada kedalaman melebihi 500 meter.

Keluasan Pulau Sipadan ialah 16.4 hektar dan daratan terumbu karang seluas 208 hektar iaitu 1.4 kilometer panjang dan 1 kilometer lebar.

TEMUI IMPAK POSITIF

Pengerusi Pelaksana Ekspedisi, Nasrulhakim Maidin dari TTS berkata hasil ekspedisi itu berjaya menemui kesan positif terutama spesies flora dan fauna marin seperti penyu, ikan, batu karang dan rumpai laut.

Kesan positif juga dikesan membabitkan kualiti air tawar dari lohong bawah tanah dan air laut di sekitar perairan pulau itu.

KETAM KELAPA... Seorang anggota penyelidik memasukkan ketam kelapa sejenis spesis unik di Taman Pulau Sipadan.

"Langkah kerajaan mengeluarkan pusat peranginan dari Pulau Sipadan dan menghadkan jumlah pelancong adalah keputusan yang baik dalam memulihara pulau ini untuk jangka masa yang panjang," katanya.

"Hidupan marin dan darat serta persekitaran taman Pulau Sipadan kini dalam keadaan baik dan bayangkan jika keputusan itu tidak dibuat, sudah tentu pulau ini akan mengalami kesan yang teruk," katanya.

Sepanjang lima hari ekspedisi, penyelidik bekerjasama menjalankan penyelidikan mengikut kepakaran masing-masing dari peringkat spesies haiwan dan persekitaran di darat hinggalah spesies marin di laut.

Penyelidikan di darat pulau membabitkan kualiti air, pesisiran pantai, geologi dan hakisan pantai, kepelbagaian spesies haiwan vertebrata daninvertebrata daratan dan inventori flora.

Manakala penyelidikan di kawasan perairan membabitkan kajian penyu, ikan, batu karang, rumpai laut, alga dan spesies macroinvertebrata.bu Luqman setakat ini belum sampai la lagi ke Sipadan Munggin belu ada rezeki untuk melihat pulau yang cantik sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

1 comment:

Penulis Rindu said...

bila la aku akan sampai kesana..teringin aku ye

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung