Nuffnang

Monday, November 24, 2014

KJ 'Sekolahkan' Golongan Keyboard Warrior Tentang Harga Petrol



Saya nak ambil sedikit masa untuk menjelaskan tentang harga petrol. Ramai yang tidak memahami cara bagaimana harga petrol dikira. Ini menimbulkan keadaan dimana ramai pakar ekonomi mee segara tiba-tiba muncul dengan teori tersendiri.

Contoh pakar mi segera seperti gambar dibawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata "ini fakta..." Saya juga yakin ramai yang mebaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. "Mesti Mamat ni betul." "Logik juga dia tulis."


Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dll. Jadi fakta dibawah tidak betul. Kalau beliau konfiden dengan 'fakta' beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.

Mungkin disini ada yang nak tulis, "OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni."

Baik.


Harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM.

Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses. (Makulumat lanjut tentang MOPS boleh di-Google).

Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:

- Kos operasi (9.58 sen/liter)
- Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
- Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
- 'Alpha' yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)

Jadi dengan mudah:
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

Satu lagi gambar dibawah menunjukkan penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atau KPDNKK.

Di sini ada pula yang nak menyampuk, "Sudah lah bro. Harga minyak naik lettew. Bangang barang naik."

Kerajaan pun telah mengumumkan penarikan subsidi petrol pada 1 Disember. Ramai kutuk. "Kerajaan ale utoo" bagai.

Yang kutuk ini tidak pantau harga pasaran minyak. 

Kita guna formula diatas.

Purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemunkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.

Kesimpulannya, semak semua 'fakta' dulu. Jangan cepat share. Think first.

Khairy Kamaluddin

6 comments:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Terima kasih KJ yang menjelaskan fakta yang tak berapa jelas ini, mungkin merahsiakan formula supaya rakyat terus boleh diperbodohkan. Tapi ucapan tahniah kepada KJ kerana secara tidak langsung menjelaskan bahawa kerajaan BN sedang menerima 'subsidi' dari rakyat selama ini bukan rakyat yang terima.

kampong lad said...

harga minyak bersangkut dgn harga barang. minyak naik, barang naik, minyak turun, barang tak turun, minyak naik balik, barang pun ikut naik. kita jgn syiok sangat sebab sekarang harga minyak sedang turun tapi boleh naik balik kerana harga pasaran minyak dunia dikawal oleh lanun. malaysia kena ikut saja. dilaporkan baru2 ni harga ron95 tanpa sabsidi ialah rm2.43, berapa dollar/barrel usd80?. kalau kerajaan tak boleh kawal kenaikan harga barang2, jgn pandai2 hapuskan sabsidi. isunya ialah minyak naik & barang ikut naik tapi minyak turun, barang tak turun.

Anonymous said...

Pakar ekonomi mee segara adalah pencetus yang bijak. menteri mengambil kesempatan nak menunjukan dia juga bijak menipu dalam kiraan.

Anonymous said...

http://www.aip.com.au/pricing/marketwatch.htm

Tu harga yang di keluarkan oleh AIP Australia..harga FOB singapore tak termasuk TAX, FRIGHT, DISTRIBUTION dan kos lain-lain

Untuk tatapan anda supaya lebih cerdik..ha ha ha

Anonymous said...

Biarlah jd pakar mee segera yg boleh membantu rakyat setiap lapisan yg kelaparan. Dari jd spegeti yg hanya boleh dimakan beberapa kerat manusia...

Anonymous said...

Betul tu bro... Sya setuju 200%..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung