Nuffnang

Wednesday, January 5, 2011

Adakah Istilah Suami Rogol Isteri dalam Islam ?



Salam buat semua , Hari ini penulis ingin bertanya adakah istilah Suami merogol Isteri dalam Islam ?. Cuba kita lihat sedutan kes yang lalu.

Kes 1
Disember 2010 .Mahkamah Majistrit kangar melaporkan bahawa..seorang Juruteknik tidak mengaku salah mencabul dan mencederakan isterinya yang tinggal berasingan sejak 2 tahun yang lalu.

Kes 2
Mac 2010..Mahkamah rendah syariah Kuala Lumpur mendedahkan ..Isteri mangadu suaminya menagajak ia melakukan seks diahadapan kemera untuk..tatapan orang luar. Kes Gila

Kes 3
Jun 2008 Mahkamah Mejistrit Air Keruh..melapurkan seorang suri rumah mengadu suaminya melakukan hubungan seks tanpa kerelaan hatinya.. Tertuduh minta dibicarakan.. haru ye..

Kalau kes ini dalam mahkamah syariah memanglah bukan kes rogol..tapi mereka ini mungkin dalam proses penceraian kut..dan si isteri tak rela ,mengadakan hubungan dengan suaminya..kerana marah kat suami kut..

Menurut pakar motivasi pembinaan diri dan pemikiran dan pakar pemikiran kreatif dan lateral, Datuk Jaafar Abdul Rahim berkata, dalam sesebuah perkahwinan apabila seseorang wanita sudah diijab kabulkan, suami mempunyai hak penuh ke atas isterinya.

Beliau memberitahu, seorang lelaki itu halal untuk meminta hubungan seks daripada isterinya melainkan dalam keadaan-keadaan yang dilarang.

Dalam permasalahan tersebut, beliau mengajak orang ramai agar memahami konsep hak dan segala pertimbangan dalam kehidupan, perhubungan dan rumah tangga.
Dalam hukum syarak, tidak ada istilah yang boleh menghukum seorang yang sah bergelar suami sebagai pencabul atau perogol.

Menurut peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, mengikut prinsip-prinsip Islam, seorang suami tiada halangan untuk mendampingi isterinya. Lelaki hendaklah mendatangi isterinya dengan lemah lembut.

“Jika isteri tidak bersetuju untuk mengadakan hubungan kelamin, dia boleh memohon perintah tegahan sementara di Mahkamah Syariah,” terangnya ketika dihubungi.

Perintah tersebut menurut Fakhrul, boleh dipohon sama ada oleh seorang isteri yang ingin menuntut cerai atau sebaliknya.
Menyentuh isu isteri mendakwa dicabul suami, Fakhrul menjelaskan, pasangan Islam yang telah berkahwin tetapi tidak tinggal sebumbung masih boleh bersama dengan syarat mendapat persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak.

Bagi hubungan intim, suami perlu mendapatkan persetujuan isteri terlebih dahulu dan memintanya secara baik bagi mengelakkan berlaku perselisihan faham. Sumber Rencana..KOSMO

Nota : Setelah memmbaca dan meneliti kes..kadang kadang kesian kat si isteri ye..huhu....tak kan orang lelaki semua macam tu..dak aih... kami ok kan...setakat la isteri tak kompalain pun...sayang lagi ada..hehe

31 comments:

Penulis Rindu said...

Wahai isteri..jangan marah ya

emarieys said...

Alhamdulillah..dapat suami yang ok...

Penulis Rindu said...

makasih mama ema..yang lain mcm mana ye

Encik MamaT said...

hehe.. jangan diikut nafsu sangat wahai para suami... nikah itu bukan untuk seks semata2...

aku terpikir.. pendidikan seks tu sepatutnya diberikan kepada pasangan yang dah kawen.. sebab byk kes penceraian disebabkan masalah seks...

Abu Luqman said...

Makasih Encik Mamat.
betul tu..pendidikan seks ..kena bagi kat pasangan suami Isteri ..elok la..depa dah tau skil dan teknik kan..huhu

Mat Ganu said...

erk..bley pulak camtue, sampai masuk mahkamah..ish!!!

soutulmujahid.com said...

-->>“Jika isteri tidak bersetuju untuk mengadakan hubungan kelamin, dia boleh memohon perintah tegahan sementara di Mahkamah Syariah,” terangnya ketika dihubungi.

ada hadis yg menyatakan, isteri yg tidak melayan suaminya, akan dilaknat oleh malaikat sehingga keesokan paginya.

jadi, apa rasionalnya tegahan sementara? sedangkan, si suami hanya haram mendatangi isterinya ketika haid ataupun dari dubur sahaja.

aku mmg x paham mahkamah syariah VERSI MALAYSIA ni. mahkamah syariah VERSI MALAYSIA, bukan mahkamah syariah versi Islam

Lydia Miza said...

ada sebenarnya..tapi isteri tak tau nk buat aduan dan malu nak mengadu.

Abu Luqman said...

makaish semua ye...

mat ghanu

southulmujahid

Miza

UNICHI YJ said...

kalau isteri rogol suami cmne plak ye?hikhik :P

Abu Luqman said...

yani yani...itu suami malang namanya..huhu

::nuRuLaDHar:: said...

haha moga bebahagia sentiasa ye.. =)

ctpayong said...

salam
dan apabila si isteri memenuhi permintaan batin suaminya, dia telah pun menerima ganjaran pahala. itu kalu hubungan dlm keadaan harmoni tapi dlm kes di atas....kena tanya yg pakar.

sokong cadangan en mamat.
cadangan di tutup.

ctpayong said...
This comment has been removed by the author.
toyolkiut said...

emm..
no komen, TK single lg..
hehe..
tp pnh la dngar tok nenek pesan..
klau gaduh ngn suami pun, usah tido asing2..
dan klau marah isteri pun, si suami jngan la sampai naik tangan..
dan kalau marah kat suami pula, si isteri usah la cakap merepek bukan2..
emm..

acan ketot said...

jdi nye x adew istilah rogol lah yew???
cume... x rela jew...

Uji Hussein said...

Rogol isteri mmg takde dalam islam tapi menganiayai isteri tu yang ramai.Kahwin ikut nabi tapi kenapa jaga isteri tak ikut nabi?Isteri pulak satu hal.Janganlah melawan suami.Layanlah dengan lembut.Mesti suami sayang...Betul tak?

Abu Luqman said...

makasih semua..

semua kata hikmat dan nasihat perlu diambil kira..hehe

sud@is said...

senang ja tahu hak masing2 dan tangungjawab masing2
salaing hurmat dan menghurmati antara satu sama lain

aman kut

Abu Luqman said...

makasih sudais

Sham said...

saya sayang isteri saya...heee

Unknown said...

respect bini wooo..

HatiWanitaItu said...

menjadikan yang masih bujang takut tuk berkahwin...huhuhu

umiawadah said...

suami kenalah berlembut dengan isteri..kalau dah ganas sangat macam rogollah gayanya..isteri pula janganlah jual mahal dan banyak alasan..kan boleh pahala free2 dosa pun free2 (sebab tolak)je..

Aku Anak Pahang said...

Salam, kalau isteri yang sah rasanya tak de istilah rogol cuma ganas x ganas aje huhuhu :( New Entry "Suram sikit hari ini..."

Anonymous said...

mmg tiada istilah itu ...sbb itu harus faham & luaskan ilmu agama...;p





-uchi aka uruchimaru@kf-

Abu Luqman said...

terima kasih semua...

hi said...

saye pernah raba isteri saye

some1 said...

Suami sy tak mementingkn lgsg perasaan sy ,dan mahu semua kemahuannya dipenuhi,sy yg sdg hamil juga tidak dihirau .. Sy tak tahu nak mengadu pd siapa ,.

yanmaneee said...

curry 6 shoes
jordan 13
hermes belt
nike air max 95
cheap jordans
kyrie 6
nike react
kd 12
curry 5
kyrie 5

Unknown said...

s7s97d0t55 f4u09s9y67 s6v19r9m28 b2p36g3g99 b9q70b6b85 r7p16k4p64

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung