Nuffnang

Monday, January 3, 2011

Bekalan minyak masak habis.... Apakah Tandanya ?


SEORANG pemilik kedai runcit, Nora Che Hussain mendakwa stok minyak masak di kedainya di Taman PKNK, Alor Setar habis sejak dua minggu lalu.

KUALA LUMPUR - Bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.

Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa ada pihak menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga naik sebanyak 40 sen sekilogram.

Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).

"Jika spekulasi itu benar, ia akan menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Hasil tinjauan Kosmo! semalam mendapati isu bekalan minyak masak menjadi rungutan ramai peruncit dan pengguna, malah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) setakat ini sudah menerima 50 aduan mengenai isu tersebut.

Nota : ini lah bunga bunga awal tahun 2011..punca punca utama bahan memasak ini akan naik. dan macam macam alasan akan dikeluarkan oleh pemborong bagi menyedapkan kata mereka sahaja..selalunya macam ni la ..mula habis..lepastu kerajaan buat perbincangan , kemudian bersetuju harga barang naik atas alasan kos pengangkutan meningkat..huhu kita tunggu dan lihat sahaja..

21 comments:

Penulis Rindu said...

barang naik (BN) huhu kesian kat..makcik 2 kita kat pendalaman sana..lps ni cucok ( kueh ) pun akan naik la

zuanxi said...

teruskn sokongan pd 1malaysia..BN.. barang naik..naik..naik. yg susah adalah kaum2 najib jugak! rakyat diutamakan.. apa2 rakyat yg kena byr lbh.

Su manje said...

Alhamdulillah su ....tak de masalah...coz mama su dh stanby.....tekejut juga bagi post nie tak tau pilak minyak masak bakal terputus bekalan...em.....syukur bagi su manje masih lagi ada bekalan...minyak masak...

Thanks info nie en.Abu Loqman...

Abu Luqman said...

makasih sue manja

zuanXi : barang naik ..itulah brand dia huhu

Mulan said...

camtu la tahun baru esp bila nak raya china.. tak pelik tapi geram...!!

admin said...

asal nk raya je naik harga..pekedai plak suka simpan brg haha..nk raya sorg ke

Encik MamaT said...

gula pun takdak la ni.. heran btoi aku.. p pasaraya besar pun takdak... minyak ngan gula.. pelik2...

Penulis Rindu said...

kita ni selalu kena tipu..

kilang Minyak ..dalam Negara
Kilang Gula sampai 5 buah...

ni semua keja pemborong tu...bil harga naik , semua barang sampai

m i a said...

huhu..byk blogger yg story pasal ni..yg susah brtmbah susahla lps ni..huhu

nk mntak tlg vote 4 me bole?

VOTE FFTF 035 HERE

thanks alot ya..

Cahayamylife said...

Adeh~
Macam-macam la.
Dah r minyak.
Gula boleh tahan lagi.

zulkbo said...

salam..
tandanya
HARGA nak naik
lagi lepas ni..

Penulis Rindu said...

makaish
mia
norhayati rustam
zulkibo

PReDicToR said...

harga naik...arrrgh..

Kak Mahh said...

Adakah minyak ini akan naik harganya?

sud@is said...

nak naik lagi..hrmmm naik lah
apa daya kita nak tahan....

Anonymous said...

naik naik naik~

Abu Luqman said...

makasih

redector ..Letih dengar

Zimah : kebarangkalian naik ada

Sudais : lps ni kuasa di tangan kita

makasih macy

Kak Imun said...

Harap2 tak adalah kempen 'sesudu minyak pun dah mencukupi...'...

Golongan surirumah macam kak lah yg selalu dlm dilema, hhmmmm.......

Abu Luqman said...

makasih semua yang beri sokongan ye

ASSOYFINGER67 said...

2 kelemahan ekonomi di sini....harga barang naik dan sorok barang tak terbendung...punca dan mangsa kiita juga...:(

Unknown said...

sampai kapan harga akan naik terus...terimakasih Kami tunggu Lawatan baliknya di maklumat kesihatan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik dan Obat Asam Urat info -> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung