Nuffnang

Thursday, January 13, 2011

Masih ada Tandas tidak terurus dan kotor


MELAKA: Kemudahan tandas awam di perkarangan Makam Hang Tuah, Tanjung Kling, di sini, yang berada dalam keadaan tidak terurus secara tidak langsung menimbulkan kesulitan kepada orang ramai setiap kali mahu menggunakannya.

Ini berikutan, selain keadaan dalam tandas yang tidak dijaga dengan sempurna, kedua-dua pintu tandas di situ turut didapati sudah rosak kerana ia tidak mempunyai tombol atau pemegang yang boleh dikunci dengan elok.


Pengunjung yang mahu dikenali sebagai Ismail Ahmad, 30, berkata, dia berasa amat teruja sebaik menjejakkan kaki ke Makam Hang Tuah berikutan ia tersimpan sejarah silam pahlawan Melayu terbilang.

Bagaimanapun, katanya, di sebalik keistimewaan sejarah silam pahlawan terbabit, dia agak kesal apabila kemudahan tandas awam disediakan di lokasi pelancongan itu didapati tidak boleh digunakan pengunjung akibat tidak sempurna.


“Tanpa diduga apabila mahu menggunakan tandas awam berkenaan, saya mendapati kedua-dua pemegang pada pintu tandas itu sudah tiada mengakibatkan timbul rasa bimbang mahu menggunakannya.


“Selain itu, saya juga mendapati keadaan dalam tandas awam ini agak kotor dipercayai mungkin tidak dijaga dengan sewajarnya. Keadaan itu membuatkan saya tidak berkesempatan menggunakan kemudahan awam berkenaan dan terpaksa melupakan hasrat untuk melegakan diri,” katanya.

Ulasan: tandas sepatutnya bersih dan tidak kotor bagi memudahkan orang ramai buang air ..kalau saya masuk tandar kotor tak jadi buang air..pergh..apa la manusia ni.depa memang pengotor kut..tapi bila dah bayar dan tempat pelancungan mestilah dijaga serta dibersihkan...ni tidak dibiarkan je..

18 comments:

Penulis Rindu said...

pasai apa hangpa tak jaga tandas

RozectLyantie said...

jom pakat2 jaga tandas... sama2 jaga, sure akan bersih!
tp.... tandas berbayar pun kotor juga gak?

Abu Luqman said...

makasih

rosect..betul dah bayar pun kotor ye

umiawadah said...

sebenarnya tandas tu memang bersih cuma pengguna yang pengotor buatkan dia kotor...terutama budak-budak yang gunakan..mak ayah tolonglah tengok-tengokkan...yang orang tua pulak,dah sakit perut sangat tak tahan 'ter'..basuhlah bersih-bersih..ini tak dibiarkan je..banyak kali jumpa tandas kotor ni...

atie said...

kadang2..orang yang menggunakan pun xpndi jaga..

Abu Luqman said...

makasih

Ummiarssa

atie

Abu Aiman said...

salaaam,
ntah la kenapa, rata2 tandas awam kita memang tak bersih... ada yg suka 'buang dan tinggal', heee...

BisnesMeng said...

"STANDARD LA TU...aku tak terkejut pun tandas awam kotoq....biasa arr ni...
aku akan terkejut kalau tandas awam tu bersih..cantik..wangi...

a loqman said...

makasih abu aiman

tokeh besar

ishiko said...

tu keje orang tak bertanggungjwb~

Noor Fatin said...

slalu sgt jmpa tandas2 yg kotor padahal berbayar..

Kak Mahh said...

Bukan hak dia itu pasal dia tak jaga.

Abu Luqman said...

maKasih

ishiko

noorfatin

zmah...makasih ye..

hans said...

tapi skrg banyak tandas yang den jumpa dan guna alhamdulillah bersih
kiranya ramai dah ada kesedaran

Jom Baca Kisah Aksi Wheelie Terbaik Di Hadapan Lampu Isyarat Pintu Pagar Belakang Uitm Sebentar Tadi! Hahahahaha!

Sham said...

suka tandas yang bersih...barulah encik *#@& senang nak keluar...ngee

sud@is said...

mana2 tandas awam sama saja payah nak cari yg bersih...

salute kat plus.....

Abu Luqman said...

makasih

sham
hans
sudais

Kak Imun said...

Salam, dik luqman. Tak sedap hati bila masuk tandas tak bersih....Lebih2 lagi tandas awam...lebih kalut lagi klu anak2 kecil nak 'melepas'...:(

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung